Penat suami balik kerja, buka peti sejuk tak ada apa-apa, isteri kena main peranan bab menjaga emosi suami. Apa kata buat suami tenang sikit dengn menu-menu kreatif lagi sedap ini. Lets para isteri kita cuba buat puding milo oreo ni, dah la mudah dan enak!

Ramuan
1 peket agar2
1 tin susu cair
1 cawan gula
4 cawan air
3 senduk milo serbuk
Acuan
Terpulang pada cita rasa masing2

Langkah

Basahkan Tekak Suami Dengan Puding Milo Oreo

Masukkan 4 cawan air dan 1 peket agar2. Masak hingga agar2 hancur dan masukkan 1 cawan gula. Gaul smpi gula hancur.

Basahkan Tekak Suami Dengan Puding Milo Oreo

Kemudian masukkan 1 tin susu cair dan gaul seketika biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih tutup api.

Ads

Ambil 2 cawan atau 3 cawan agar2 tadi dan tuang dalam bekas lain. (Bahagian putih)

Basahkan Tekak Suami Dengan Puding Milo Oreo

Balance yg dalam peruk tu dicampurkan dengan 3 senduk serbuk milo dan digaul rata.

Ads

Cara aturan:

Tuang agar2 milo kedalam bekas pilihan masing2. Sejukkan seketika hingga agar2 sedikit keras. Kemudian susun oreo diatas agar2 milo tdi dan tuangkan semua agar2 putih keatas oreo dab sejukkan seketika.

Ads
Basahkan Tekak Suami Dengan Puding Milo Oreo

Sudah sejuk tuangkan balance agar2 milo tadi untuk lapisan akhir dan sejukkan.

Puding milo oreo is doneee!!!

KREDIT : COOKPAD

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI