Persiapan majlis perkahwinan yang sempurna memerlukan masa, tenaga, serta mental dan fizikal yang sihat. Setiap pasangan pasti mendambakan majlis perkahwinan yang berjalan lancar dan berkesan di ingatan.
Ads
Salah satu tanda kejayaan majlis ialah apabila tetamu undangan pulang dengan senyuman dan puas hati. Oleh itu, berikut adalah beberapa tips penting persiapan majlis perkahwinan agar acara anda berjalan lancar dan menepati impian:
1. Persiapan Majlis Perkahwinan: Pastikan Tok Kadi & Saksi Hadir Tepat Waktu
Jangan abaikan kehadiran tok kadi dan saksi semasa persiapan majlis perkahwinan. Pastikan mereka dihubungi lebih awal dan tahu jadual majlis. Simpan nombor telefon mereka dan lakukan perjanjian waktu hadir agar tidak berlaku sebarang kelewatan yang boleh menjejaskan kelancaran majlis. Jika perlu, lantik seseorang untuk menjemput tok kadi dan saksi supaya anda lebih yakin mereka hadir tepat waktu.
Ads
2. Utamakan Keselamatan Majlis Perkahwinan Anda
Keselamatan adalah aspek penting dalam persiapan majlis perkahwinan. Dengan ramai tetamu, risiko perkara tidak diingini boleh berlaku. Sewa petugas keselamatan seperti RELA atau polis bantuan, terutamanya jika majlis berskala besar. Pastikan pintu keluar masuk jelas dan ada pengawasan untuk menjaga keselamatan semua tetamu. Beritahu petugas tentang sebarang keperluan khas dan pantau keadaan sekeliling secara berkala.
Ads
3. Semak Persiapan Vendor Perkahwinan Secara Menyeluruh
Vendor seperti katering, fotografi, dekorasi, dan juru mekap adalah tulang belakang kejayaan majlis anda. Sebelum hari majlis, pastikan semua vendor telah disahkan dan tahu tugas masing-masing. Semak reputasi vendor dalam bidang majlis perkahwinan dan bincang sebarang permintaan khusus anda lebih awal. Elakkan vendor yang kurang pengalaman supaya tiada masalah timbul pada hari bersejarah anda.
Persiapan Majlis Perkahwinan: Tips Extra Untuk Kepuasan Tetamu
Sediakan ruang parkir yang cukup untuk tetamu.
Pastikan menu makanan pelbagai dan cukup untuk semua.
Labelkan tempat duduk supaya tiada kekeliruan.
Sediakan kit kecemasan kecil seperti tisu, plaster, atau ubat ringan di meja tetamu.
Wujudkan suasana mesra dan selesa agar tetamu berasa dihargai.
Persiapan majlis perkahwinan yang rapi bukan sahaja memastikan kelancaran majlis, malah mengurangkan stres anda. Dengan perancangan yang teliti, hari bahagia anda pasti lebih bermakna!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.
Menghaluskan kulit wajah.
Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Selain fungsinya untuk kecantikan wajah kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita.
Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Caranya:
Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
Tapis airnya.
Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada pepatah mengatakan “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor,” tetapi bagaimana pula dengan dua biji epal sehari? Apakah manfaat yang mungkin diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan buah tersebut?
Dua biji epal = 4 peratus
Jika sebelum ini anda mengamalkan untuk memakan sebiji epal sehari, mungkin selepas ini anda boleh mula mengambil dua biji epal setiap hari. Kenapa? Ini kerana terdapat penyelidikan yang mengatakan dua biji epal yang dimakan setiap hari akan dapat membantu mengekalkan kadar kolesterol.
Lebih menarik lagi, penyelidik turut mendakwa bahawa individu yang mengambil dua biji epal sehari, untuk tempoh selama lapan minggu akan dapat menurunkan kadar kolesterol tidak baik sehingga empat peratus. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mengalami serangan strok atau jantung yang disebabkan pengerasan kolesterol pada arteri. Menarik, tetapi betul ke?
Kajian yang dilakukan
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, responden yang berusia antara 20 hingga 69 tahun diminta untuk mengambil dua biji epal sehari dalam tempoh dua bulan. Tahap tekanan darah diambil oleh penyelidik pada sebelum dan selepas tempoh kajian.
Pengkaji turut membuat perbandingan hasil kajian dengan individu yang mengambil dua gelas minuman air epal yang mempunyai kadar kandungan kalori yang sama sepanjang tempoh dua bulan kajian.
Daripada hasil kajian, individu yang memakan epal akan mengalami penurunan kadar kolesterol tidak baik secara purata 3.6 peratus lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan pengambilan minuman berasaskan epal.
Kadar peratusan itu adalah jauh lebih rendah berbanding pengambilan ubatan statin, iaitu ubat-ubatan yang biasanya diambil untuk mengurangkan kolesterol antara 30 hingga 55 peratus. Tetapi perubahan diet yang kecil ini dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Lebih menarik lagi, hasil kajian ini juga mendapati individu wanita yang mengamalkan pengambilan dua biji epal ini setiap hari akan mendapat lebih manfaat berkaitan kolesterol berbanding lelaki.
Walaupun dikatakan wanita lebih memperolehi manfaatnya, ia tidak bermakna tiada langsung kebaikan yang diperolehi oleh individu lelaki, bukan? Namun, sebenarnya masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.
Jadi apa kata kita fokuskan kembali mengenai kebaikan buah epal ini, okay?
Apakah manfaatnya?
Sebelum bercerita mengenai manfaatnya, pernah tak anda terfikir kenapa epal yang menjadi pilihan? Ini kerana epal merupakan buah yang mengandungi kandungan serat dan air yang tinggi – dua sifat yang membuatkan anda kenyang.
Dua epal yang besar, mengandungi kira-kira satu per empat serat harian yang disyorkan bagi seorang individu dan terdapat sejenis serat yang menyokong perkembangan bakteria baik sekali gus dapat mengurangkan kolesterol. Haaa, sebab itulah wujudnya pepatah, “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor.”
Penyelidik kajian juga mendapati individu yang mengamalkan pengambilan buah ini setiap hari juga akan mempunyai saluran darah yang lebih sihat dan lebih tenang. Kesan keadaan ini adalah sama dengan pengambilan makanan lain yang mengandungi sebatian semula jadi yang dipanggil polifenol.
Untuk pengetahuan, polifenol adalah sebatian fitokimia yang secara semula jadi terkandung di dalam tumbuhan. Sebatian ini memberikan pelbagai warna (pigmen) dalam makanan. Bukan itu sahaja, polifenol juga berfungsi untuk melindungi tumbuhan dari bahaya.
Menurut pengarang kanan kajian dari Hugh Sinclair Unit of Human Nutrition di University of Reading, Profesor Julie Lovegrove berkata, “Nampaknya pepatah lama yang sering disebut mengenai buah ini adalah hampir tepat.”
Individu yang memakan dua epal bersaiz besar setiap hari yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi akan mempunyai tahap kolesterol LDL yang lebih rendah dan tiada sebarang pengurangan kolesterol baik berbanding mereka yang mengambil minuman berasaskan epal. Kolesterol LDL ini juga disebut sebagai kolesterol tidak baik.
“Kami percaya serat dan polifenol dalam epal adalah penting dan epal merupakan sejenis buah yang sangat popular dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat usia. Ia merupakan sejenis buah yang mudah untuk dimakan dan adalah pilihan makanan snek yang sihat.”
Pakar percaya jenis serat yang ditemui dalam epal bermanfaat kepada bakteria penting dalam usus untuk menghasilkan rantaian pendek asid lemak yang boleh menurunkan kolesterol dalam hati.
Apa pendapat pakar?
Bagi profesor perubatan kardiovaskular di University of Sheffield, Tim Chico, “Kajian ini menunjukkan bahawa memakan dua biji epal dalam masa satu hari akan menyebabkan sedikit penurunan dalam kolesterol berbanding dengan hanya meminum air epal.”
“Kesan ke atas kolesterol adalah sangat kecil berbanding dengan terapi ubatan dengan statin dan ia sebenarnya tidak dapat menentukan bahawa ia akan membawa kesan kepada penurunan risiko berkaitan penyakit jantung ataupun strok.”
Bagaimanapun, kajian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh jangka masa yang singkat. Jadi setiap manfaat yang diperolehi mungkin akan memberikan kebaikan yang lebih besar kepada kesihatan secara keseluruhan jika dilakukan sepanjang hayat,” ujar Tim.
Kebaikan epal
Epal atau nama saintifiknya malus domestica adalah sejenis tanaman berbuah dalam genus malus dan keluarga mawar. Ia berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di dunia.
Jom ketahui apakah kebaikan epal:
Otak
Menurut kajian yang dibentangkan di Alzheimer’s Association’s International Conference pada 2017, individu yang gemar makan makanan berasaskan tanaman mempunyai kurang risiko demensia.
Jantung
Menurut kajian yang dilakukan oleh Florida State University, buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’.
Berat badan
Berdasarkan kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuatkan mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama. Kajian tersebut menyambung lagi bahawa individu tersebut akan memperoleh kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 200 kalori kurang daripada individu yang tidak melakukannya.
Risiko diabetes
Dalam satu kajian berskala tinggi yang pernah dijalankan, memakan sebiji epal sehari mempunyai hubungan dalam menurunkan risiko mengalami diabetes jenis 2 sehingga 28 peratus, berbanding jika langsung tidak mengambil epal.
Keadaan ini mungkin kerana polifenol yang terkandung di dalam epal yang membantu mencegah kerosakan tisu pada sel beta di dalam pankreas. Sel beta berfungsi menghasilkan insulin kepada badan dan fungsinya selalu terjejas pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.
Kanser
Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Itali, makan buah ini sekali sehari dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal berbanding buah-buahan yang lain.
Akhir kata
Jadi walaupun masih banyak kajian yang perlu untuk mengesahkan mengenai kebaikan buah ini dalam mengurangkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, tetapi buah epal tetap memberikan manfaat kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya. Jadi, jangan lupa makan epal setiap hari, okay?
sumber : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/dua-biji-epal-bantu-kawal-kolesterol/