Penjagaan rambut sama penting dengan kulit wajah. Rambut juga memerlukan belaian dan ‘layanan’ yang baik sama seperti kulit wajah. Mungkin ramai yang kurang memberi perhatian pada penjagaan rambut berbanding penjagaan kulit wajah.

Rawat rambut sejak dari awal bagi mengelakkan masalah rambut seperti rambut gugur hingga hampir botak, kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Bagi bakal-bakal pengantin tidak kiralah anda berhijab atau tidak, penjagaan rambut ‘wajib’ diberi keutamaan.

Kesibukan bukanlah alasan untuk anda mengabaikan penjagaan rambut. Walaupun anda berhijab ini bukan bermakna penjagaan rambut boleh diabaikan.

Basuh Rambut Dengan Air Sejuk, Bakal Pengantin Boleh Amalkan Untuk Dapat Rambut Cantik
Kredit foto: Pixabay

TIP PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERHIJAB:

Pilih fabrik yang sesuai
Pilih jenis kain yang selasa dan boleh memudahkan aliran udara di bahagian kepala.

IKLAN

Pilih anak tudung yang sesuai
Elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala. Seeloknya pilih anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas.

Elak pakai berulang
Sama ada hijab atau pun anak tudung, elakkan pakai secara berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut dengan memastikan hijab dan anak tudung yang dipakai dalam keadaan bersih

Cuci rambut dengan air sejuk
Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana perbuatan ini hanya akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Mencuci rambut dengan air sejuk bukan sahaja bagus untuk kesihatan rambut tetapi juga melegakan kulit kepala.

Basuh Rambut Dengan Air Sejuk, Bakal Pengantin Boleh Amalkan Untuk Dapat Rambut Cantik
Kredit foto: Pixabay

Cuci rambut secara berkala
Tidak perlu mencuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil mencuci rambut, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.

IKLAN

Keringkan rambut secara semula jadi
Pastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan hijab. Keringkan secara semula jadi dan elakkan daripada membalut rambut dengan tuala.

EMPAT KESALAHAN YANG PERLU WANITA ELAKKAN KETIKA MERAWAT RAMBUT:

Terlalu kerap menyikat rambut
Menyikat rambut amat penting bagi memastikan rambut tidak kusut selain untuk kekemasan diri. Bagaimanapun elakkan daripada menyikat rambut terlalu kerap. Perbuatan ini boleh menyebabkan rambut mudah gugur. Rambut yang ditarik apabila disikat boleh melemahkan akar.

Jarang memotong hujung rambut
Sesetengah wanita yang ingin mengekalkan rambut panjang, sanggup tidak pergi ke salon rambut selama berbulan-bulan. Namun, tabiat ini juga boleh menjejaskan keadaan rambut. Memotong hujung rambut setiap dua bulan sekali penting untuk ‘membuang’ hujung rambut yang kering dan bercabang. Proses ini perlu dilakukan dengan kerap sebelum hujung rambut kering dan bercabang merebak ke bahagian rambut yang lain.

IKLAN
Basuh Rambut Dengan Air Sejuk, Bakal Pengantin Boleh Amalkan Untuk Dapat Rambut Cantik
Kredit foto: Pixabay

Jarang mencuci rambut
Mencuci rambut adalah salah satu rutin penjagaan rambut bagi membersihkan kulit kepala serta membebaskan rambut daripada minyak, kotoran dan peluh yang terkumpul. Amat penting untuk mencuci rambut secara teratur. Jangan lupa gunakan produk lain seperti vitamin rambut atau pelembap rambut yang dapat mengekalkan kesihatan rambut dengan lebih baik.

Mencuci rambut dengan air suam
Mungkin anda pernah mendengar bahawa mencuci rambut dengan air suam menjadikan rambut lebih bersih kerana amalan ini membantu membunuh kuman dan bakteria. Ini tidak benar dan hanya mitos. Mencuci rambut dengan air suam boleh mengganggu kesihatan rambut. Selain membuat kulit kepala kering, penggunaan air suam boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Bukan itu sahaja, air suam juga boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit kepala dan rambut.

Sumber kredit: H-Growth Hair Expert Kredit foto (top image): Pixabay

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI