Pernah menjalin cinta dengan seseorang yang sudah diharapkan menjadi satu-satunya penyempurna hidup suatu saat nanti, tapi pada akhirnya harapan itu harus ditelan kerana jodoh tidak kesampaian.

Sakit? pasti ia amat menyakitkan. Rasa amarah tentu akan menghiasi relung hati, sehingga setiap kali mengingati masa itu hati pastinya rasa membenci.

Tapi sedarlah, semua itu hanya masa lalu, semua itu hanya kisah lama, dan tidak akan pernah hadir kembali di masa depan. Maka lepaskan semua itu dengan penuh rasa ikhlas.

Ads

Percayalah, saat ini Allah tengah merencana yang terbaik untukmu, saat ini Allah tengah mencipta kisah terindah untukmu, maka lepaskanlah ingatan tentang masa lalumu, kerana kamu akan rasa rugi bila masih dalam kesedihan.

Jangan Mengenang Sesuatu yang Seharusnya Kamu Buang, Sungguh Rasa Sakitmu Tidak Akan Pernah Berakhir

Tidak ada gunanya mengenang sesuatu yang tidak menghargai kamu, kerana sesungguhnya kamu akan merasa sakit dan selamanya akan merasa tidak berdaya jika ingatanmu terus fokus pada masa lalumu.

Ads

Kamu Akan Mendapatkan Cinta yang Lebih Mendamaikan Dari Cinta Pertamamu, Maka Lepaskan Semuanya Dengan Ikhlas

Lebih cepat mengikhlaskan diri, lebih baik untuk kesihatan hatimu, kerana kamu akan kembali bahagia bila ingatanmu di masa lalu sudah bersih dari rasa benci, amarah dan dendam.

Ads

Kembalilah Memperbaiki Hatimu, Hadiahkan Ia Kepada yang Lebih Layak dan Pantas Menerimanya

Kerana ketulusanmu, kebaikanmu, dan kepercayaanmu yang pernah disia-siakan dulu, memang akan Allah hadiahkan kepada seseorang yang juga lebih layak menerimannya.

Dia yang Pergi Bukanlah yang Terbaik Untukmu, dan Allah Akan Menggantimu Dengan yang Lebih Baik

Bersabarlah, pandang semua hikmah yang ada di dalamnya, kerana walau ia menyakitkan, Allah pasti akan menggantimu dengan yang lebih baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI