Biasanya kalau suami minta kopi, macam mana anda bancuh air? Sekadar buat atau pernah selit doa yang baik untuk lembutkan hatinya?
Haa… nampak remeh tetapi tip ini sangat berkesan dalam rumah tangga! Cara ini sangat membantu mengikat hubungan suami isteri, cubalah amalkan, ya.
Bancuh Air Sambil Tiub Doa
Amalan ini boleh dilakukan oleh isteri terutamanya semasa menyediakan minuman dan makanan buat suami. Pastikan niat itu selari dengan rasa hidangan yang sedap ya!
#DOA UTAMA
Doa yang bermanfaat dari Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma. Surah Al- Imran, ayat 31.
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Doa ini dibaca untuk bagi pasangan kita sayang dekat kita. Boleh dibaca sambil kacau makanan atau semasa bancuh air dan sebagainya sebelum dihidangkan kepada suami tercinta. Bahkan, para suami juga boleh membaca doa ini untuk isteri.
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia dan akhiratku, keluargaku, harta benda dan orang-orang yang aku cintai, serta suamiku.”
Ads
#DOA 4
Ini adalah untuk buat air penawar. Caranya adalah dengan baca ayat-ayat ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.
-Surah al-Fatihah : 17 kali
-Ayat Kursi : 17 kali
-Surah al-Ikhlas : 17 kali
-Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 kali
Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkan.
Selamat mencuba dan insyaAllah suami akan makin sayang!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin mesti sudah melakukan persiapan majlis perkahwinan anda bukan? Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah.
Tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis mereka biasa-biasa kerana ini hanyalah sekali seumur hidup. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tidak mahu menanggung hutang yang tinggi. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting. Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tidak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.
6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah lebih elok jika saudara mara dan rakan terdekat sahaja.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah.
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan?
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Sumber : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada malam hari ketika tengah tidur, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca.
Malah Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.”
(dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Keterangan:
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berzikir (kepada Allah), sehingga zikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima solatnya.” (Kitab Fathul Baari 3/40).
Keutamaan mengucapkan zikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan zikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur.
Imam an-Nawawi berkata, “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur.
Dzikir-dzikir yang dibaca (pada waktu itu) banyak sekali yang disebutkan (dalam hadits-hadits Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam), di antaranya, Kemudian beliau Shallallahu’alaihi wasallam menyebutkan hadits di atas (kitab al-Adzkaar hal. 79 – cet. Darul Manar, Kairo, 1420 H).
Di antara para ulama ada yang menjelasakan bahwa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya solat pada saat setelah mengucapkan zikir ini lebih besar dibandingkan waktu-waktu lainnya (lihat kitab Tuhfatul Ahwadzi (9/254)
Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kajian yang dijalankan secara atas talian itu telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.
Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.
gambar sekadar hiasan
Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Wanita sebenarnya tak suka pun lelaki sado, lebih tertarik dengan lelaki macam ‘ayah-ayah’. Jadi korang lebih suka lelaki berbadan sado atau yang macam ayah-ayah? tak salah minat lelaki macam ayah-ayah asalkan bukan yang sudah berpunya ya!