Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.
Begitu juga Allah memerintahkan ibu bapa mendidik anak-anak sehingga mereka terhindar daripada api neraka. Bagaimanakah Allah menjaga hamba-Nya dalam kalangan wanita yang hidup di bawah kepimpinan seorang suami?
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dan dengan apa yang dinafkahkan dari harta kamu.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)
Allah memberikan amanah kepimpinan kepada suami bukan sebagai kemuliaan semata-mata, tetapi bersama tugasan berat dalam memelihara kemaslahatan seisi keluarga.
Disebutkan dalam tafsir al-Qurtubi, Ibnu Abbas berkata: “Darjat kelebihan yang disebutkan dalam firman Allah, suami mempunyai satu tingkatan kelebihan pada isterinya, mengisyaratkan dianjurkan lelaki untuk bergaul dengan baik dan bersikap lapang terhadap isteri dalam hal harta dan akhlak. Yakni, yang lebih utama ialah sebaik-baiknya suami membebani tugas terhadap dirinya sendiri.”
Muhammad Abduh berkata dalam tafsirnya, menerusi firman Allah, ‘dan para suami mempunyai satu tingkat kelebihan daripada isterinya,’ itu mewajibkan wanita satu perkara dan mewajibkan kepada lelaki beberapa perkara.
Ads
Banyak lagi peringatan ke atas lelaki, sekali gus memberi pembelaan kepada kemaslahatan wanita, antaranya: Allah mengiktiraf kesempurnaan iman lelaki apabila dia berakhlak baik, terutama kepada isterinya.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)
Berkahwin dan berkeluarga bukan perkara main-main. Ia mesti dilalui dengan penuh tanggungjawab. Lelaki yang berkeluarga perlu mencontohi kepimpinan Rasulullah yang selalu berbuat baik kepada keluarganya.
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmizi). Amanah kepimpinan akan ditanya. Sebagaimana yang diingatkan oleh utusan-Nya. “Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
Ads
Keganasan fizikal tidak sepatutnya berlaku dalam keluarga kerana Nabi mengingatkan: “Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah iaitu anak yatim dan perempuan.” (Riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim)
Suami yang suka menyakiti isteri dianggap bukan suami yang baik. Disebutkan dalam satu riwayat, “Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.” (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban dan Al-Hakim)
Lelaki perlu banyak memahami dan menerima seadanya kelebihan emosi wanita sehingga mereka dianalogikan sebagai tulang yang bengkok.
“Barang siapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh kerana itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ads
Bagaimana Allah menjaga hamba-Nya dalam kalangan lelaki yang dibebani tugas berat memimpin keluarga? Allah memberi ancaman neraka kepada wanita yang tidak menjaga mulut mereka terhadap suami. Ancaman itu adalah tanda sayang supaya mereka segera menjauhinya.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Aku melihat kebanyakan penghuni neraka itu adalah wanita.” Kaum Muslimin bertanya, “Apa sebabnya ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Sebab kekafiran mereka.”
Ada yang bertanya, “Adakah mereka mengkufuri Allah?” Rasulullah bersabda, “Sebab mengkufuri kenikmatan berkeluarga dan kebaikan (orang kepadanya). Kalau engkau berbuat baik kepada salah seorang antara mereka sepanjang tahun, kemudian dia melihat satu kesalahan kecil padamu, maka dia akan berkata, “Aku tidak pernah melihat kebaikan darimu sama sekali.” (Riwayat Bukhari Muslim)
Bukan bermaksud fitrah wanita itu jahat. Namun jika sifat tercela itu tidak dibaiki, barulah dia diminta bertanggungjawab menerima balasannya. Dalam Fathul Bari, Jabir menyebutkan satu riwayat, “Orang yang paling banyak aku lihat dalamnya (neraka) dari kalangan wanita yang apabila diberi kepercayaan menyimpa rahsia, dia bocorkan. Apabila diminta sesuatu kepadanya, dia bakhil. Apabila mereka yang meminta, mereka mendesak dan minta banyak. Apabila diberi, mereka tidak pandai berterima kasih.”
Nabi Muhammad memaklumkan peluang keemasan bagi wanita supaya terlepas daripada ancaman itu.
“Wahai kaum wanita bersedekahlah kalian (dalam riwayat Muslim: ‘dan perbanyakkan istighfar’) kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak. Kaum wanita bertanya: “Apa sebabnya wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda: “Kerana kalian banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami.” (Riwayat Bukhari Muslim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang berpuasa enam, teringin nak menikmati juadah soto dari negeri Johor, apa kata anda ikuti perkongsian dari Fara Lome ini. Selamat berbuka puasa.
Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan)
•Lengkuas 1 inci
•Halia 1 inci
•Bawang merah besar 4 biji (memang kalau banyak lagi sedap)
•Bawang putih 1 ulas
•Buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•Minyak untuk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•Kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ satu jug
*atau kalau tidak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung pada rempah semata-semata.
Cara masak:
•Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•Masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•Masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
•Siap!
Resipi Begedil kentang
•Ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•Lada sulah
•Garam secukup rasa
*Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
*Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jangan penuh-penuh pula. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup bergedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tidak garing/kekuningan. Bila sudah garing baru balikkan, Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler.
*maaf tersalah terkurang.
Kredit: fara lome
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang tahu bila seseorang itu pencinta haiwan maksudnya dia miliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, hati yang baik dan menurut pakar wanita seperti ini sangat sesuai dijadikan isteri. Betul ke?
#1 Penyayang
Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.
#2 Bertanggungjawab
Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur. Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.
.
#3 Mudah Berkomunikasi
Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.
#4 Setia
Tiada siapa hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.
#5 Suka Menolong
Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
1. BERI MASA PADA DIRI
Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan.
Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
2. SIBUKKAN DIRI ANDA
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on.
Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
3. SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu.
Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.
Lelaki mudah berpisah
4. LUASKAN KENALAN BARU
Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru.
Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.
5. DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa.
Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6. ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA
Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan.
Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.
Travel, main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.
7. MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia.
Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.
AMBILLAH SEBERAPA BANYAK MASA PUN,
Kerana memang sukar untuk melupakannya si dia yang tersayang namun dengan kesabaran dan masa, anda boleh melupakan semua kenangan dan si dia sedikit demi sedikit.
Seterusnya bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda.
Semoga tips putus cinta ini sedikit sebanyak dapat membantu merawat luka di hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!