Bila hati sudah saling sayang dan memahami, perbezaan usia bukan menjadi penghalang yang utama untuk menjadikan dia sebagai pasangan hidup anda. Pokok pangkalnya hati dan perasaan masing-masing.

Perbezaan usia sebenarnya menjadikan hubungan bertambah matang. Jadi, kalau ada jejaka dengan jarak usia seperti itu masuk meminang, jangan berasa duka. Lagi pun berdasarkan pengalaman, orang lelaki biasanya awet muda. Walaupun usia sudah mencecah setengah abad, bentuk tubuh dan daya tahan masih seperti remaja belasan tahun.

Sebaliknya, orang perempuan yang cepat dimamah usia. Selepas melahirkan seorang anak, pasti akan nampak perubahan bentuk tubuhnya. Berat badan semakin meningkat dan tubuh yang dulunya ramping mula berubah ukuran. Jika tubuh tidak dibaik pulih dengan sempurna, baru masuk awal 40-an sudah nampak lebih tua daripada usia. Jadi, janganlah bimbang sekiranya anak dara hendak dijodohkan dengan teruna yang sepuluh tahun lebih tua.

Beza Usia Berpuluh Tahun Bukan Halangan Untuk Bahagia. Yang Penting Ada Persefahaman!

Suami Tetap Ketua Keluarga

Demikian pula sekiranya seorang anak teruna berkahwin dengan gadis atau janda yang lebih tua sepuluh tahun. Ini jarang terjadi dalam kalangan masyarakat kita, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa.

IKLAN

Perihal isteri lebih tua dari suami tidak sepatutnya dijadikan isu. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Siti Khadijah yang usianya jauh lebih tua. Tidak kira berapa jarak usia dengan suami, isteri tetap isteri.

Beza Usia Berpuluh Tahun Bukan Halangan Untuk Bahagia. Yang Penting Ada Persefahaman!

IKLAN

Jangan pula oleh sebab usia lebih tua, si isteri menganggap dia sebagai kepala keluarga. Dia tidak boleh mengatasi peranan suami. Suami tetap ketua keluarga. Betapa hebatnya isteri, dia hanya pembantu keluarga. Mungkin dia boleh memegang beberapa portfolio lain seperti ketua kewangan, ketua keselamatan, dan sebagainya. Tetapi jawatan no.1 mesti pada suami, walaupun dia sepuluh tahun lebih muda.

Persefahaman Itu Penting

Selagi masing-masing faham dan dapat memainkan peranan dengan baik, faktor usia bukan satu masalah. Siapa lebih tua bukan isunya. Lagi pun seperti yang selalu diberitahu, usia hanyalah angka. Jadi apa yang hendak dibimbangkan pada angka-angka itu.

IKLAN

Apa yang penting dalam perkahwinan ialah persefahaman. Ini sebenarnya satu cabaran. Sebab selepas menjadi suami-isteri kita mula masuk ke alam rumah tangga sebenar.

Beza Usia Berpuluh Tahun Bukan Halangan Untuk Bahagia. Yang Penting Ada Persefahaman!

Banyak yang perlu difikirkan setelah menjadi suami-isteri. Banyak yang perlu dipelajari untuk melayari bahtera rumah tangga. Kena tolak ansur dalam semua perkara. Kena banyak sabar dan kena menyesuaikan diri dengan suasana baru. Sekiranya persefahaman dapat diwujudkan, usia walaupun bezanya berpuluh tahun langsung tidak menjadi halangan kebahagiaan.

Kesimpulannya, tidak kira siapa yang lebih tua, bahtera hidup itu akan berlayar sempurna sekiranya masing-masing bijak berdayung. InshaAllah! Lagi pun kata orang usia hanyalah angka. Apa hendak dibimbangkan pada angka itu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI