
Isi Kandungan
TogglePesanan untuk yang baru kahwin, sekali pun kita sudah sah jadi suami isteri dan halal ikut syarie, mungkin sampai ada anak atau belum ada rezekinya, jagalah adab. Tak perlu tayang mesra suami isteri pada orang luar.
Biar ada privasi dan seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Suryani Yaakop, perlunya ada batas.
Baru Kahwin Atau Dah Bertahun
Ya, mungkin kita sangat bahagia dengan suami kita. Tak pernah gaduh masam muka. Setiap hari ucap I Love You walau tengah duduk saja. Dia dukung kita masuk bilik dari kurus sampai dah saiz dua kali ganda. Kita pula mandikan laki kita tak pernah terlepas lagi walau sehari cuma.
Tapi tetaplah ingat tuan puan…
Beringat Depan Orang Ramai
Islam ini agama yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dalam rumah suka hati nak buat apa. Nak bercium bergomol bergusti ke lantak, lasal bahagia. Tetapi kalau depan khalayak, beringatlah sikit supaya kita tidak lupa. Terlebih sangat nanti muncul penyakit ain, hidup boleh rosak binasa.
Mesra suami isteri ni memang bagus dan dianjurkan agama. Tetapi bukan untuk tunjuk dan jadi tatapan mata semua. Ketahuilah bahawa itu adalah aib dan rahsia rumah tangga.
Jangan ikut sangat kaedah influencer, artis atau manusia mana di luar sana. Bercium bagai tinggal cuma tinggal lagi tak sampai bersenggama.
Begitulah sepatutnya, simpan sedikit rahsia suami isteri untuk rasa privasi. Hidup ini pun tidak sell cerah, ada masa diuji dan sekali ‘terkena’, pasti rasa hilan arah dan banyak mata yang memandang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Buat Majlis Kahwin, Ikut Apa Yang Kita Mampu. Tak Payah Ikut Orang

Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar. Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya:
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Lebih baik!
Sumber : Facebook AmirSyahir
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sikap Narsisistik Dalam Rumah Tangga, Punca Pasangan Bercerai

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tak sedar sikap narsistik wujud dalam rumah tangganya, ini bahaya sebab kadang sampai bercerai jadinya!
Nak tahu apa ciri-ciri orang narsisistik, semak perkongsian Sha Ramson Abdullah ini. Mungkin anda boleh ubah dan elakkan dari awal perkenalan.
Ciri-ciri Sikap Narsisistik
- Suka membangga diri.
- Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.
- Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.
- Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.
- Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai ‘mata-mata’ atau pengkhianat.
- Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.
- Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.
- Pentingkan diri sendiri.
- Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.
- Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain.
- Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.
- Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.
- Suka ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.
- Suka menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
- Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.
Kesan Buruk Sifat Narsisistik:
- Susah nak dapat kawan.
- Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.
- Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.
- Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.
Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :
Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.
Sikap ujub ini tidak disukai oleh Allah Ta’ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.
Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta’ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.
Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”
Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.
Suami
Jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumah tangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.
Isteri
Kalau isteri bersifat narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.
Anak
Jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.
Ibu Mentua
Jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah… ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga.
Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembutkan Hati Dengan Air Jampi Dari Bacaan Ayat Quran

Air Sebagai Medium Penyembuhan
Islam mengiktiraf bahawa air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang mathur dari hadis merupakan sebahagian dari kaedah rawatan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri menggunakan air yang didoakan sebagai ikhtiar untuk penyembuhan. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dalam kitab Sunan Ibnu Majah:
“Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat kala jengking. Setelah selesai solat, baginda bersabda: “Semoga Allah melaknat kala jengking yang menganggu nabi atau selainnya.’ Lalu baginda mengambil bekas yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat kala jengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.”
Diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW pernah memerintahkan agar ditulis beberapa potongan ayat dari Al-Quran pada bekas minuman yang bersih lalu diberi minum dan mandi kepada wanita yang sukar untuk bersalin. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Sahal bin Hanif r.a. yang terkena penyakit pandangan mata (‘ain). Apabila diadukan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW memerintahkan agar sahabat tersebut dimandikan dengan air yang ditadah dari wudu orang yang mengenakan ‘ain itu.

MENJAMPI AIR MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN
Menjampi air menggunakan ayat al-Quran adalah digalakkan. Antara amalan orang-orang alim terdahulu ialah membacakan surah Yasin pada air pada setiap malam Jumaat. Ini kerana Al-Quran mengandungi keberkatan, dan keberkatannya ini meliputi apa sahaja yang berada di sekelilingnya sama ada daripada air atau lain-lain. Maka air tersebut menjadi berkat dengan keberkatan al-Quran, dan dengan keberkatan ini mudah-mudahan ia menjadi penyembuhan dengan izin Allah Yang Maha Esa. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 82:
”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran,ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.”
Cara-cara membuat air penawar.
1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.
Surah-surah yang dibaca.
Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
Baca Al-Fatihah – 10x.
Baca Ayatul Kursi – 1x.
Baca Surah Al-Ikhlas – 3x.
Baca Surah Al-Falak – 1x.
Baca Surah An Naas – 1x.
Baca Surah Yunus – 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
Zikir "Ya-Naafi" – 100x.
Penutup – Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:
Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.
Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI