Isteri mana yang tak teruja bila dapat tahu dirinya hamil? Suamilah orang pertama yang akan tahu berita gembira ini. Perkongsian Azira di laman Facebookya baru-baru ini membuatkan penulis ingin berkongsi kisah yang dialami. Kehamilan pertama selepas tiga bulan menikahi lelaki yang dikenali selama 15 tahun membuatkan Azira taknak tunggu lama daripada berahsia daripada suaminya.

 

“Dalam famili memang kami adik-beradik perempuan senang nak dapat anak. Dua orang kakak saya baru je kahwin terus mengandung. Dan memang saya dah expect saya pun macam diorang juga. Ternyata betul. Kami baru je kahwin Disember tahun lepas dan dua minggu sebelum Ramadan hari tu saya buat pregnancy test, saya hamil.

 

Macam biasalah. Pagi tu saya dan Rizal (suami) pergi kerja sama-sama. Tak ada apa-apa yang lain pun. Biasanya pagi-pagi memang moody sikit dan masing-masing kurang bercakap. Dengar jelah radio tu menyanyi, bercakap, gelak-gelak. Kitorang masih macam tu je.

 

Sampai je pejabat, salam tangan Rizal dan dia terus pergi. Yang luar biasanya pagi ni saya bawa sekali pregnancy test kit. hihihihihi… Sebab masa mandi pagi tadi sajalah check kot-kot pregnant. Dah tiga minggu juga lambat period. Biasanya on time je. Dan memang ada dua line. Macam tak percaya, tu yang bawa pregnancy test lagi satu ke office. Memang beli lebih pun!

 

Dan…untuk kali kedua memang POSITIF! Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah. Terus saya ambil gamabr dua line tu dan hantar pada Rizal. Sah-sah dia tak faham. Tulah…asyik main game je. Len kali tengok la drama! hahahahhaha… Bila dan explain pada Rizal, barulah dia faham. Terus video call! Nampaklah muka dia happy sangat-sangat.

IKLAN

 

The best thing about Rizal ni, dia memang seorang family man. Masa kenal kat sekolah dulu, nampaklah dia ni caring sangat. Macam bapak-bapak. Suka tolong orang. Favourite cikgu-cikgu. Walaupun tak terus couple, tapi kitorang macam faham-faham sendiri perasaan sayang tu.

 

As a family, berita ni buat Rizal teruja. Tak sabar katanya nak jadi ayah. Dia kata nak balik awal then bawa pegi klinik untuk scan baby. Dia suruh bawa telekung sekali takut tak sempat balik Maghrib. Maknanya, dia balik awal dan balik rumah dulu then bawa kitorang (Saya dan baby ler) pegi klinik.

 

Dalam jam 4.30 petang tu Rizal whatsapp beritahu dia dah nak keluar rumah. Maknanya dalam jam 5 macam tu dia akan sampai office saya. Tapi, dekat satu jam juga saya tunggu Rizal tak sampai-sampai. Baru je nak call tiba-tiba ada nombor pelik naik.

IKLAN

 

“Ni nombor suami puan ke? Dia excident. Sekarang dalam ambulans on the way ke Hospital Shah Alam.”

 

Masa tu saya memang blur. Phone pun tak off lagi. Saya senyap…kaku… Tu je. Lepas tu baru terfikir nak call Grab. Air mata tak keluar apa pun masa tu sebab memang tak boleh fikir apa-apa. Sampai di wad kecemasan, Rizal dah tak ada. Dia cedera teruk. Masa tu baru saya sedar suami saya dah tak ada dan tak akan kembali. Menggigil saya call mak ayah. Mujur keluarga saya ada di Klang je.

 

IKLAN

Kalutnya waktu tu memang tak boleh digambarkan. Doktor tanya itu ini, lepas tu polis bawa barang-barang arwah dan serahkan pada saya. Pemandu lori yang langgar kereta arwah datang jumpa saya dan masa tu memang saya menangis kuat-kuat. Saya rasa benci dan marah. Tak tau nak luah macam mana lagi dah.

 

Nurse bawa saya ke tempat lain. Tenangkan saya. Yang saya genggam masa tu kain pelikat arwah. Aah…arwah bawa kain pelikat untuk solat Maghrib. Dan arwah minta saya bawa telekung andainya tak sempat balik untuk solat Maghrib lepas check up. Dan kami tak sempat pergi klinik pun untuk check up!

 

Ya Allah…Dugaan apa ni? Macam mana nak besarkan anak ni sedangkan arwah tak ada? Ya Allah….. sedihnya.. Kesiannya anak ibu. Tak sempat tengok ayah. Tak sempat nak rasa kasih sayang ayah. Siapa nak jaga ibu? Siapa nak jaga kita?

 

Bertalu-talu soalan. Dan sepanjang urusan pengebumian, saya masih blur lagi. Tapi saya redha. Saya terima ketentuan Allah. Saya ada family dengan saya, kawan-kawan dan anak yang saya kandungkan. Sayang…saya tak sempat minta maaf pada awak atas semua dosa saya. Saya tak sempat masak makan malam haritu. Banyak benda yang saya tak sempat dan saya harap awak maafkan saya. Saya sayang awak sejak 15 tahun lepas dan akan sayang awak sampai bila-bila…”

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI