Bila tarikh kahwin dah semakin hampir, bakal-bakal pengantin memang jadi panik bila berat semakin maintain macam tu sahaja walaupun dah bersungguh-sungguh diet. Adakah anda betul-betul pasti anda mengikut diet yang betul?

 

Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?

 

Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan mood!

 

Apakata kita teliti perkongsian pakar diet, Jillian Greaves.

 

Skip sarapan pagi

Breakfast like a king! Sarapan pagi adalah hidangan penting perlu diambil setiap hari. Bayangkan jika anda terus skip sarapan pagi setelah berjam-jam tidak makan (ketika tidur), tentunya hari anda akan lebih suram dan rasa tak bertenaga.

 

Kajian menunjukkan, jika seseorang sering mengambil sarapan pagi, mereka di dapati mempunyai paras BMI rendah. Ambil lebih banyak kalsium dan serat setiap hari untuk membantu anda lebih fokus sepanjang hari.

 

Gangguan ketika makan

IKLAN

Kesibukan pagi menguruskan anak-anak, meluangkan masa untuk bersolek dan menguruskan hal-hal lain pada waktu pagi membuatkan anda bergegas untuk ke tempat kerja. Jarang kita ada masa untuk menikmati satu per satu hidangan pagi di depan mata.

 

Multitasking memang bagus tetapi jika multitasking sambil bersarapan, anda sebenarnya makan tetapi tak kenyang malah mendorong untuk anda makan lebih banyak. Rancang jadual dengan baik dan nikmati sarapan dalam keadaan tenang dan selesa.

 

Makan terlalu cepat

Jika anda makan terlalu cepat, badan anda tak sempat untuk menyampaikan maklumat kepada otak seterusnya memberi signal anda sudah kenyang.

 

Bekal makanan

Jangan tunggu perut terlalu lapar sebelum membeli hidangan tengah hari, tambah-tambah lagi jika anda terlalu sibuk di tempat kerja. Anda juga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sekerja yang gemarkan makanan segera yang lebih mudah di dapati. Jadi, sediakan bekalan hidangan sihat sebelum ke tempat kerja.

IKLAN

 

Skip snek pagi

Selepas sarapan pagi, anda juga perlu membekalkan diri dengan snek ringan dan sihat sementara menunggu hidangan tengah hari. Sebiji epal sudah cukup untuk mengalas perut sementara menunggu jam 1 petang.

 

Minum kalori

Minuman pagi seperti kopi atau jus dengan gula tambahan tidak disarankan jika anda ingin menjaga diet. Pakar diet menyarankan agar anda mengunyah makanan berbanding hanya minum saja. Namun, jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan dan tinggi serat boleh mengenyangkan anda.

 

Buah-buahan dan sayuran sebelum tengah hari

IKLAN

Pilihan paling mudah untuk dinikmati sebagai sarapan tentunya kuih-muih. Pemilihan makanan ini boleh menyebabkan anda kurang mendapat serat dan vitamin semula jadi. Pastikan anda makan sarapan berkhasiat dan seimbang.

 

Menyisihkan real food

Kaunter pandu lalu di restoran segera paling mudah untuk anda dapatkan sarapan pagi. Apa kata tukar haluan dengan membuat pilihan dan rancang pelan pemakanan anda dengan lebih bijak. Simpan stok yogurt, kacang badam, buah-buahan seperti pisang, epal dan avocado di rumah. Ini lebih berkhasiat dan mengenyangkan!

 

Tambah protein sebelum tengah hari

Kuih-muih yang anda makan pada waktu pagi penuh dengan karbohirdat dan gula sahaja, sehingga anda cepat letih sebelum menjelang tengah hari. Mungkin selepas ni anda boleh tambah sedikit protein seperti telur setengah masak atau mentega kacang supaya anda boleh bertahan lebih lama.

 

Tak cukup air

Minumlah air kosong dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh pada waktu siang. Anda tidak digalakkan minum air kosong dengan banyak pada waktu malam kerana ia menyukarkan buah pinggang untuk menapis air berlebihan.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI