
Iringan set hantaran berhias indah buat maharani mencitrakan interpretasi cinta yang luhur dan suci. Tiada bicara untuk diungkap kerana ianya sudah dizahirkan melalui pemberian hantaran yang membiaskan aura romantis. Bingkisan hantaran yang dihias sempurna menyemarakkan lagi penyatuan dua jiwa di hari bahagia.
Paduan warna krim dan rona hijau mampu mencetuskan aura yang tersendiri. Dua warna yang mungkin tampak bertentangan namun apabila digandingkan bersama akan terlihat serasi. Gabungan bunga krim dan sedikit injeksi rona hijau menaikkan seri dulang hantaran lantas menjadikan seleksi hantaran tampak mewah.
Simbolik hantaran tanda tulus dan sucinya cinta yang tiada tandingan. Seleksi hantaran terindah membuktikan betapa agungnya cinta yang bertakhta di hati. Dipersembahkan dalam nada ikhlas dari segenap jiwa dan raga, mencetuskan kasih sayang yang tiada berpenghujung.Pastinya sentuhan magis pada setiap hantaran membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.
Terserlah limpahan cinta saat melihat set dulang hantaran yang digubah indah buat si dia. Dimensi rona-rona salju dan rona benderang begitu lembut dan mengasyikkan melambangkan betapa agungnya cinta kedua mempelai.
Aura romantis jelas terserlah pada setiap bingkisan hantaran sekaligus menyemarakkan lagi hari bersejarah. Seakan tidak sempurna majlis perkahwinan tanpa iringan dulang hantaran. Seleksi gubahan hantaran daripada Man Kajang pastinya mencuit pandangan.
IDEA HIASAN YANG MUNGKIN BOLEH DISELITKAN:
*Olahan elemen hiasan seperti labuci bermotif flora mahu pun aksesori pepatung pada alas hantaran mampu mencipta gaya hantaran berkonsepkan ala fairy tale. Percikan rona-rona benderang pada bunga-bungaan segar pula menyuntik gaya yang lebih ceria.
*Penambahan bunga baby breath dan gulungan kain satin yang dijadikan bentuk bunga menjadi kombinasi yang serasi tatkala disusun di atas dulung hantaran. Selain itu, penggunaan dulang hantaran rona krom mampu mencipta impak yang lebih menarik dengan gaya tersendiri.
*Suai padankan hantaran dengan bakul rotan rona putih mahupun mutiara hiasan berenda rona senada. Dulang kristal juga sesuai digunakan sebagai alternatif dulang berkaki rona krom.
Credit Picture: Instagram: mankajang29
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Tip Mudah Buat Pasangan Pengantin Untuk Dapatkan Gambar Yang ‘Wow’ Macam Artis

Mengadakan majlis kahwin tentunya menggunakan modal yang besar. Bermula dari menyewa dewan, dekorasi, cenderahati dan sebagainya untuk memastikan majlis kahwin berlangsung dengan meriah. Sudah pasti bakal pengantin dan keluarga mahu merakamkan setiap momen yang bermakna buat kenangan anak dan cucu.
Baca perkongsian oleh ADAM STREET MEDIA tentang 8 tip mudah kepada pasangan pengantin untuk mendapatkan gambar yang meletop-letop macam artis.
Mekap
Kepada pasangan pengantin mekap perlulah cantik dan kena dengan warna kulit, anda dinasihatkan untuk mencari mekap artis (MUA) yang berpengalaman ini kerana jurumekap yang berpengalaman pandai untuk match warna mekap dengan warna kulit, bukan setakat warna, bentuk muka juga memainkan peranan, sebab itu kalau juru mekap yang ada pengalaman tahu bagaimana untuk mencantikkan muka anda, jerawat pun hilang. Ini tak, dah elok cantik juru mekap pg bantai tambah bedak.
Baju pengantin
Warna baju pengantin memainkan peranan penting untuk anda kelihatan cantik dan menawan,kalau boleh elakkan dari mengambil baju warna merah menyala ( tapi kalau dah terbooking tak pa). dan juga ada sesetengan butik yang menyediakan baju yang dah lusuh, kalau lusuh jangan ambik, cari warna lain. jangan ambil mudah terutamanya lelaki, kerana lelaki ni ada sikap ambil mudah, asalkan majlis selesai dia pun ok, pastikan pengantin kelihatan segak, tapi kalau dah boroi takpe jangan risau, kerana boroi tu aset lelaki, dan baju yang dipilih handaklah muat dan bukannya menggelebeh. Jadi perlu prepare awal-awal.
Pengapit
Pengapit ni seeloknya pakai tu biar senonoh sikit, ikut tema kalau boleh, kalau boleh minta jurumekap touch up sikit muka. Ni kadang ada yang baru balik dari pasar tani terus jadi pengapit. Pengapit pun kalau boleh tak payah nak pakai speck mata bagai, kadang nampak semak. Nak lagi cantik pengapit set kan baju sama warna dengan pengapit perempuan. Selipar jangan pakai, nampak cagu kadang dalam gambar, payah tau nak edit.
Senyum
Pengantin kalau boleh jangan nak buat muka ketat sangat, kata kahwin tapi muka macam baru lepas perang dan kalau boleh jangan sesekali stres, ye la mana tahu kawan call, pakcik sesat, sedara tanya tandas kat mana, kalau boleh bila majlis tu letakkan satu incharge, ni tak, kadang dia la pengantin, dia la mak andam, dia la tukang salam, dia la tukang ambik hadiah, semuanya dia la, yang jurugambar ni terkebil-kebil ambik gambar.
Aturcara majlis
Lain negeri kadang lain atur caranya, minta prepare awal-awal, supaya tersusun, bila tersusun semuanya mudah. Ni tak time makan beradap la, kawan nak photo group, mak sedara belah bapak sibuk nak selfie, tu yang jurugambar kadang kadang, lantak kau la, janji gambar ada, kalau boleh chemistry antara jurugambar dgn MC kena ada, kalau ada perubahan pun MC boleh adjust.
Ahli keluarga
Ahli keluarga kena faham, jangan nak kelam kabut balik awal, hari cuti pun nak balik awal, kalau nak balik sangat pastikan dah buat group photo. Bukan apa, gambar ini untuk kenangan, kang lagi 15 tahun cucu cicit tanya mana gambar pak long kan susah nak tunjuk.
“Abang tolong tangkapkan”
Ni ayat yang paling menyampah jurugambar nak dengar, pengantin dah membayar upah jurugambar, jadi nak tangkap gambar apa lagi setan, gambar kat hp tu tak cantik dan gelap cahaya tak cukup, nanti minta je la copy dari pengantin, aduh kadang sampai sepuluh handphone nak kena tangkap.
Satu lagi minta makcik, kawan kawan dan sedara belah jauh jangan nak menyibuk time jurugambar ambik gambar ini biasanya berlaku tima angkat nikah, time pengantin nak angkat nikah la, hampir seluruh ahli keluarga mengeluarkan handphone cap ayam untuk tangkap gambar, sedar tak jurugambar nak cari angle baik tapi kena blok dengan jari jemari cagu.
Si pemalu
Ni spesis paling rare tapi boleh jumpa kat majlis, bila minta group photo dia malu, hmmm, bukan nak minta bogelpun, ambik gambar je buat kenangan. Lepas tu bila semua dah ready group photo si pemalu ni pun berlari-lari anak nak join.
Harap pengantin jangan marah dengan ayat di atas, gurau gurau, kalau terkasar minta maaf ye, tip ini dari saya jurugambar perkahwinan ADAM STREET MEDIA
Sumber:https://www.facebook.com/groups/755831587815519/permalink/1418150204916984/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Suami Jauh, Belalah Kucing Sebagai Teman, Tapi Elak Beri Nasi Kepada Si Comel

Setengah pemilik kucing mungkin cenderung memberi haiwan peliharaan itu makan nasi, tetapi tahukah anda nasi sebenarnya bukanlah makanan paling sesuai untuk kucing? Pada kebiasaannya nasi yang diberikan kepada kucing tersebut sudah pun digaulkan dengan ikan atau ayam dan kucing secara teknikal hanya makan nasi itu kerana adanya isi ikan ataupun cebisan daging ayam di dalamnya.
Hakikatnya, kata Pakar Bedah Veterinar, Dr. Nurzaty Hamid, nasi bukan makanan terbaik untuk kucing malahan nasihat beliau kepada pemilik kucing ialah jangan membiasakan memberikan nasi semata-mata kepada kucing. “Sistem pencernaan kucing sebetulnya adalah sukar menghadam nasi, jika terlalu banyak makan nasi, dibimbangi mengalami masalah kesihatan terutama membabitkan buah pinggang,” ujar beliau yang baru berusia 29 tahun itu.
“Jika dicampur isi ikan atau ayam, sekurang-kurangnya kucing dapat memilih dan mengutip bahan protein itu untuk dimakan,” ujarnya sambil menambah, makanan semula jadi untuk haiwan itu adalah bahan berprotein. Jika ikan dihancurkan terlalu halus dan digaul dalam nasi, kucing akan makan ikan itu bersama nasi yang banyak. Berbeza dengan sistem pencernaan manusia yang boleh hadam nasi dengan mudah, kucing tiada kelebihan itu.
“Ini kerana perut kucing hanya sesuai untuk bahan makanan berasaskan daging,” ujarnya. Kucing secara semula jadi adalah haiwan pemakan daging dan sistem pencernaan direka sebagai karnivor, berbeza anjing yang jenis omnivor. Pencernaannya memerlukan beberapa protein dan asid amino yang tidak boleh didapati darpada bahan selain ayam mahupun ikan. Makanan sesuai adalah ikan dan ayam rebus selain makanan dijual siap direka khas untuk kucing.
“Jika kucing biasa makan nasi, boleh diberi dalam kuantiti sederhana dan dalam jangka masa pendek, maksudnya tidak diberi secara berterusan. Sebaik-baiknya, digantikan nasi putih itu dengan nasi beras perang. “Ini kerana perut kucing lebih mudah mencernanya. Bahkan kebanyakan makanan kucing di pasaran sudah pun diformulasi dengan menggunakan beras perang dan bukan jenis beras biasa manusia makan,” jelas Nurzaty lagi.
Pesannya lagi, jika beri makanan beli siap, elak memilih jenis komersial yang berwarna-warni, bagi menghindari penyakit batu karang atau buah pinggang dan juga tidak menukar jenis atau jenama sesuka hati. “Amalan gemar menukar jenis dan jenama makanan, dibimbangi ada yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan sakit perut,” tegas Nurzaty. Agar kucing kekal sihat kata beliau, boleh diberikan multi vitamin.
Jika diletakkan kucing dalam bilik berhawa dingin, sediakan kotak supaya ia boleh menyorok dan memanaskan badan manakala sekiranya diletak dalam bilik yang hanya ada kipas, pastikan sistem pengudaraan bagus.
Nurzaty mengikuti pengajian peringkat Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Bintulu, Sarawak sebelum melanjutkan ke peringkat Ijazah Veterinar di UPM, Serdang, Selangor. Pakar Bedah dan Pengurus Klinik Haiwan itu berkata, beliau mendapati kebanyakan klinik haiwan yang ada di Malaysia pada ketika ini memberi rawatan ‘bercampur dengan haiwan lain’.
“Sebelum itu, saya memang bercita-cita menjadi doktor haiwan dan kebetulan sangat sukakan kucing. Sejak dulu, saya bercita-cita membuka klinik haiwan khusus untuk kucing.
“Dengan adanya klinik khas untuk kucing, lebih selesa bagi pelanggan yang hanya meminati haiwan itu untuk keluar masuk di klinik ini,” ujarnya. Bagaimanapun, ada juga haiwan kecil lain seperti arnab, sugar glider dan hamster dihantar kepadanya untuk dirawat tetapi tidak anjing.
Mengenai amalan memandikan kucing, beliau berkata, kucing juga tidak boleh dimandikan terlalu kerap, hanya boleh sekali-sekala seperti sebulan sekali. Mengenai risiko kucing terhadap ibu mengandung yang sering diperkatakan menurutnya, memang betul, kucing berpenyakit Toksoplasma boleh menjangkiti ibu mengandung yang boleh membawa kepada keguguran.
.
“Jadi dinasihat amalkan bersih tangan dengan cecair pembasmi kuman setiap kali lepas pegang kucing. Bagi memastikan ia selamat daripada penyakit tertentu, digalak dapat suntikan rangkaian vaksin khas,” ujarnya. Beliau juga menggalakkan kucing jantan dan betina dimandulkan untuk mengawal karakter semula jadi haiwan itu, yang boleh menjadi amat agresif ketika hendak mengawan.
Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita peroleh apabila kita membela dan menyayangi kucing. Ia memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.
1. Buang sifat penting diri sendiri dan kedekut dalam diri manusia
Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.
2. Menjadi terapi emosi yang sangat baik
Satu kajian oleh Universiti Columbia mendapati bahawa aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia.
Sekali gus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.
3. Dapat membantu pesakit-pesakit autisme
Membela kucing benar-benar membantu dalam kes penyakit ini. Hal ini dibuktikan dengan beberapa kejadian di mana kucing memainkan peranan penting dan menjadi pembantu utama dalam terapi untuk anak-anak autisme yang mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi.
4. Menurunkan risiko penyakit Kardiovaskular dan serangan jantung
Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
Risiko untuk meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular bagi mereka yang mempunyai kucing adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak mempunyai kucing. Tambahan lagi, risiko untuk seorang pemilik kucing meninggal akibat serangan jantung adalah sangat rendah.
5. Mendisiplinkan diri dan membentuk sifat bertanggungjawab
Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan.
Selain makan, banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang najis di tempat yang disediakan dan sebagainya.
Pemilik kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam.
6. Mendapat pahala dan dimurahkan rezeki
Selain itu, membela kucing juga sebagai cara untuk kita menuai ganjaran pahala daripada Allah kelak. Apabila pemilik kucing ada niat sedekah ketika bela kucing, maka ganjaran sedekah akan kembali kepada pemilik tersebut.
Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dizahirkan dengan cara tersendiri. Ia antara haiwan yang boleh mengadu dan berdoa kepada Allah dan barangkali kehidupan kita jadi lebih senang dan gembira dek kerana doa seekor kucing.
Begitu juga sebaliknya hidup kita dirundum kesedihan dan kesusahan dek kerana aduan seekor kucing kepada Allah Subhanahu Wataala atas layanan buruk yang diterima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pandai Siang Ikan Ke Tak, Mentua Dan Suami Uyaina Tak Pernah Kisah

Baru-baru ini isu pasal pandai siang ikan ke tak, agak panas. Terus golongan dikritik jenis tak akan masuk dapur.
Padahal kalau tak pandai siang ikan pun, di kedai dah boleh siap-siap potong dan cuci. Benda senang kenapa nak susahkan? Begitulah yang dikongsi oleh Uyaina Arshad.
Pandai Siang Ikan Ke Tak, Itu Bukan Masalah
Pengacara dan pelakon itu mengakui semenjak bernikah dengan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran dua tahun lalu, lelaki itu tidak pernah persoal hal tersebut. Ujarnya, ibu mertua pun tidak mempertikaikan.
“Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami I juga paling chill.
“Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.
“TAPI RELAKS LAH, DALAM KALANGAN KAUM LELAKI PUN ADA JER YANG TAK PANDAI TUKAR TAYAR KERETA, SO…,” TITIPNYA.
Uyaina yang turut berkongsi sajian ikan berlado berkata ibu mertuanya rajin menyediakan juadah apabila mereka sekeluarga pulang.
Kata Uyaina, tidak tahu boleh bertanya dan belajar. Justeru, sebagai menantu, beliau tetap turun ke dapur dan melakukan kerja-kerja memasak.
“Ibu mertua pun sama. Sangat awesome! Tapi saya masuk dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat. Haaa camtuh,” kongsinya.
Ujar Uyaina, pada masa akan datang beliau akan mencadangkan cabaran menukar tayar kereta kepada penerbit rancangan televisyen tersebut.
Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI