Masa yang paling ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin semestinya ketika majlis resepsi. Siapa sahaja tak suka, majlis resepsi lah yang menjadi tumpuan para tetamu untuk melihat anda dan pasangan.
Oleh itu, anda harus mempersiapkan segala persiapan sebelum menjelang hari tersebut. Tapi, ada juga yang masih tidak pandai menguruskannya sehingga membuatkan ia menjadi kelam kabut. Macam mana nak elakkannya? Cuba tips yang kami beri ini.
1. Kerjasama
Kerjasama adalah kunci utama ! Anda dan pasangan perlu ada perkara ini untuk membuatkan majlis berjalan dengan lancar.
2. Checklist
Kalau boleh sediakan checklist beberapa minggu sebelum kahwin. Tanda yang mana sudah selesai.
Ads
3. Agihkan tugas
Anda perlu mengagihkan tugas sesama ahli keluarga dan pertolongan dari rakan-rakan anda.
4. Sediakan simpanan barang
Ads
Sediakan barangan untuk majlis resepsi 2 atau 3 hari lebih awal untuk elak barang tertinggal jika anda buat majlis resepsi di dewan. Contohnya seperti kasut dan lain-lain.
5. Komunikasi
Ads
Perkara ini sangatlah penting. Perjalanan yang baik perlukan komunikasi yang betul. Biar semua tahu tugasan masing-masing.
Berbadan gempal dengan berat badan melebihi 100 kilogram (kg), sedangkan saiz ketinggian 152 sentimeter (sm) dianggap tidak seimbang dari segi penampilan sehingga sebilangan individu kurang yakin dengan dirinya.
Dalam keadaan itu mereka malu untuk menunjukkan tubuh, apatah lagi berswafoto dan dikongsi dalam Facebook atau Instagram. Jika teringin berswafoto selalunya akan berdiri di belakang subjek lain.
Situasi sama dilalui pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Pulau Pinang, Zulaikha Zulkifli, 28, yang sebelum ini mempunyai berat badan 104 kg dengan ketinggian 152 sm rasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Bagaimanapun, beliau yang sentiasa berselera makan sehingga menjadi obes sehingga pergerakan sukar dan sudah memilih pakaian sesuai, kemudiannya mengubah persepsi negatif itu dengan menggunakan swafoto sebagai terapi, selain mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk mendapatkan saiz badan ideal.
Dalam tempoh setahun dua bulan, beliau melihat banyak perubahan diri secara ketara dan semakin kerap merakam gambar menyerlah sisi tubuh.
“Sebelum ini, setiap kali bergambar saya menyorok ke belakang kerana malu keadaan tubuh gemuk sehingga 104 kg. Ada kalanya saya langsung tidak mahu mengambil gambar sehingga mempunyai keyakinan selepas mendapati diri semakin ringan selepas melihat cermin badan sudah makin mengecil,” katanya.
Gembira saksikan perubahan
Beliau juga berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan berat badan dan semakin hari dirinya semakin positif dengan melihat perkembangan tubuhnya.
“Ini memberi motivasi dan menjadikan aktiviti swafoto sebagai pembakar semangat mencabar diri mendapatkan bentuk badan idaman.
“Menatap gambar sendiri dan menyaksikan perubahan adalah sebahagian terapi yang menggembirakan setiap hari. Kegembiraan itu menghilangkan segala kerisauan.
“Niat bukan menunjuk-nunjuk sebaliknya, sekadar mendapat kekuatan menatap perubahan diri yang melihat apa sahaja perubahan,” katanya.
Zulaikha berkata, ada pihak mendakwa berswafoto tanda individu itu obses dengan diri, bagaimanapun, beliau tidak berfikiran begitu.
Kira-kira 20 tahun hidupnya sebagai individu gemuk dan ada yang mentertawakan menyebabkan rasa cukup menyeksakan.
Selama itu beliau yang graduan sarjana seorang pelajar Sarjana Pengurusan Hotel dan Pelancongan IMI Universiti Centre Switzerland tidak pernah mengambil pusing mengenai berat badannya.
Bimbang risiko penyakit
Malah, beliau mula merasa tidak selesa apabila berat berlebihan secara keterlaluan hingga menghantui diri bimbang berisiko mendapat penyakit berbahaya, selain enggan menyusahkan keluarga jika ditimpa masalah.
“Saya bertekad menurunkan berat badan sehingga 62 kg. Saya mula memikirkan untuk mencari kerja selepas tamat belajar. Ketika terfikir mahu menyertai tetapi berpendapat dengan penampilan tak sempurna sukar mendapat pekerjaan itu.
“Sejak itu saya mula berusaha menurunkan berat sehingga 70 kilogram dan terus berazam untuk turunkan lebih lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai kisahnya, beliau selalu tidak selesa, sakit kaki selain sukar memandu disebabkan keadaan perut besar dan terlalu rapat dengan stereng hingga menyukarkan pemanduan.
“Ada ketika saya menjadi malu memanggil pelayan untuk memesan makanan. Kulit menjadi kusam kesan pengambilan makanan tidak sihat, sebaliknya lebih gemar kepada pilihan makanan manis,” katanya.
Dulu ketika di sekolah beliau tidak aktif bersukan dan menyertai aktiviti riadah termasuk merentas desa dan perkhemahan.
“Sejak berusia lapan tahun saya sudah gemuk kerana sentiasa berselera menikmati sajian. Saya berharap individu yang bertubuh besar jangan salahkan faktor genetik jika berat badan berlebihan. Ini kerana faktor itu hanya menyumbang empat peratus untuk potensi gemuk.
“Gemuk berpunca dari anda sendiri, pemilihan sajian tidak seimbang dan kurang bersenam antara faktor utama,” katanya.
Zulaikha tidak pernah mengambil ubat atau makanan kesihatan tambahan kerana khuatir kesan sampingan.
“Cuma keluarga pernah hantar saya ke pusat kecantikan untuk sesi balut tubuh dan urutan, selain.
“Tetapi tidak berkesan dan tubuh tetap tidak langsing,” katanya.
Panduan kurus sihat
* Kuatkan disiplin untuk dapatkan berat badan ideal
* Yakin penurunan berat penting untuk kesihatan lebih baik hindari penyakit bahaya.
* Mulakan dengan diri, jangan menunggu rakan yang akhirnya usaha anda untuk mendapat berat badan sihat tidak tercapai.
* Lakukan rujukan mengenai amalan gaya hidup sihat dan pemilihan sajian seimbang.
* Perbanyak ilmu kaedah pemakanan sihat, maklumat membantu anda merancang menu sajian sesuai
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya ini andartu (anak dara tua) sudah berumur mencecah 40 tahun lebih.Namun belum juga mendapat jodoh sehingga sekarang. Ibu saya menjadi risau kerana sudah berumur 40 tahun lebih tetapi tiada suami. Ibu saya ambil keputusan untuk bertemu dengan bomoh dengan tujuan membuang sial yang ada pada saya. Apa betul tindakan ibu saya itu?
Jawapan :
Satu perkara yang perlu kita ketahui, bahawa apabila kita merancang sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang.Segala apa yang melibatkan jodoh,rezeki, kematian dan lain-lain telah ditentukan oleh Allah swt. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi saw daripada Abdullah Bin Mas’ud :
Maksudnya :” Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat : tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita..”
Riwayat al-Bukhari ( 3208)
Perbuatan ibu saudari yang pergi menemui bomoh semata-mata untuk membuang sial bagi memudahkan mendapat jodoh adalah salah sama sekali. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi saw yang diriwayatkan oleh Safiah daripada beberapa isteri Nabi saw. Sabda Baginda :
Maksudnya :” Sesiapa yang datang berjumpa dengan dukun atau tukang tilik lalu dia membenarkan apa yang dikatakan olehnya. Sesungguhnya dia telah mengingkari dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW.”
Riwayat Ahmad (9667)
Jelas di dalam hadis tersebut ancaman yang diberikan oleh Nabi saw bagi sesiapa yang berjumpa dengan bomoh, dukun atau yang semisal dengannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani ketika memberikan komentarnya berkenaan hadis ini beliau mengatakan :
“Lafaz-lafaz ini jelas menunjukkan ancaman (bagi yang datang berjumpa dengan dukun dan sebagainya).”
Rujuk Fath al-Bari (3/364)
Menerusi hadis-hadis ini, maka kami nasihatkan agar jangan pergi berjumpa dengan dukun atau bomoh atau apa sahaja yang semisal dengannya. Mereka tidak terlepas dari menggunakan sihir. Ketahuilah bahawa dosanya sungguh besar. Ini telah dinyatakan oleh Nabi saw dalam satu riwayat sabda Nabi saw :
Maksudnya :”Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Riwayat al-Bukhari (2766)
Selain daripada itu, tiada konsep sial di dalam Islam. Sabda Nabi SAW :
لا عَدْوَى وَلاَ طِيرَةَ ولا صَفَرَ وَلاَ هَامَّةَ
Maksudnya :” Tidak ada penyaki yang berjangkit,tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.”
Riwayat al-Bukhari (5770), Muslim(2220), Abu Daud (3913) di dalam al-Sunan & Ahmad(3031) di dalam Musnad.
Bergantunglah hanya kepada Allah SWT. Sentiasalah berdoa, mengharap, memohon dan bermunajat hanya kepada Allah SWT. Mintalah hanya kepada Allah. Jangan pergi kepada selain Allah SWT apatahlagi jika yang ditemui adalah tukang tilik,dukun, bomoh atau apa sahaja namanya.
Persoalan berkenaan bomoh dan sebagainya telah kami jelaskan di dalam beberapa ruangan antaranya :
Sebagai seorang mukmin, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah.Firman Allah SWT :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya :” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu….”
(Surah Ghafir :60)
Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili berkata :
“Doa adalah ibadah. Doa ialah mohon agar diberi manfaat dan dijauhkan daripada perkara yang buruk. Doa kepada selain dari Allah tidak langsung mendatangkan faedah. Yang mampu jawab hanyalah Allah dan Allah memerintahkan untuk berdoa serta berjanji untuk tunaikannya. Janji Allah adalah benar.”
Rujuk al-Tafsir al-Munir (24/150)
Jangan pernah meremehkan kuasa doa. Lihat sahaja doa Nabi Musa ketika Baginda berdoa yang mana ianya dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran :
Maksudnya :” ..lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
(Surah al-Qasas : 24)
Bukan sahaja diberi ganjaran atas pertolongan yang dihulurkannya bahkan ditawarkan oleh seorang lelaki untuk berkahwin dengan salah satu anak gadisnya. Teruskan berdoa dan bermunajat. Di samping berusaha mencari.
Selain itu, kami nasihatkan agar jangan terlalu memilih. Jika sudah bertemu dengan lelaki yang soleh, bertanggungjawab dan mampu memikul bebanan maka lakukan istikharah agar diberi petunjuk yang terbaik. Sabda Nabi saw :
Maksudnya :” Jika ada yang meminang dan kalian redha dengan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah. Jika kalian tidak berbuat demikian akan terjadi fitnah di bumi dan keburukan akan meluas.”
Riwayat al-Tirmizi (1004)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi alasan, anda perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
1. Seimbangkan sistem buah pinggang
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.
2. Kulit lebih berseri
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.
3. Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.
4. Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.
5. Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...