Buat para isteri di luar sana, jadilah seorang wanita yang tetap setia di samping suami seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail. Biar apa pun dugaan yang menimpa pada suami, beliau tetap sabar dalam mendukung perjuangan suaminya. Katalah apa sahaja, beliau tetap menyokong suaminya. Begitu hebatnya cinta Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun negara kini sedang sibuk dengan kemelut politik, Dr. Wan Azizah Ismail tetap punya kesempatan untuk menitip ucapan ulang tahun perkahwinan yang ke-40 tahun untuk suami tercinta menerusi akaun Instagram miliknya.

“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim_my yang ke 40,” tulis beliau di Instagram.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan pasangan merpati dua sejoli ini. Pasangan ini telah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan, pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh pasangan ini namun mereka cukup tabah menghadapinya.

Perkara ini turut dinyatakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Avana Fatni SyukurLee. Menurutnya, Dr. Wan Azizah merupakan seorang wanita yang sabar dalam mendukung perjuangan suaminya. Beliau tetap setia bersama suami dan perjuangan suaminya.

IKLAN

Mari kita baca perkongsiannya yang sememangnya amat tepat dalam menggambarkan personaliti Dr. Wan Azizah Ismail.

“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa” – Dr Wan Azizah

WAN AZIZAH: Dari muda sampai berumur warga emas.
.
Wanita ini adalah wanita yg paling SABAR dalam mendukung perjuangan suaminya.
.
Suaminya pernah:
Jatuh
Naik
Dihukum
Dipenjara
Difitnah
Bermasalah
Ditipu
dll.
.
Apa wanita ini lakukan?
Beliau tetap MENYOKONG suaminya.
.
Dari menjadi Doktor, menjadi isteri yb, isteri bekas TPM, isteri bekas banduan, menjadi TPM..
.
Apa wanita ini lakukan?
.
Beliau tetap MENYOKONG suaminya.

IKLAN

Beliau tidak meminta untuk dicerai atau meninggalkan suaminya, beliau tetap SETIA bersama suami dan perjuangan suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (@drwanazizah) on

Beliau tidak pula mengaibkan suaminya balik sepertimana wanita zaman sekarang yang senang untuk sebarkan aib suaminya.

Beliau tetap teruskan perjuangan suaminya dan mendidik anak-anaknya menjadi MANUSIA.
.
Siapalah beliau untuk mengetahui takdir dirinya sebagai wanita yang mengahwini lelaki yang dicintainya yang akhirnya mempunyai 1001 ujian. Beliau tidak berundur, beliau menghadapi 1001 ujian itu.
.
Fuhh, saya tidak boleh bayangkan jika saya menjadi beliau.
Bisa sahaja saya mengalah….

IKLAN

Wanita muda zaman kini?
Adakah anda akan bersikap seperti beliau jika diuji seperti diatas?
.
Saya tidak tahu apa pandangan Allah kepada wanita ini.
Wa Allahu’alam.
.
Namun yg pasti,
saya berpandangan beliau
WANITA YG HEBAT untuk kita ikuti.

“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa” – Dr Wan Azizah
.
Terutamanya tentang KESABARAN beliau sebagai isteri sebenarnya.
Kita tetap akan diuji dengan pasangan, anak2 dan keluarga bukan? Itu dinyatakan dlm al quran.
.
Wanita ini nampak gayanya sangat SABAR dalam menghadapi ujian Allah ttg suami, anak2 dan dirinya sendiri.
.
Wanita ini mengikut perkiraaan saya, wanita ini punya ilmu agama dan mengamalkannya.Wanita berilmu agama seperti beliau dan mengamalkannya, in sha Allah wanita solehah.
Baik imannya baik mindanya, baik akhlaknya, baik hatinya.
.
Beliau: Wanita cerdik dan solehah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (@drwanazizah) on

Jika orang bertanya kpd saya, pada zaman moden akhir zaman ni, siapakah wanita yg ikon muslimah terbaik?
.
Saya namakan beliau,
Dr.Wan Azizah.
.
WANITA PALING SABAR DENGAN SUAMINYA.
.
Fatni SyukurLee, KL
25/2/2020

Sumber: Facebook Avana Fatni SyukurLee

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI