Bekam ialah sejenis rawatan alternatif kuno yang telah digunakan sejak zaman Mesir Purba dan China. Di dalam sebuah buku perubatan kuno iaitu Ebers Papyrus, terdapat penjelasan tentang bagaimana orang Mesir menggunakan kaedah bekam pada tahun 1550 sebelum Masihi. Bekam dilakukan dalam dua kaedah kering atau basah.
Dalam kedua-dua kaedah, sejenis cawan akan dilekapkan ke atas kulit dan tekanan negatif di dalam cawan akan diwujudkan sama ada menggunakan teknik pembakaran (lama) atau penyedut (moden). Cawan tersebut kebiasaannya dibiarkan selama 3 minit.
Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah. Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.
Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah. Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.
Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.
Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor
Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.
Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.
Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan.
Rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.
Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.
Ada yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.
Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih belum kuat.
→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.
→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.
→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.
Panduan asas berbekam sebelum berbekam badan
→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan – bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.
→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.
→ Elak minuman manis selepas bekam
→ Elak aktiviti lasak
→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.
→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.
→ Elak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 jam
Gambar hiasan : ViperBekam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Harga ketam pulak tu boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika pilih ketam sebelum ada terus membeli.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar
Sumber :the ikan dot com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak salah isteri merajuk tetapi biar berpada-pada. Jangan sampai keruhkan hubungan dan jadi bala dalam rumah tangga.
Merajuk berpanjangan akan menyusahkan ramai pihak, lama kelamaan mungkin akan menyebabkan cinta dan sayang makin pudar.
Khas buat anda yang baru bina mahligai, boleh ikuti tip ini dan mana yang molek, jadikan rujukan.
Isteri Merajuk Kena Ada Tekniknya
1. Merajuk pada hal yang sepatutnya
Jadikan merajuk anda ekslusif. Jadikan merajuk anda sebagai senjata halus yang digunakan pada waktu penting sahaja. Jangan bazirkan pada hal-hal yang terlalu remeh.
Contoh: suami lupa maklum balik lewat. Ingat, sebahagian orang lelaki kalau merajuk benda remeh temeh ini akan nampak mengada, over dan menyusahkan.
2. Jangan terlalu kerap
Mungkin anda rasa suami dah tak sayang anda sebab suami dah tak pujuk. Berbeza waktu awal kahwin dulu. Tapi hakikatnya anda merajuk 7 kali sehari mengalahkan solat 5 waktu. Jadi menyebabkan suami sudah ‘imune’ dengan rajukan anda.
3. Jangan terlalu lama
Janganlah merajuk selama 5 hari untuk suatu sebab. Takut-takut kita merajuk 5 hari, suami dah keluar ikut tabligh 40 hari. Tak ke menyesal kita.
Bahaya kalau lama-lama. Semakin memendam rasa dan semakin parah dialog diri, semakin menekan diri sendiri apabila soalan yang asyik keluar “bila suami aku nak pujuk ni?”
4. Merajuklah dengan sebab sayang
Jangan merajuk dengan sebab marah dan benci. Bila merajuk, kita akan fokuskan pada perasaan itu. Kalau benci akan jadi semakin benci. Bila dipujuk lambat pulih. Kalau sebab sayang, sedikit usaha memujuk terus berkesan & makin sayang.
5. Jangan abaikan tanggungjawab
Merajuk macam mana sekali pun, jangan abaikan tanggungjawab. Jaga makan minum suami anda. Jangan berdosa dalam merajuk. Takut jadi keadaan makin teruk. Allah tak reda dan Allah tak bantu. Terkontang-kantingkah kita dengan emosi kita seorang diri.
6. Hargai usaha pasangan memujuk
Tak semua suami pandai memujuk. Bahkan banyak yang jenis batu gunung, kayu besbol, paku besi dan lain-lain. Jadi bila nampak ada sedikit usaha untuk memujuk walaupun kecil, cepat-cepat hargai.
7. Pujuklah diri sendiri andai suami juga tidak memujuk
Kerana merajuk tidak berkesan dengan suami anda. Suami anda bukan tergolong dalam golongan ahli pujuk. Jadi kenapa masih nak menggunakan senjata yang tidak lagi memberi kesan? Tapi yang penting, dia sayang anda melalui tindakannya walaupun jarang diucap dengan kata-kata.
8. Jagalah adab & maruah walaupun merajuk
Jangan merajuk di tempat awam sampai suami stress. Jangan merajuk di depan mertua, jangan buat muka. Jangan merajuk di saat suami sangat tertekan kerana dibuang kerja dan lain-lain. Jagalah air muka dan maruah suami.
Haa.. lepas ingat ya, isteri merajuk pun ada tekniknya! Jangan terbawa-bawa sampai berhari-hari tak bertegur.
Bagi anda yang merancang hendak berumah tangga dalam masa terdekat mesti sudah melakukan persiapan awal kan? Semestinya anda sudah tidak sabar untuk di satukan dalam sebuah majlis yang gilang-gemilang. Untuk anda yang ada bajet lebih kami ingin beri cadangan untuk anda merakan momen indah korang sebelum menjadi pasangan suami isteri denan pre-wedding photoshoot.
Gambar yang di ambil ini lebih sempoi dan bersahaja mengikut gaya yang anda suka. Lebih-lebih lagi jika anda memang seorang gila kamera. Pastinya ia kenangan yang indah untuk anda dan pasangan. Ini adalah antara konsep pre wedding yang menarik kami senaraikan untuk anda.
#1 Loving You
foto : lovingyou
#2 Minimalis Moden
foto : axioo
#3 Konsep Gunung
foto : theweddingscoop
#4 Kasual Kontemporari
foto : venemapictures
#5 Konsep Arked
foto : rowellphoto
#6 Konsep Glamour
foto : urbanclap
#7 Tasik
foto : kentuphotography
#8 Taman
foto : ashleywestphotography
#9 Graviti
foto : happywedd
#10 Inspirasi sekolah
foto : buzzfeed
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!