Ramia yang suka tayang mesra suami isteri di media sosial, kadang buat begitu sebab content pun ada. Agak-agak menyenangkan semua pihak tak?
Mungkin anda jenis tak kisah tetapi kena berlapang dada membaca perkongsian Puan Sri A’jilah Mohd Samsir ini dulu, mesti rasa bersalah nak konsi manja suami isteri di medsos.
Mesra Suami Isteri
Saya ada catat sedikit perkongsian daripada ceramah Ustaz Nazri iaitu 3 perkara yang tidak boleh diceritakan kepada orang, mengikut sunnah nabi.
Ads
1. Jangan ceritakan pada orang tentang hartamu.
Contoh ketara akhir zaman ni, bila orang tunjuk duit untuk meniaga sebab nak tarik orang lain jadi dropshipper, affiliate atau bisnes partner dia. Ustaz nazri kata, ini tak mengikut sunnah.
Kalau tak tunjuk duit tu, tak boleh ke?
2. Jangan ceritakan pada orang tentang umurmu.
Sebab ada orang yang akan pandang rendah pada orang lain bila tahu umur seseorang tu masih muda.
Memang ada orang yang menilai orang lain melalui numbers. Umur muda, tak tahu apa. Baru kahwin, tak faham sepak terajang dunia perkahwinan. Anak kecil lagi, tak faham susah payah membesarkan anak-anak.
Ads
Maaf cakap, mentaliti macam ni sangatlah ramai dan menyakitkan.
Ads
3. Jangan ceritakan pada orang tentang hal keluargamu.
Kemesraan suami isteri, jangan ditunjukkan pada khalayak. Bukan soal orang menyampah atau meluat tapi takut jadi penyakit ain.
Hubungan suami isteri ni dah jadi favourite content di socmed. Sebegitu mudahnya ideology barat menyelinap masuk dalam masyarakat islam dan merosakkan akar umbi di dalamnya.
Begitulah, sebelum kongsi mesra suami isteri pada orang, lebih baik cuba pilih kehidupan privasi. Lebih bahagia dan tenang, percayalah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakailah bengkung seketat mana pun, kalau diet tak dijaga, perut buncit tetap buncit
Ramai beranggapan penggunaan alat bantuan untuk kelihatan ramping boleh mengempiskan perut yang boroi terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin.
Masalah perut buncit dalam kalangan lelaki selepas berkahwin bukan cerita baharu.
Malah, rata-ratanya mengidamkan bentuk tubuh yang ‘menggiurkan’ sebelum sah menjadi suami orang, iaitu perut rata berotot dan bangga untuk ditayang.
Bagaimanapun ada antara yang sudah berkahwin berasakan perut buncit selepas berkahwin adalah satu ‘kurniaan terindah’ kerana menunjukkan mereka gembira dan makan minum terjaga.
Sebenarnya banyak faktor mendorong seseorang lelaki mengalami masalah buncit selepas berkahwin antaranya gaya hidup kerana masa untuk keluarga lebih diutamakan berbanding ketika zaman bujang.
Ketika bujang mereka boleh beraktiviti di gimnasium tanpa mengira masa.
Mentaliti lelaki yang baru berkahwin juga berubah untuk tidak menjaga bentuk tubuh kerana berasakan zaman untuk ‘memasarkan’ diri sudah berakhir.
Selepas berkahwin lelaki berasakan mereka tidak perlu mengerah tenaga di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh menarik kerana masa bersama keluarga lebih penting.
Bahkan mereka juga tidak perlu memikirkan mengenai matlamat mencari pasangan hidup.
Isteri pula mahu memastikan makan dan minum suami sentiasa terjaga.
Maka, pelbagai jenis masakan tanpa mengira tahap kolesterol dihidangkan dan rasanya semua isteri mahu menyediakan hidangan enak sepanjang masa,” katanya.
Sebenarnya masalah perut buncit boleh dialami sesiapa saja baik lelaki atau wanita.
Ia berlaku apabila lemak di bahagian perut tidak dapat dibakar atau akibat faktor kehilangan otot disebabkan peningkatan usia.
Otot mampu menjadi ejen untuk membakar kalori dalam badan. Oleh itu, jika seseorang mempunyai otot yang kurang boleh mengakibatkan masalah perut buncit.
Otot biasanya akan mula berkembang pada usia 20 hingga 30 tahun dan mula menurun pada usia 60 hingga 70 tahun dengan kadar sekitar 20 hingga 30 peratus.
Dalam tempoh perkembangan otot, orang ramai perlu membina otot dengan maksimum kerana kita khuatir apabila sampai usia kemuncak pengembangannya iaitu selepas 30 tahun, otot tidak dapat berkembang seperti dalam tempoh berkenaan.
Akibatnya bahagian tubuh seperti perut menjadi lokasi pengumpulan lemak. Kekurangan hormon testosteron dalam badan lelaki juga mengakibatkan seseorang menjadi buncit dan gemuk serta mengundang pelbagai masalah kesihatan lain.
Perut buncit menjadi petanda awal kepada seseorang itu untuk mendapat penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes, serangan jantung dan masalah kegemukan.
Kawalan makanan dan gaya hidup yang baik adalah kunci utama mengawal masalah perut buncit tanpa mengira peringkat umur terutama pada usia muda, berkahwin atau tidak. Aktiviti kecergasan amat membantu membakar lemak di bahagian perut disebabkan mengambil makanan berkalori tinggi.
Tiada jalan pintas seperti menggunakan alat bantuan antaranya bengkung untuk mengempiskan perut yang buncit.
Kalori daripada makanan akan berkumpul di dalam badan. Jika anda pakai alat yang boleh membuatkan perut berpeluh, ia tidak akan membantu ‘menanggalkan’ lemak berkenaan. Jadi, kawalan makanan dan aktiviti kecergasan adalah jalan penyelesaiannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa bangun awal selalu dikaitkan dengan pembukaan pintu nasib? Berikut adalah beberapa bukti bahawa bangun pada waktu pagi memang boleh membuka pintu kepada nasib yang lebih luas.
Sebenarnya banyak sebab mengapa bangun awal ni akan membuka pintu rezeki kita. Jadi, lepas baca artikel ini, pasti anda juga ingin selalu bangun awal jika dapat tahu manfaatnya. Semoga berjaya!
1. Antara Rising Dawn dan Rising Sun adalah ketika Allah memberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi, dikatakan bahawa ketika Rasul kembali dari solat Fajar di Masjid Nabi, ia mendapati putrinya, Fatimah, masih tidur .
Dengan kasih sayang yang besar maka dia menggerakkan tubuh anak perempuannya dan berkata, “Wahai anakku, bangunlah, perhatikanlah kekayaan Tuhanmu dan janganlah menjadi orang yang lalai karena Allah memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya, antara subuh yang terbit dengan naiknya matahari.”
2. Berkah Rasulullah untuk umatnya yang suka bangun
Fajr “Ya Allah memberkati umat-Ku selagi mereka suka bangun Fajr.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Siapa yang tidak mempercayai doa Nabi? Doa ini menunjukkan bahawa berkat akan diperoleh oleh orang yang suka bangun pada waktu subuh.
Bagi mereka yang merasakan mereka mempunyai banyak pendapatan, tetapi tidak pernah cukup, mungkin kerana pendapatan yang diperoleh tidak mengandungi rahmat! Cuba berlatih bangun awal!
3. Bangun pagi untuk membuat mood yang lebih baik Para penyelidik dari Universiti Roehampton di England membuat kesimpulan bahawa bangun awal menjadikan tubuh lebih sihat, mood yang baik, dan membuatkan orang mempunyai indeks jisim badan yang ideal.
“Mereka yang bangun awal cenderung lebih sihat dan lebih bahagia,” kata penyelidik Dr Joerg Huber, yang dipetik oleh Medicmagic. Mereka yang bangun pada awalnya mempunyai suasana yang lebih bahagia dan bahagia daripada mereka yang bangun lewat.
Kajian itu juga dilaporkan dalam jurnal Emosi 2012 di mana sistem saraf dipengaruhi oleh kebiasaan bangun pagi ini. Ini mood dan keriangan yang lebih baik pastinya memberi kesan kepada semangat kami untuk mencari nasib pada hari itu.
4. Bangun pagi yang lebih sihat, Analisis saintis dari University of Toronto Canada juga menyimpulkan, mereka yang bangun pada umumnya secara umumnya mempunyai keadaan kesihatan yang lebih baik.
Orang yang bangun lebih awal juga berasa lebih bahagia dalam kehidupan berbanding orang yang bangun lewat kerana mereka lebih menyesuaikan diri dengan aktiviti harian mereka.
Kesan ke atas rezeki pendapatan? Ia sememangnya lebih teguh daripada orang yang keadaan kesihatannya kurang dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan jadual harian mereka.
5. Bersiaplah lebih awal menjadikan tubuh lebih aktif dan bertenaga, Muncul awal tidak menjadikan tubuh menjadi lemah, malah menjadi lebih aktif dan terasa penuh tenaga. Terutamanya jika disertai dengan latihan ringkas atau hanya memanaskan badan.
Ini dijawab lebih mendalam dalam Journal of Psychology Social Applied pada tahun 2009. Bukan hanya itu, bangun awal didakwa mampu merampingkan tubuh.
Sudah tentu, orang yang lebih aktif dan bertenaga akan lebih bersemangat dalam mencapai sasaran kerja, akhirnya juga akan menjejaskan pendapatan.
6. Mendapatkan awal lebih awal menjadikan tahap kemurungan lebih rendah, kajian Jerman pada tahun 2013 mendapati hubungan antara kemurungan yang lebih tinggi dan kecenderungan untuk terus larut.
Mereka yang tidur dengan baik dan dapat bangun lebih awal mempunyai tahap kemurungan yang rendah. Tahap kemurungan dan tekanan yang lebih rendah tentu dapat mempengaruhi prestasi kami untuk menjadi lebih produktif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang mengatakan bila sudah kahwin, kelegaan dirasai kerana semua perkara dapat dilalui bersama sama ada susah dan senang. Itu mungkin pada awal perkahwinan semuanya dirasakan indah tambahan pula orang yang kita sayang ada bersama kita.
Namun ketahuilah hakikatnya bila sudah berkahwin banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang pasangan sebelum ini akan terserlah . Ikuti perkongsian lelaki ini sebaik telah berkahwin.
Assalamualaikum wbt
Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini.
Aku rasa tertarik nak tulis lepas baca confession Nasihat Mak Tentang Perkahwinan dan Nasihat Ayah Tentang Perkahwinan. Terima kasih pada confessor yang sudi kongsi nasihat tersebut. Aku yakin ianya sangat bermanfaat buat kita.
Aku seorang lelaki, sudah berkahwin. So aku tulis ni nak tambah lagi beberapa nasihat, yang aku rasa sangat berguna untuk orang yang belum kahwin dan sudah berkahwin. Aku dulu sebelum kahwin takde orang pun bagi nasihat ni pada aku. Padahal nasihat-nasihat ni sangat penting untuk kita tahu sebelum nak kahwin.
Sejak akhir-akhir ni, kita perasan ramai pasangan yang berkahwin pada usia muda, which is very good. Daripada ber-couple tak tentu hala tu, lebih baik kahwin kan. So bagus la trend kahwin muda sekarang ni. Tapi kalau korang perasan, kes perceraian pun semakin meningkat sekarang ni. Tak percaya? Cuba korang pergi Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah terdekat, pergi tanya statistik berapa ramai yang bercerai dalam satu hari? Pasti korang ternganga mulut tak percaya. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang.
Sebab apa bercerai? Ianya multifactorial. Banyak sebab. Setiap kes berbeza. Jadi aku rasa terpanggil untuk menulis supaya korang buat persediaan sebelum kahwin, jangan menonong je nak kahwin sebab kawan-kawan korang dah kahwin. Persediaan ini penting supaya korang well-aware untuk menghadapi alam perkahwinan.
1. Sila kurangkan expectation/harapan kepada suami & isteri.
Sebelum kahwin, aku tertarik dengan isteri aku ni sebab dia bertudung labuh, lemah lembut, sopan santun. Boleh masuk kategori ayu dan isteri pilihan la. So aku tak teragak-agak nak kahwin dengan dia. Sebelum kahwin aku expect isteri aku ni ala-ala bidadari la, melayan aku dengan lemah lembut dan sopan santun bila kami dah kahwin nanti.
Lepas kahwin, aku terkejut besar. Isteri aku ni dia kentut merata-rata, tak cover langsung. Bila makan, kaki letak atas kerusi. Bagi aku nampak macam biadap. Makan pun dengan pelahap, tak sopan langsung. Situasi ni semua dalam rumah. Sebelum kahwin aku terbayang isteri aku ni ayu, sopan santun. Tapi bila dah duduk sekali, rupanya jauh panggang dari api. Tipah tertipu kejap. Haha..
Kisah di atas ni adalah expectation aku pada isteri. Kisah di bawah pulak adalah expectation isteri pada suami.
Lepas beberapa bulan kahwin, isteri aku cakap dekat aku yang aku ni tak romantik. Dalam hati aku, eh ni apa kes pulak. Pastu aku tanya isteri aku, kenapa cakap macam tu? Korang nak tau apa dia jawab?
Isteri aku jawab, selama kita kahwin ni, tak pernah pun kita candle light dinner. Abang tak pernah pun buat surprise tutup mata dengan kain, tutup lampu dalam rumah, lepas tu ‘jeng jeng jeng surprise’. Haritu kita pergi pantai, abang takde pun main kejar-kejar lari-lari dan berpelukan di tepi pantai sambil di pukul ombak. Tak sweet lah abang ni.
Lepas tu aku tempik dekat isteri aku, sayang, abang ni kayu. Tak reti nak sweet-sweet macam dalam drama TV3 pukul 7 tu. Tu la, suka sangat tengok cerita-cerita romantik lepas tu berangan macam-macam. Ingat abang ni pelakon drama ke?
Hahaha, tu la kisah expectation antara kami suami isteri. Sebenarnya ada banyak kisah lagi, tapi kang nanti tak larat pulak korang baca kalau aku tulis semua.
Ada seseorang yang cerita dekat aku, ada satu pasangan ni, si isteri minta cerai. Aku tanya la sebab apa? Pastu dia cerita :
Si suami ni seorang yang alim, ala-ala macam ustaz. Jadi ramai la perempuan yang berkenan nak jadikan suami. Ditakdirkan, seorang perempuan ni dijodohkan dengan ustaz ni. Lepas beberapa bulan kahwin, si isteri minta cerai sebab suami dia selalu subuh gajah. Dia ingat bila kahwin dengan ustaz, suami dia akan qiyamullail dan solat tahajud setiap malam. Rupanya dia silap. Suami dia selalu bangun lewat dan dia pulak yang kena kejutkan suami dia. Dia nak suami yang menjadi imam dan membimbing dia menjadi lebih baik, tetapi dia pulak yang kena kejutkan suami.
Take home message yang pertama : Isteri bukanlah bidadari dan suami bukanlah malaikat. Korang jangan letak expectation tinggi-tinggi pada suami dan isteri. Kita ni manusia banyak kekurangan. Sebelum kahwin memang tak nampak kekurangan tu. Tapi bila dah kahwin, duduk sekali, sejuta kekurangan korang akan nampak pada pasangan.
2. Perempuan sangat misteri
Korang pernah tengok tak cerita Misteri Nusantara dekat TV3? Aku tak pasti ada lagi ke tak cerita tu sekarang sebab dah bertahun aku tak tengok TV3. Hahaha. Cerita tu membongkar kisah-kisah misteri tentang makhluk ghaib, jin, hantu dan sebagainya. Tapi ada lagi satu kategori misteri yang diorang belum bongkar, iaitu perempuan. Nak tahu sebab apa perempuan itu misteri? Meh aku cerita. Aku tulis ikut situasi supaya korang senang faham.
Aku dan isteri nak makan dekat luar. Dalam kereta, aku tanya isteri aku, nak makan kat mana? Dia jawab, ikut abang lah. sayang ikut je. Aku pun tanpa berfikir panjang terus memandu ke restoran kegemaran aku. Bila sampai je depan restoran tu, isteri aku cakap, “ala, asyik restoran ni je, pergi la restoran lain”. Lepas tu aku tanya dia balik, nak pergi restoran mana, dia jawab “ikut abang lah, sayang ikut je”. Facepalm.
Bila sampai restoran, waiter/pelayan bagi menu makanan. Aku tak tengok pun menu tu sebab aku dah tahu nak order apa. Aku suka order nasi goreng kampung, manakala isteri aku suka nasi goreng tomyam. Setiap kali makan luar, aku akan order nasi goreng kampung. So aku tak perlu nak tengok menu pun.
Berbalik pada kisah tadi, isteri aku tanya aku kenapa tak tengok menu. Aku pun jawab, buat apa nak tengok sebab abang dah tahu nak order apa. Pastu isteri aku jawab, abang ni asyik order nasi goreng kampung je, cuba la order menu lain. Dalam hati aku, “dah tekak aku suka nasi goreng kampung, buat apa nak order menu lain”.
Isteri aku pun membelek-belek menu yang ada. Aku tahu isteri aku suka order nasi goreng tomyam, tapi disebabkan kali ni isteri aku membelek menu tu lama-lama, aku rasa mesti dia nak order menu yang berbeza. Setelah lama membelek menu, isteri aku pun melambai tangan untuk memanggil waiter. Bila waiter sampai tanya nak order apa, isteri aku jawab, “nasi goreng tomyam”. Facepalm.
Ingatkan dia belek menu lama-lama tu nak order menu lain, last-last order menu yang sama jugak. Bukan main lagi dia marah aku mula-mula order menu sama, rupanya dia pun order menu yang sama jugak. Tak ke membazir masa tengok menu lama-lama tadi? Kalau order je terus tanpa tengok menu mesti dah sampai makanan yang kita order.
Aku baru balik dari kerja. Bila sampai rumah, tengok isteri macam senyap, lain dari biasa. So aku tanya dia, sayang ok ke? Dia jawab, ok je. Bila dia jawab ok, aku assume dia ok la. So aku pun berbaring atas sofa sambil layan FB.
Malam tu sebelum nak masuk tido, isteri aku marah aku. Dia kata, “abang tak perasan ke sayang tengah ada masalah, tak stabil dari petang tadi”. Pastu aku jawab, “laa tadi abang tanya sayang ok ke tak, sayang cakap ok je”. Abang assume sayang ok la. Facepalm.
Kawan aku ajak jumpa lepak dekat mamak. Aku pun bagitau isteri aku, “sayang, abang nak keluar kejap jumpa member, ok ke?. Pastu dia jawab, ok je”
Bila aku balik rumah, isteri aku bising. Sebenarnya dia tak nak aku keluar lepak dengan member. Dalam hati aku, “la, aku tanya tadi dia kata ok je nak keluar”. Facepalm.
Sewaktu lepak-lepak dengan member dekat mamak, aku mesej isteri aku tanya, nak order apa-apa tak? Nanti abang boleh tapaukan. Isteri aku jawab, “takpe la bang, sayang dah kenyang”.
Bila aku balik rumah, isteri aku tanya “abang tak beli apa-apa makanan ke untuk sayang?”. Facepalm.
Haaa. tu la beberapa situasi yang telah berlaku yang menyebabkan aku rasa orang perempuan ini sangat misteri. Walaupun dah kahwin bertahun-tahun, masih lagi susah nak memahami insan yang bergelar perempuan.
Take home message kedua : Perempuan sangat misteri. Korang kena belajar memahami apa yang diorang cakap. Kadang-kadang apa yang diorang cakap berlawanan dengan apa yang diorang maksudkan. Senang cite, perempuan ni kadang-kadang diorang tak cakap direct. Banyak sangat kiasan dan bunga yang menyebabkan orang lelaki tak faham. Untuk mengelakkan salah faham, lelaki kena cuba memahami bahasa perempuan manakala orang perempuan kena cuba cakap direct apa yang mereka nak/maksudkan supaya orang lelaki mudah faham.
Kepada yang akan berkahwin dan sudah berkahwin, aku suggest korang baca buku ‘Men from Mars, Women from Venus’ dan follow FB Pak Utih’s Page. Ada banyak tips dan nasihat yang sangat berguna kat situ.
Kesimpulannya, sebelum kahwin kena buat persediaan dulu, kalau tak nanti korang terkejut beruk pulak. Hehehe
– Mad
Sumber : iium confession
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...