Mesti ada bakal pengantin yang memakai cermin mata kan disebabkan oleh rabun. Ada juga yang memilih untuk memakai kanta lekap kerana ia lebih mudah dan senang.
Kanta lekap juga menjadi salah satu trend sekarang kerana anda boleh memilikinya dalam pelbagai warna. Namun, haruslah diingatkan jika ingin memakai kanta lekap semasa hari bahagia anda, jangan pula pakai warna yang merepek. Lain pula jadinya nanti.
Untuk Nikah/ Tunang
Warna lens mestilah sweet-sweet sahaja jangan terlalu terang sebab makeup pun tidak terlalu tebal. Anda akan nampak ayu je nanti percayalah contoh warna lens lembut ialah kelabu lembut dan coklat lembut.
Untuk Sanding
Nak naik seri pengantin agar nampak meletop wajib pakai lens terang sebab makeup tebal. Jika pakai lens tak terang tenggelamlah makeup dan rugi sahaja makeup mahal-mahal tapi nampak biasa sahaja. Warna kanta lekap sangat mainkan peranan.
Tengok saiz mata
Saiz mata ni penting sebab kalau kita tak fokus betul bahagian ni, nanti silap pilih. Mata yang kecil dan sepet, saiz contact lens yang sesuai adalah 14mm-15.mm mata yang bulat besar atau mempunyai mata hitam yang besar sesuai pilih 15mm-16mm.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI