Penjagaan muka perlu lah dijaga kerana mempunyai muka yang bersih dan berseri akan menambah lagi keyakinan diri kita. Terutama bagi kaum wanita, kecantikan dan mereka memang tidak boleh dipisahkan. Sampai sanggup berhabis duit nak nampak anggun.

Memiliki kulit segar, dan cantik adalah idaman setiap wanita. Salah satu cara mendapatkan kulit sihat adalah memakai bahan alami. Salah satu bahan alami yang bisa menjaga kecantikan anda adalah strawberi.

Ia memiliki banyak nutrisi untuk kulit anda. Strawberi kaya akan vitamin C yang dapat memberi kesegaran pada kulit tanpa membuatnya kering.

Bahan-Bahan:

  • 6 – 10 biji strawberi segar
  • 1 sudu teh madu

Bakal Pengantin Yang Ada Masalah Kulit Kering & Kusam, Boleh Cuba Amal Masker Strawberi Ini

Cara Membuat:

  1. Lumatkan buah strawberi bersama madu dalam mesin pengisar.
  2. Kisar sehingga menjadi pes.
  3. Setelah itu aplikasikan campuran tadi secara rata pada wajah dan leher. Biarkan lebih kurang 20 minit.
  4. Bilas wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori, diikuti air dingin untuk menutupnya.

Bakal Pengantin Yang Ada Masalah Kulit Kering & Kusam, Boleh Cuba Amal Masker Strawberi Ini

Buah ini kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang akan memberi nutrisi untuk kulit. Vitamin C akan mencerahkan kulit wajah, memutihkan dan mengurangi kedutan serta masalah kulit berkaitan usia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI