Kebelakangan ini, ramai pula orang yang mengambil kesempatan untuk bercuti. Maklumlah, hampir dua tahun ‘terperap’di rumah dek PKP, bila dah boleh melancong, kita pun ambil peluanglah! Begitu juga dengan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Yang jadi perhatian bukan percutian mereka tetapi membaca ayat ‘bersemut’ Amar!
Memilih Langkawi sebagai destinasi percutian bersama keluarga, Amar memuatnaik satu hantaran foto bersama Amyra dan dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kapsyen berupa pick up line membuatkan ramai yang terhibur.
Kredit foto: Instagram Amar Bahrin
Ads
“Daddy: saya rasa saya tak perlu life jacket kalau saya berenang.
Mommy: sebab apa?
Daddy: Sebab tengok awak dah cukup buat saya terapung-apung dilautan. Air masin pon rasa manis…”
Ads
Tidak habis di situ, pasangan ini juga berbalas komen sesama sendiri. Amyra pun ‘melayan’ juga. Bahkan pasangan ini memang sering dilihat memberi komen di status pasangan masing-masing.
Kredit foto: Instagram Amar Bahrin
Untuk pengetahun, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 22 Julai 2016 bertempat Hotel Premiera Kuala Lumpur. Amyra menerima mas kahwin RM1,111 bersama lima dulang hantaran dari Amar dan berbalas tujuh dulang hantaran. Amyra tampil dengan persalinan indah dengan gaun kembang rona beige rekaan Rizman Ruzaini, manakala Amar pula menyarung sut mewah rekaan Rizman Ruzaini juga.Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Kalau boleh, semua orang nak cepat jodoh. Mahu ada pasangan dan hidup bahagia dengan insan tersayang membina mahligai namun jika masih hidup solo, itu bukan satu masalah. Raikan!
Tetapi bercakap tentang jodoh ini, tidak bermaksud anda hanya perlu menunggu sehingga jodoh itu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek.
Jadi anda kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik.
Tentu sahaja ada kepercayaan dan tradisi dari seluruh dunia untuk mendapatkan jodoh ini. Kedengaran seperti pelik dan lucu, tetapi petua melumurkan serbuk kulit kayu manis pada seluruh badan adalah salah satu tradisi unik masyarakat di Denmark untuk mendapatkan jodoh dengan cepat.
Sebenarnya amalan ini sudah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Serbuk kayu manis akan dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Amalan ini dipanggil sebagai ‘pebersvend’ atau lebih dikenali sebagai ‘paper dude’.
Menurut salah seorang penduduk di sana, Oliver, aktiviti tersebut diamalkan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu. Pada ketika itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.
Oleh sebab itu, golongan ini selalu terlupa tentang masa depan mereka terutamanya dalam mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Jadi untuk mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara yang sama, amalan mandi serbuk kulit kayu manis dicipta.
Upacara mandi serbuk kayu manis kebiasaannya akan dilakukan ketika seseorang individu itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25.
Amalan ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat yang akan membantu memandikan mereka yang diraikan.
Untuk rekod, selain daripada serbuk kayu manis, ada sesetengah amalan menggunakan bahan-bahan lain seperti bunga, lada hitam, kek dan sebagainya untuk memandikan seseorang.
Namun ini hanyalahsalah satu ikhtiar untuk seseorang bertemu jodoh. Tak perlu risau kerana soal jodoh, maut dan rezeki itu sudah tersusun cantik Allah aturkan. Tinggal usaha dan doa sahaja.
Mungkin anda pernah perasan apabila anda memakai produk perawatan kulit wajah (skincare) tapi skincare itu macam tidak berkesan pada kulit? Tahukah anda bahawa sebenarnya perawatan itu tidak berkesan kerana anda ada tertinggal rutin yang asas ini.
Apabila perawatan yang asas ini tidak dilakukan secara konsisten maka kesan pemakaian produk perawatan kulit wajah jadi tidak berkesan. Penggunaan asas produk perawatan kulit wajah (skincare basic) mengikut turutan amat penting. Ia bagi memastikan produk perawatan kulit wajah yang anda gunakan seperti serum dan sebagainya jadi lebih berkesan pada kulit anda.
Ini adalah rutin yang paling penting. Jika anda tidak menggunakan pencuci muka, maka kulit wajah mudah berjerawat. Lagi satu, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Barulah segala produk perawatan kulit wajah yang anda gunakan ‘bekerja’ dengan baik.
Gunakan toner selepas mencuci kulit wajah mahupun selepas menggunakan skrub wajah. Toner amat memainkan peranan yang penting pada kulit wajah. Hal ini kerana apabila kita menggunakan toner pada kulit wajah, ia akan mengimbangi ph dalam kulit wajah kita. Ia akan membuatkan kulit wajah kita lebih terhidrat dan sihat.
Mungkin ada yang menganggap pemakaian moisturizer itu tidak penting bukan? Ada yang rimas dengan keadaan berminyak, maklum sahajalah cuaca negara kita bukankah panas. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak pula beranggapan bahawa moisturizer ini boleh membuatkan kulit wajah jadi tambah berminyak. Sebenarnya salah anggapan ini ya. Moisturizer tidak akan membuatkan kulit wajah anda tambah berminyak malah ia akan melembabkan kulit wajah serta mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.
Ramai yang mengalami masalah parut-parut jerawat pada kulit wajah yang susah untuk dihilangkan walaupun sudah pakai segala serum untuk merawatnya. Tahukah anda bahawa jika anda guna serum terbaik dalam dunia ini sekalipun tapi anda tidak memakai sunscreen maka sia-sia sahajalah usaha kita itu.
Tahukah anda bahawa sunscreen memang bagus untuk kulit. Ia melindungi kulit wajah daripada sinaran uv yang boleh merosakkan kulit wajah. Maka sebab itulah mereka yang konsisten memakai sunscreen, kita akan lihat kulit wajah mereka tidak ada ‘dark spot’ mahupun parut jerawat.
Untuk perawatan kulit pada waktu malam pula, lebih kurang juga turutan perawatan kulit wajah seperti di atas kecuali tidak perlulah memakai sunscreen.
Produk CGN mengandungi generasi terkini kolagen molekul tinggi yang membantu meningkatkan dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut serta melembab.
Cellvia Mythology Creation Ampoules dan Scalpia Plus Ampoules diperbuat daripada ekstrak kolagen berkualiti tinggi, bahan semula jadi dan proses teknologi terkini. Produk Cellvia dihasilkan secara beretika, diterima seadanya oleh agensi berkaitan, dan mendapat pujian pemimpin industri.
Bahan aktif: pati kolagen, pati tisu kultur dari akar ginseng liar , lava air laut Jeju, pati tremella fuciformis (cendawan), Idebenone , niacinamide dan pati buah-buahan Hippophae rhamnoides.
Komposisi bahan-bahan aktif ini memberikan hasil yang terbukti untuk menggantikan sel-sel yang rosak akibat penuaan dan memperbaiki dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut, meningkatkan keanjalan kulit serta menyuburkan kulit dengan mineral dan vitamin. Hasilnya, mengembalikan keremajaan wajah dan badan manusia.
Peranti Terapi Udara SHUSPELL: Cellvia Mythology Creation Ampoule disapu pada kulit melalui alat semburan kecantikan 5-dalam-1. Terapi Udara SHUSPELL yang memenangi anugerah. Kaedah aplikasi ini membolehkan penyerapan hampir keseluruhan bahan aktif dengan menggunakan teknologi mikronano (MNT) untuk mengurangkan saiz ramuan kepada satu bilion meter, bersamaan dengan 1/1000,000 ketebalan rambut manusia.
Perkara utama yang paling menjadi keutamaan bakal ratu sehari ialah busana dan solekan yang akan dikenakan di hari bahagia. Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin.
Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.
Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin sekaligus mengurangkan seri mereka di hari bahagia.
Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.
Manakala proses solekan pengantin kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek
Tidak menjadi kesalahan sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak solekan yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.
Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik.
Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.
Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.
Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terakhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses solekan belum pun selesai sepenuhnya.
Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.
Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...