Suami mana yang tahan jika isterinya cerewet. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Ingat ye suami, jika isteri anda cerewet dia bukanlah seburuk yang anda sangka.
Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Ads
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
Ads
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza.
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
Ads
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu? Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes. Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
** Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan. Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang manusia biasa kita sangat memerlukan tidur yang cukup dalam kehidupan kita. Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Tidur yang cukup akan mengekalkan kesihatan badan yang baik pada diri kita.
Namun, bagi pasangan suami isteri yang sudah mempunyai anak ini adalah cabaran untuk mereka. Kerana mereka akan mengalami masalah tidur yang tidak cukup. Oleh itu, perlunya ada kerjasama antara suami dan isteri untuk menguruskan anak.
Janganlah pula si suami lepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Anda seharusnya belajar bagaimana untuk menguruskan zuriat anda sendiri. Ini tidak selalu berharap agar isteri menguruskan semuanya. Sebab itu suami kena tahu 5 tanda yang isteri tidak cukup tidur ini.
1. Tubuh badan lemah dan kurang sihat
Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan
Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Sering lupa tentang sesuatu perkara
Kurang tidur ni akan kesan pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan
Di siang hari pun selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu pula.
5. Isteri selalu moody
Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah Bukan itu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Sebab itu tolong lah perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita. Tapi kita kena percaya masih suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
Sumber : Taufiq Razif
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya. Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berdengkur ketika tidur? Itu normal. Tetapi, bila berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil? Itu masalah yang perlu diatasi.
Kebanyakan orang mengalaminya terutama apabila satu hari kepenatan. Tapi, adakah cara hilangkan dengkur? Apa kata anda cuba 10 cara yang kami kongsikan ini.
1. Mandi air panas sebelum tidur
Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.
2. Tidur secara mengiring
Berbaring secara menelentang akan menyebabkan bahagian atas lidah anda menutup saluran tekak anda, sekaligus menutup saluran pernafasan. Cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.
3. Banyakkan minum air masak
Salah satu cara hilangkan dengkur adalah dengan memperbanyakkan minum air di siang hari. Ia akan mengekalkan tahap hidrasi badan anda. Jika anda kekurangan air, tekak anda akan kering dan menghasilkan mukus.
4. Gunakan bantuan pelekat jalur hidung
Jika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung.
5. Gunakan semburan hidung
Selain daripada pelekat hidung yang diletakkan di bahagian atas hidung, anda juga boleh membeli semburan nasal hidung bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung anda.
6. Pasang pelembap udara di dalam bilik
masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Dengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.
7. Tidur dengan bantal yang tinggi
Lagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat.
8. Jangan ambil makanan berat sebelum tidur
Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur.
9. Buat latihan mulut
Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.
Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang. Ulang selama 3 minit setiap hari.
Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.
Sebut vowel ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari
Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.
10. Pemeriksaan doktor, anda mungkin bermasalah
Jika anda telah mencuba petua untuk mengurangkan dengkur di atas dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah tidur anda yang semakin teruk, mungkin telah sampai masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Jika pemeriksaan membuktikan ia adalah satu masalah yang serius, anda mungkin perlu melakukan pembedahan bagi membuka saluran udara.
Sumber : theasiaparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!