
Ramai yang merungut susah untuk melangsungkan hari pernikahan bila tiba PKP. Ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana tidak mempunyai maklumat mengenai pernikahan yang boleh atau tidak dijalankan ketika PKP. Namun, semuanya sudah terjawab apabila Jabatan Agama Islam Wilayah membuat pengumuman secara rasmi di laman Facebook.
Tentunya perkhabaran itu disambut baik semua pihak, baik pengantin mahupun keluarga. Sungguhpun terdapat beberapa syarat yang terpaksa diletakkan demi menjaga dan menghalang penularan wabak Covid-19 namun ia tidak menjadi masalah.
Menurut pengumuman tersebut, disenaraikan beberapa syarat untuk mengadakan majlis akad nikah di Wilayah-wilayah Persekutuan.
- Majlis akad nikah dibenarkan diadakan di semua masjid di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuatkuasa 8 Februari 2021.
2. Kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid dalam Wilayah-wilayah Persekutuan hanya dibenarkan seramai lima (5) orang iaitu:
a) Pengantin lelaki
b)Pengantin perempuan
c) Wali
d) 2 orang wakil dari pihak pengantin lelaki dan perempuan
e) Jurunikah dan dua orang saksi dari pihak masjid
f) Seorang (1) jurufoto
Dan, bakal pengantin juga tidak perlu risau kerana momen indah pada majlis akad nikah juga boleh dirakam jurugambar professional. kalau ada yang ingin menyimpan video, maka terpaksalah jurugambar buat dua versi; foto dan video. Semoga dipermudahkan!
Kahwin Warga AFRIKA, FILA AMIR Tak Kekok Bergaul Dengan Warga GUINEA

Siapa yang tak suka melihat gelagat Fila Amir bersama suami tersayang, Adama Camara di laman Youtube mereka? Mereka bukan sahaja ‘membawa’ penonton berjalan-jalan secara maya tetapi boleh juga tengok gelagat romantis mereka.

Sebelum ini terlalu banyak berita negatif yang kita dengar tentang jejaka Afrika yang pandai bermulut manis. Tetapi kita lupa, ramai juga di antara mereka yang memiliki hati yang baik, tidak berniat untuk menipu gadis Malaysia. Rezeki Fila bertemu jejaka sebaik Adama tidak boleh dipertikaikan. Video kehidupan harian mereka yang dikongsi di Youtube dapat dinilai sendiri malah ramai juga memberi komen positif terhadap mereka.
Baca juga artikel Kahwin Campur Menghasilkan Genetik Baik & Anak Yang Cantik – Pesona Pengantin


Yang seronoknya, Fila dan suami bukan sahaja pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga namun ada misi yang jauh lebih bermakna yang mereka bawa ke sana. Kesemua pengalaman Fila di negara orang direkodkan dalam vlog yang disiarkan di Youtube dan ada juga yang dikongsikan di akaun Instagram.


“Haihhh malu nak cerita tapi nak cerita jugak. Di sini orang perempuan akan pergi solat Jumaat juga di masjid. Husband ajak ke masjid sekali sebab nak serahkan Al-Quran untuk budak-budak tahfiz tu.
Alang alang dah pergi takkan la tak solat. Fila pun ikut sekali solat dekat bahagian perempuan tapi sebab tak pernah solat Jumaat, Fila mcm ragu-ragu betul ke 2 rakaat? Ishk… ke lain bagi perempuan 😓
Nasib baik ada Google. Fila pun Google cara solat jumaat bagi perempuan.. Astaghfirullah dah belajar dah kat sekolah tapi sebab tak buat jadi ragu-ragu.. Rupanya sama ja. Penuh masjid tu bahagian perempuan, dgn budak-budak remaja, orang tua semua sekali Alhamdulillah..”

Selain pemberian Al- Quran, Fila dan Adama juga banyak melibatkan diri memberi bantuan kepada penduduk Guinea dari segi prasarana dan pembinaan masjid. Sumbangan yang disalurkan itu datangnya dari rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.
“Alhamdulillah ni antara perigi yang dah siap. Diaorang happy sangat-sangat. Akhirnya ada sumber air yang lebih dekat dengan diorang. Rasa sebak sangat tengok reaksi diorang. Budak-budak pun teruja happy.. Dia berterima kasih banyak-banyak untuk orang Malaysia sebab sudi bantu diorang. MashaAllah.. diorang selalu berdoa untuk orang Malaysia dan minta sampaikan salam dan ucapan terima kasih diorang. Bangga sangat-sangat dengan orang Malaysia! ♥️🥰🥰🥰
Taklupa juga orang Singapore dan Brunei yang turut memberi sumbangan.
Terima kasih dan minta maaf kalau ada kurang ya, InshaAllah kami akan usaha untuk improve.”


Sebenarnya, perkongsian Fila dan Adama ketika berada di Guinea sangat memberi inspirasi. Malah setiap lokasi yang mereka singgah seolah-olah membawa viewers bersama-sama dalam journey mereka ke sana.


Semoga pasangan ini akan terus dikurniakan kebahagiaan dan dapat terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
Kahwin Ni Banyak Suka, Banyak Duka. Ramai Bertahan Sebab Tanggungjawab Bukannya Harta

Kahwin ni….. Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤
Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh ?
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan ?
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ?
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam ?
Ada ketika ipar duai mulut macam tak boleh diterima akal.
Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan ?
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang ?
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan ?
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan ?
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 ?
Ada masa bila tengok anak rasa sejukk hati ❤️
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman ?
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future ?
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌ Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi ?
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.
Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.
Dugaan Bertunang, Ini Persediaan Yang Bakal Pengantin Perlu Ingat

Bertunang dan berkahwin ni nampak indah tapi realitinya hanya yang melalui je tahu. Siapa yang rancang nak bertunang tu, korang tengok ujian dan cabaran yang selalu orang bertunang hadap. Ikut dan hayati baik-baik, yang mana buruk jadikan tauladan dan yang mana baik ambil sebagai pedoman
Situasi 1: DIUJI DENGAN MASALAH KEWANGAN
Godaan: Gunalah duit sikit untuk melabur. Lepas dua atau tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. Kurang sikit saja sekarang. Nanti dapatlah ganti lebih.
NOTA PENTING : Pastikan duit kahwin yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. Jika ada duit lebih baru boleh guna. Tapi kalau duit tu memang cukup-cukup untuk keperluan kahwin, ada baiknya utamakan yang penting. Bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. Ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business. At last, duit tak dapat. Wedding kena Tangguh.
Situasi 2. KEHADIRAN TETAMU TAK DIUNDANG(bekas kekasih)
Godaan: Saya sayang awak lagi. Kalau saya masuk meminang awak? Saya tunggu awak. Saya sanggup tunggu awak sampai awak cerai dan lain-lain.
PERINGATAN PENTING : Kenapa dia jadi ex? Sebab dia adalah EXperienced! Lepas dan mulakan! Hargai yang lebih menghargai. Kalau dulu bukan percinta yang baik, sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. Insyaallah.
Situasi 3: DIUJI DENGAN SIKAP
Godaan: Tiba-tiba tunang menjadi terlalu sensitif, baran, kurang sabar
NOTA PENTING: Bila niat nak kahwin, sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stres. Sebab banyak benda nak kena fikir, settle. Ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. Benda simple jadi complicated. Syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik.
Makin meletuplah! Sabar..masa ni masing-masing kena main peranan. Takkan settle benda dalam keadaan marah. Ajak solat hajat, mengaji dan ambil wudhuk. Bila dua-dua dah tenang, bincang tanpa melibatkan emosi. Yang penting, ingat niat asal! Nikah kerana Allah. Tengok masalah, bincang penyelasaian. Jangan fokus pada punca sahaja. Rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. Insyaallah akan jadi lebih baik dari sebelum gaduh.
Situasi 4: DIUJI DENGAN RAGU-RAGU
Godaan: Kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa? Tak rasa ke muda lagi? Banyak lagi cita-cita nak capai? Bersedia ke nak jadi wife ni? Dan etc yang ni semua orang alami. Nikah sebab nak redha Allah. Kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? Mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. Stop fikir negatif! Tak ada orang bersedia. Yang penting cuba bersedia.
Cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). Soal boleh ke tak jadi wife atau menantu. Itulah pengalaman. Baiki dari kesilapan. Contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. Kita takkan terus jadi perfect. Tapi kita boleh berusaha kan? Ubah mindset!
Godaan II: Betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. Kalau nak kata (kaya atau handsome atau baik or….). Si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni.
*Istighfar. Kembali dengan niat asal. Nikah kerana apa? Jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas-jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. Walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. Kita rasa tenang tengok. Bila gaduh, tetap rasa nak bersama. Doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah.
Situasi 5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI
Godaan : Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka. Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya.
Keluarga, terasa hati dalam keluarga, mula rasa betul ke mentua akan suka aku, betul ke ipar duai akan berkenan dekat aku, hal ni semuanya dari syaitan yang senantiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik ..
Situasi 6.MULA TAWAR HATI
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan. Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.
Situasi 7.EMOSI TIDAK STABIL
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.
Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.
Situasi 8. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUS
Godaan: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.
Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.
Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
Situasi 9. CEMBURU BUTA
Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.
Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.
Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum
Situasi 10.KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN
Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.
Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi
p/s: just share niat baik, nak jadi halal. Bukan senang ,banyak dugaan yang terpaksa ditempuh sebelum ikatan halal yang sah. nak kahwin kan. Apa-apa pun, setiap kali ujian. Cari Allah! Ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. Semoga perkongsian ni bermaafat.
Semoga Allah redha. Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa semua dugaan semasa bertunang yang datang ini adalah daripada Allah, sebagai ujian kepada hambaNya.
Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui.
Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumahtangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan.
Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Kredit: Facebook Rahsia Kahwin Muda