Kecantikan

Bakal Pengantin Yang Alami Masalah Jerawat Teruk Boleh Cuba 5 Produk Ini

Share

Kulit muka berjerawat adalah musuh utama kepada mereka yang amat mementingkan penampilan yang menarik. Antara faktor penyebab terjadinya kulit muka berjerawat adalah perubahan hormon, faktor usia, genetik, cuaca yang berubah-ubah, gaya hidup, tatacara pemakanan dan pemilihan produk yang salah untuk kulit. Jika anda seorang yang suka memakai alat solekan samada tebal atau nipis juga menjadi faktor tumbuhnya jerawat pada kulit muka akibat tidak melakukan teknik permbersihan dengan betul.

1. B.liv No Spots, Bye Dots (130ml)

Gel cleanser khas untuk kulit berjerawat

Gel pembersih ini dapat membersihkan kulit yang bermasalah seperti parut dan menghapuskan sel-sel kulit mati yang tidak sihat pada permukaan kulit wajah.  Ia membantu menghalang bakteria dan memelihara agar kulit menjadi lebih licin dan berseri.

Dirumus khas dengan bahan aktif utama, asid Salicylic yang bertindak sebagai agen pengelupasan serta memulihkan kulit wajah dari kesan jerawat manakala Triclosan berfungsi sebagai antiseptik dan mencegah jerawat.

2. GARNIER Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub (100ml)

Exfoliator terbaik untuk kulit berjerawat

Garnier Pure Active adalah scrub anti-jerawat yang diperkaya dengan Salicylic Acid & Herba Repair yang berfungsi untuk mencegah minyak, jerawat, blackheads, menutup liang pori, mengurangkan kemerahan kulit, dan parut jerawat pada wajah. Produk multifungsi 6 dalam 1, ini juga mendapat pengiktirafan halal untuk digunakan. Dengan harga yang amat berpatutan muka tiada lagi masalah.

3. EUCERIN Pro ACNE Solution Toner (200ml)

 

Toner sesuai untuk kulit berjerawat

Langkah seterusnya setelah mencuci muka dengan bersih adalah menggunakan toner.Dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mengandungi 2% Lactic Acid, mampu untuk membersihkan pori-pori tersumbat, menghalang pembiakan bakteria dan mencegah masalah kulit muka tanpa mengeringkan kulit.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini disahkan selamat untuk digunakan oleh anda yang mempunyai masalah kulit dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat. Produk ini juga selamat digunakan untuk wanita hamil kerana tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kandungan.

4. BIO-ESSENCE Bio Treatment Essence-In-Oil (60ml)

Essence multifungsi dari drugstore untuk kulit jerawat

Dengan campuran unik 11 ekstrak tumbuhan semulajadi yang berfungsi untuk penyembuhan luka dan melembapkan kulit, essence ini mempercepat proses pemulihan dan melembutkan kulit yang terluka akibat jerawat serta meminimumkan pembentukan parut.

Hypoallergenic, dermatologically telah diuji secara dermatology ianya bersifat hypoallergenic. Melembapkan kulit yang kering dan sensitif. Diuji melalui ahli dermatologi, essence ini mengandungi hypoallergenik yang dapat melembapkan kulit kering serta sensitif. Ianya tidak akan menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit wajah.

5. THE ORDINARY Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml)

Serum dengan Vitamin C untuk kulit jerawat

Serum The Ordinary Vitamin C dirumus khas sebagai agen untuk melawan penuaan. Dengan mengandungi asid Hyaluronik  untuk menghidrat dan memelihara kulit sambil mencerah serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Sebaiknya digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur untuk membolehkan kulit anda kelihatan lebih muda berseri pada keesokan harinya.

IKLAN