Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna.
Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal.
Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah.
Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.
Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda.
Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.
“Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning.
Ads
“Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul.
“Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh.
Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu.
Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori.
Ads
Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda.
“Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT.
Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan.
Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.
Ads
Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.
Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun.
Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian.
Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal.
“Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan. ” katanya.
“Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggunakan khidmat perancang majlis oleh pasangan pengantin dan keluarga adalah bertujuan untuk menjadikan majlis berlangsung dengan sempurna. Perancang majlis menjadi orang penting untuk merealisasikan majlis yang diinginkan oleh pengantin dan keluarga.
Tugas perancang majlis
Dia adalah perancang dan menyelaras dari permulaan majlis sehingga ke akhir majlis perkahwinan
Dia berperanan memudahkan urusan bakal pengantin dalam kekalutan menyiapkan perkara yang berkaitan dengan majlis kahwin.
Mereka akan duduk berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi semua perkara antaranya pelamin, kanopi, katering dan sebagainya.
Tempoh urusan
Dinasihatkan bakal pengantin untuk melantik perancang majlis 6 hingga 10 bulan daripada tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.
Diperingkat awal perbincangan dilakukan bersama bakal pengantin dan pihak keluarga. Isu yang dibincangkan ialah tentang bajet, tema dan bilangan jemputan untuk ke majlis anda nanti.
Persetujuan bersama
Mungkin ada yang salah tanggapan terhadap perancang majlis yang mengatakan majlis dikawal sepenuhnya oleh mereka. Hakikatnya semua keputusan yang diambil adalah persetujuan daripada pihak pengantin sendiri. Perancang majlis hanya akan memastikan apa yang diingini dapat direalisasikan.
Perbincangan dengan perancang majlis adalah langkah yang terbaik. Perancang majlis akan mengesyorkan vendor-vendor yang terbaik dan bersesuaian dengan majlis dan bajet anda.
Panduan untuk bakal pengantin;
Bersikap jujur dengan perancang majlis tentang bajet anda. Ini mengelakkan anda dari menanggung hutang selepas berakhir majlis.
Beritahu dengan jelas kepada perancang majlis apa tema majlis yang anda inginkan agar ia dapat direalisasikan dengan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tujuan mendirikan masjid adalah untuk mendapat ketenangan dan keredaan Allah SWT. Namun, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya. Bila memilih pasangan, anda harus ingat bahawa inilah orang yang akan bersama anda sepanjang hayat. Tidur sebantal, makan sepinggan, berkongsi susah senang dan banyak lagi perkara yang akan dilalui bersama.
Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan beberapa perkara tentang pasangan sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Jom kita lihat!
Agama
Sumber: Google
Sebelum mendirikan rumah tangga, perihal agama harus dilihat terlebih dahulu. Ini kerana, suami bertanggungjawab untuk memelihara diri dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat Islam.
Lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan wanita yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Wanita pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki kurang ilmu agamanya kerana wanita bukan ketua keluarga. Ini kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik wanita yang kurang ilmu agamanya.
Latar Belakang Keluarga
Sumber: Google
Sebelum berkahwin, ambil masa untuk mengenal dengan keluarga pasangan anda. Ini penting untuk mengetahui cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar dan lain-lain lagi. Semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara dia berfikir. Ketahui baik buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia bersama keluarganya dan sebagainya. Ini amat penting untuk memastikan keserasian anda berdua bagi membina masa hadapan bersama.
Keadaan Kesihatan
Sumber: Google
Sekiranya anda atau pasangan mempunyai penyakit, anda harus memberi tahu terlebih dahulu pasangan anda sebelum berkahwin. Contohnya jika anda mempunyai penyakit kronik, eloklah beritahu kepada pasangan supaya dia dapat menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin. Berilah sokongan dan semangat kepada bakal pasangan anda terhadap penyakit yang dihadapinya.
Penting buat pasangan saling menyokong antara satu sama lain. Apabila sudah berkahwin, semua perkara akan dikongsi bersama. Maka, rancanglah kehidupan anda bersama dan atur kehidupan selepas berkahwin dengan terancang. Rancang perjalanan karier, keluarga dan kewangan sekeluarga. Letakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya. Bertolak ansur dan saling bantu-membantu agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia.
Kedudukan Kewangan
Sumber: Google
Sebelum berkahwin, ketahuilah pekerjaan dan status kewangan pasangan anda. Anda juga perlu tahu simpanan yang dimiliki oleh pasangan demi menjamin kesejahteraan anda berdua selepas berkahwin. Sekiranya anda atau pasangan anda memiliki hutang, berkongsilah pendapatan bersama untuk menyelesaikan hutang tersebut. Tidak menjadi kesalahan isteri membantu meringankan beban suami selepas mendirikan rumah tangga. Selepas berkahwin rancang kewangan keluarga anda bersama dan pastikan anda mempunyai simpanan untuk masa hadapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntungnya anda jika dipilih Allah menjadi seorang wanita. Dan lagi beruntung anda jika anda seorang isteri dan ibu. Sayang sungguh Allah SWT buat mereka yang digelar wanita kerana banyak berita gembira yang pastinya wanita itu dapat jika mentaatinya. Ini 15 berita gembira yang Allah SWT janjikan buat seorang wanita.
1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.
2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Al-Quran.
3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunnah dan dimakan suami berserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan masakannya menjadi doa yang diijabah.
4. Isteri yang membangunkan suami untuk solat atau mengingatkan solat berjemaah di masjid pahalanya 27+1.
5. Isteri yang terjaga bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.
6. Seorang ibu yang menyusui setiap titis susunya senilai 200 x solat khusuk dan doanya di ijabah’ (fadilah wanita).
7. Burung di udara dan malaikat di langit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keredhaan suami.
8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.
9. Bila seorang wanita hamil solatnya 2 rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan 70 tahun puasa.
11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.
12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
13. Apabila seorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa-dosanya.
14. Apabila dia membaca pada hari pertama keluar haid “Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi”, maka Allah SWT akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan azab.
15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dengan pahala 40 orang mati syahid apabila ia berzikir.
Sumber : FB Ceramah Ustaz Wijayanto
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...