Tanggal 27 Mac 2020 seluruh rakyat Malaysia teruja menyaksikan penyatuan Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris Mohd Ismail sebagai pasangan suami isteri. Pada tanggal 31 Januari 2022 pula, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Sekaligus ia menjadi penyeri alam rumahtangga yang dibina oleh pasangan sama cantik sama pada ini.
Baru-baru ini, Pesona Pengantin sempat bertemu pasangan ini di majlis berbuka puasa bersama Neelofa dan Haris yang telah berlangsung di Cili Kampung, Hartamas. Sememangnya penampilan Neelofa menyerlahkan sisi keibuan saat bergandingan bersama suami tersayang menyantuni rakan media di majlis istimewa tersebut.

**media[451204]**

Peluang bertemu dengan ibu kepada Muhammad Bilal, sudah semestinya rakan-rakan media tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan bayi mungil milik Neelofa dan Pu Riz ini. Teruja berkongsi pengalaman dan rutin seharian sebagai ibu, Neelofa yang sebelum ini terkenal sebagai seorang wanita yang memberi komitmen jitu dalam kerjaya dan perniagaan kini lebih mengamalkan sikap fleksibel dan memberi keutamaan terhadap zuriatnya semata-mata mahu melihat anakanda tersayang membesar di depan mata.

"Saya masih lagi mempunyai Confinement Lady (CL) yang menjaga saya. Saya mengamalkan tempoh berpantang selama 100 hari, jadi masih berbaki beberapa minggu menuju ke angka tersebut.. Ramadan kali ini sememangnya mencabar sebab saya masih menyusu badan. Jadi ada hari yang sukarlah, mesti ibu-ibu faham kan dari segi pengeluaran susu berkurang waktu berpuasa." ujar Neelofa sambil berbunga kegembiraan tatkala persoalan mengenai kehidupannya sebagai ibu diutarakan.

**media[451206]**

Menurut Neelofa lagi, dia bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang melahirkan anak dalam masa yang lebih kurang sama dengannya. Jadi, dapatlah mereka berkongsi pengalaman dan perkembangan anak-anak bersama-sama dan berkongsi pengalaman sebagai 1st time mommy. Tambah Neelofa lagi, dia bersyukur kerana Bilal tidak banyak ragam dan mudah dijaga.

“Dua bulan pertama Bilal sangat mudah dijaga, tak banyak nangis. Alhamdulillah. Cuma bila malam tu dia nak adjust waktu tidur malam lebih panjang dari siang, adjustment tu mencabar sedikit. Sekarang je dia start menjerit sedikit-sedikit. Iyalah, dah semakin membesar. Meniarap dah hampir boleh. Lepas tu dia dah pandai gelak, pandai senyum dan dia pun dah cam muka-muka orang yang jaga dia. Kalau tegur sedikit pun, dia dah gelak-gelak sampai nampak gusi semua. Dia sangat ‘berlapis-lapis’ sebab kuat menyusu. Bayi lelaki kan.”

IKLAN

**media[451208]**

HARIS SETIA TEMAN LOFA 'BERJAGA MALAM'

Ditanya pula keadaan Haris sejak kelahiran Bilal, sambil tertawa Neelofa mendedahkan sikap suaminya sebaik saja bergelar bapa.

“Haris sangat supportive. Macam malam tu awal-awal Bilal lahir, dia bangun bagi kita semangat. Walaupun dia tak bantu dari segi macam apa yang kita buat, kehadiran dia bangun dan teman tu bagi kita kekuatan. Dia bangun, dia akan duduk dan tunggu, bukan tidur ya," ujar Neelofa sambil disambut tawaan rakan-rakan media yang kusyuk mendengar Neelofa bercerita mengenai pengalaman baharunya itu.

Haris yang setia di samping isteri tersayang turut mengakui ada membantu isterinya menjaga anak termasuk menukar lampin. “Ada (tolong), tak sebanyak mak dialah. Saya ucap tahniah dekat ibu-ibu di luar sana yang sangat cekal jaga anak-anak. Kita (sebagai kaum bapa) kena cuba. Sesekali kena cuba.”ujarnya yang kagum dengan keistimewaan yang dimiliki oleh seorang wanita apabila bergelar ibu.
Sekitar sesi santai bersama pasangan ini, baik Neelofa mahupun Haris terbuka menjawab beberapa persoalan media apatah lagi menyentuh mengenai bilakah pasangan ini bakal menunjukkan wajah hero kesayangan mereka ke mata umum.

IKLAN

**media[451207]**

“Tak dedah wajah Bilal sebab memikirkan soal keselamatan dan kesihatannya. Untuk sementara waktu ini, soal kesihatan Bilal merupakan keutamaan kami. Tak mahu menyusahkan orang dan orang tak menyusahkan kita. Jadi sama-sama kita jaga dulu awal-awal ni, " ujar Haris dan Neelofa yang berkongsi momen sayu apabila Bilal kelihatan kurang sihat selepas menerima suntikan vaksinasi rutin untuk bayi yang sedang membesar.

Menyentuh soal perkembangan kerjaya dan bisnes, Neelofa dalam nada teruja berkata dia bakal kembali dalam sebuah program bual bicara tidak lama lagi. Biarpun bakal kembali aktif, namun usahawan berusia 33 tahun itu tetap mahu menjalankan rutin sebagai seorang ibu dengan mengutamakan anaknya terlebih dahulu. Namun begitu, Neelofa telah menetapkan pendiriannya mengenai keutamaan dirinya kini.

"Fokus lebih kepada bisnes, priority kami adalah Bilal. Lofa pun tak nak macam Bilal lama-lama dengan pembantu. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu lebih daripada yang lain. Kalau bisnes pun mudah sebab boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting atau shooting," ujar Neelofa yang mengakui sukar berjauhan dengan Bilal memandangkan Bilal menyusu badan.

IKLAN

Mengulas kerjaya Neelofa selepas berstatus ibu, Haris memberi ‘lampu hijau’ kepada isteri tersayang untuk meneruskan minatnya dalam bidang yang diceburi. Bagaimanapun, dia sentiasa berpesan agar Neelofa berhati-hati dalam sebarang tawaran yang datang agar ia sesuai dengan imej dan penampilannya kini.

**media[451209]**

“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu terperinci dalam setiap perkara. Terutama sekali imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

“Lofa Alhamdulillah, boleh ikut. Pakaian pun, dia taatlah pada perintah Allah. Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat,” katanya.

Sementara itu, disoal mengenai perancangan zuriat seterusnya, Neelofa memberitahu dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata lagi malah sentiasa menerima rezeki yang Allah berikan.

“Perancangan anak seterusnya. Kita nak anak lagi. Terima dan terima dan terima,” katanya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI