BILA ada kawan sepejabat ambil tindakan berhenti kerja untuk menjadi suri rumah, banyak sangat soalan-soalan panas yang tidak sedap didengar yang meruntuhkan semangat kita antaranya;

(Sekadar gambar hiasan)

“Berhenti kerja jaga anak, nanti suami kau cari perempuan lain, macam mana? Kau tak takut ke?

“Berhenti Kerja Jaga Anak, Nanti Suami Kau Cari Perempuan Lain”

Biasa dengar kan? Tipulah kalau itu tidak pernah terdetik pada setiap isteri. Tapi bukanlah menjadi suri rumah itu juga satu pekerjaan cuma bezanya mereka tidak bergaji.

Jika ada yang beranggap seperti itu, cuba renungkan pula pandangan saudara Firdaus Shakirin dari sudut mata seorang lelaki tentang perkara ini.

IKLAN

Aik, kenapa nak kena takut pula? Kita yang bekerja ini, sebab tengah prepare untuk nak kena tinggal ke? Kita yang berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?

Pikir lah yang baik-baik yang positif. Dia jadi suri rumah itu pun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya “pendapatan” dia bukan dalam bentuk wang ringgit, Allah “bayar” dgn “masa”.

Dia dapat tengok anak membesar depan mata dia, dapat jaga anak dengan sendirinya, dapat uruskan rumahtangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dengan sebaik mgkin.

“Masa bekerjanya” adalah untuk suami dan anak-anaknya.

IKLAN

Awak yang bekerja, awak yang berniaga, betulkan la niat itu. Awak bekerja, berniaga memang niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? kerana takut laki tinggalkan awak sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa-apa?

Itu bunyi macam awak tidak yakin yang rezeki datang dari Allah. Allah sudah berfirman dalam surah An Nisa, ayat 130, “Dia yang akan mencukupkan jika kedua-duanya bercerai…”

BETULKAN NIAT

Betulkan niat itu dulu, sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup ni bermula dengan niat.

IKLAN

So, tidak payah lah niat ke arah itu. Keje dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya untuk perkara lain dan bukannya sebagai persediaan untuk diceraikan, ditinggalkan.

Dan usah pertikaikan kenapa orang lain tidak kerja macam awak, tidak berniaga macam awak, walaupun awak ada pendapatan, itu bukan “lesen” untuk awak nak menyibuk jaga rumahtangga org lain.

Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak.

Tawakalnya dia terhadap rumahtangganya hanya Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik untuk dirinya dan diri kita. Tidak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya.

SUMBER : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI