Hubungan tali pertunangan bukan satu cara untuk menghalalkan sesuatu yang asalnya haram. Satu-satunya akad yang mampu menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan adalah akad perkahwinan. Walaupun dah bertunang, kena juga adab-adabnya.

 

Jika perkahwinan menepati syarat dan rukunnya, maka hubungan lelaki dan perempuan menjadi halal tanpa sebarang batasan kecuali liwat.

Bertunang Bukan Tiket Bermesra-mesraan Seperti Orang Berkahwin

Dalam isu ini, ramai dalam kalangan ibu bapa, anak muda tidak memahami hukum dan falsafah pensyariatan pertunangan. Mereka beranggapan menerusi majlis pertunangan mereka sudah halal untuk berpegangan tangan, berdua-duaan, bergesel-geselan. Semua itu haram selagi tidak berlaku akad pernikahan.

Perlu ditegaskan di sini, hubungan pertunangan masih belum boleh menghalalkan pergaulan antara pasangan. Mereka hanya terikat dengan hukum perjanjian untuk melangsungkan pernikahan yang mungkin berlaku atau sebaliknya.

 

IKLAN

Oleh itu, umat Islam perlu mengambil perhatian bahawa pertunangan mempunyai batas syariat yang perlu dipatuhi. Ini dapat diperhatikan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka kerana itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai apa yang mereka kerjakan.

 

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami atau bapa atau bapa mentua atau anak atau anak tiri atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam.

 

IKLAN

Atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur, ayat 30-31)

Bertunang Bukan Tiket Bermesra-mesraan Seperti Orang Berkahwin

Ayat itu sangat jelas hukumnya bagi pasangan bukan mahrim atau bukan suami isteri. Dapat disimpulkan beberapa batasan syariat bagi pasangan yang dalam tempoh pertunangan antaranya, tidak mendedahkan aurat kepada pasangan atau ibu bapa pasangan kerana masih belum tergolong dalam kalangan mahram.

IKLAN

 

Tidak boleh berdua-duaan antara pasangan atau antara ibu bapa (berlainan jantina) di tempat sunyi dan mencurigakan kerana hukum mereka sama seperti orang luar yang tiada hubungan kekeluargaan.

 

Tidak terikat dengan sebarang hak yang boleh dinikmati oleh pasangan suami isteri. Wajib menjaga tingkah laku, adab dan syariat ketika mereka bersua untuk berbicara dan saling kenal mengenali. Tidak berhias melampaui batas sehingga mengalahkan pasangan yang telah berkahwin.

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI