Pendedahan kepada cahaya matahari secara sihat boleh memberikan anda vitamin D yang mencukupi dan menggalakkan kesihatan emosi. Pun begitu, sinar ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan selaran matahari. Dari masa ke masa, sinaran ini boleh menyebabkan tanda-tanda photoaging; penuaan pramatang akibat cahaya matahari. Malah, 80% penuaan kulit dipercayai berlaku disebabkan pendedahan kepada sinaran UV.

Bakal Pengantin Janganlah Lupa Pakai Pelindung Matahari Setiap Kali Keluar Rumah

Beberapa manifestasi penuaan termasuklah kedut, tompok gelap, pigmentasi, kehilangan seri muka dan kulit kurang anjal. Tahap penuaan biasanya bergantung pada warna kulit, genetik, kedudukan geografi dan gaya hidup. Populasi kulit cerah paling terjejas disebabkannya sementara mereka yang berkulit gelap kurang mengalami kedutan jelas sehingga usia 50 tahun dan tidak seteruk populasi kulit cerah. Kajian juga mendapati bahawa permulaan kedut pada wanita Cina berlaku secara purata 10 tahun kemudian berbanding wanita Perancis.

Tanpa mengira warna kulit anda, anda tetap mungkin terdedah kepada kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Tidak semua kerosakan akibat pendedahan cahaya matahari boleh dibaiki, tetapi beberapa masalah boleh dibaiki dengan beberapa produk dan prosedur dermatologi. Berikut merupakan langkah merawat kulit akibat cahaya matahari:

Bakal Pengantin Janganlah Lupa Pakai Pelindung Matahari Setiap Kali Keluar Rumah

IKLAN

Krim pelindung matahari

Walaupun kerosakan telah berlaku dan anda mengalami selaran matahari, anda tetap perlu memakai krim pelindung matahari. Selaran matahari berlaku akibat kerosakan DNA pada sel-sel kulit anda. Pengumpulan kecederaan ini membawa kepada perubahan fizikal seperti kedut dan kanser kulit.

Teruskan pemakaian krim pelindung matahari untuk mengatasi kerosakan dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap 80 minit. Selain itu, anda juga boleh mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari. Dengan ini, anda akan melindungi diri anda daripada radiasi UV pada masa depan dan memberi masa untuk enzim kulit memperbaiki beberapa DNA yang rosak.

Pengelupas dan pelembap

Anda perlu melakukan pengelupasan atas lapisan selaran matahari dengan skrub atau loofah. Ini akan mengeluarkan lapisan atas sel kulit mati untuk mendedahkan kulit sihat di bawahnya. Kemudian lembapkan kulit anda dengan losyen. Jika kulit anda terbakar akibat pendedahan kepada cahaya matahari, elakkan produk berasaskan petroleum, yang memerangkap haba. Anda juga harus memastikan diri anda terhidrat sepanjang hari.

IKLAN

Retinoid topikal

Sinaran UV boleh merosakkan kolagen dan elastin, dua protein yang memastikan kulit tegang dan licin. Retinoid, sejenis sebatian semula jadi atau sintetik menyerupai vitamin A boleh meningkatkan jumlah kolagen dalam kulit anda. Ia juga dianggap sebagai rawatan utama untuk pesakit dengan masalah photoaging ringan hingga sederhana. Ahli dermatologi anda boleh menetapkan retinoid topikal untuk anda. Retinoid boleh mengurangkan penampilan garis halus, memperbaiki tekstur, tona kulit dan keanjalan, serta melambatkan penuaan. Anda juga boleh mencari jenis yang kurang kuat, retinol, dalam pelbagai produk penjagaan kulit antipenuaan.

Bakal Pengantin Janganlah Lupa Pakai Pelindung Matahari Setiap Kali Keluar Rumah

Produk penjagaan kulit

Produk penjagaan kulit cosmeceutical, produk dengan gabungan kosmetik dan sifat farmaseutikal juga boleh memberi manfaat kepada anda. Selain daripada produk retinol, anda boleh mencuba produk penjagaan kulit lain dengan bahan bioaktif seperti antioksidan. Krim Cica, produk Cosmeceutical yang mengandungi ekstrak cantella asiatica yang dikenali sebagai pegaga atau gotu kola juga kini kian popular kerana sifatnya yang meremajakan kulit.

IKLAN

Prosedur meremajakan kulit

Prosuder penjagaan kulit dapat membantu menyingkirkan sel yang rosak daripada lapisan atas kulit anda. Pengelupasan kimia seperti alpha-hydroxy atau krim asid salisilik boleh digunakan sendiri sementara pengelupasan yang lebih mendalam memerlukan lawatan klinik.

Pilihan rawatan lain termasuk penggunaan teknologi laser, dermabrasion, microdermabrasion dan microneedling. Adalah penting untuk mendapatkan konsultasi profesional jika anda memilih untuk meremajakan kulit dan menjalani rawatan. Setiap pesakit adalah unik dan kerosakan matahari memberi kesan berbeza mengikut faktor genetik dan persekitaran. Oleh itu, kaedah rawatan perlu disesuaikan mengikut individu.

SUMBER : https://hellodoktor.com/

OLEH : HELMA HASSAN

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI