Solat adalah tiang agama. Kalau kita tak jaga solat nescaya kita tidak pandai menjaga yang lainya. Sebagai hambanya kita perlu lah mengikut perintah ini agar mendapat keberkatan dalam kehidupan kita.
Solat lah, berdoa, minta padanya, mengadu, apa yang anda perlu. Tidak kira dalam apa juga perkara insyaallah semuanya akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat sahaja. Namun, tiada gunanya juga jika kita meminta berdoa kepadanya tetapi kita sengaja melewatkan solat. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa jodoh lambat sampai? Mungkin ini sebabnya.
1) Allah nak suruh dia bahagiakan mak ayah dia dahulu
2) Allah suruh dia perbaiki solat dan akhlak dia dahulu
Ads
3) Allah suruh dia fokus pada kerjaya supaya kehidupan dia nanti senang
4) Allah mahu kita belajar sabar dan selalu berharap pada Dia.
Tenanglah ..
Ads
Bukan kerana awak tak sedia pun. Tidak ada seorang pun yang bernikah dalam keadaan dirinya serba sedia 100% dari segala sudut. Kerana jodoh tidak ditetapkan atas kesediaan seseorang.
Jodoh itu telah tetap sejak azali. Sama seperti mati. Sama seperti rezeki. Ada tarikhnya tersendiri.Bukan boleh paksa cepat atau boleh tangguh kasi lambat.
Ada orang sedia semua sudut,dia masih tak kahwin. Ada orang tak bersedia pun,dah beranak pinak.
Lihat orang bahagia dulu,doakan mereka terus bahagia selamanya. Supaya doa yang sama dipantulkan keatasmu.
Sebelum sampai waktunya,capailah segala cita dulu.Bantu keluarga. Bina kerjaya. Sediakan tempat tinggal dan kenderaan sebagai bekalan takut-takut jodoh datang tidak disangka-sangka.
Usah sibukkan diri dengan kecewa dan hubungan yang tidak kesampaian. Terus sangka baik pada Dia. Doa dan baiki diri. Teruskan perjalanan. Mana tahu kita singgah di stesen kematian terlebih dahulu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.
Ingin tahu antara bahasa tubuhdan juga cara indirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.
Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.
Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.
Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?
Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.
Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.
Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!
Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.
Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila berbicara mengenai perihal perkahwinan, tentunya perkara yang terlintas di fikiran ialah hantaran. Kadangkala hal ini menjadi kerungsingan kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk memastikan gubahan yang dibuat tampak cantik dan sempurna.
Untuk kesan yang lebih ‘class’, penggunaan bunga segar amat digalakkan. Selain memberi kesan yang lebih eksklusif dan elegan, penggunaan bunga segar juga menjimatkan.
Gubahan hantaran menggunakan bunga segar tidak memerlukan perincian lain untuk memberikan kesan menawan. Penggunaan perincian itulah yang boleh membuatkan kos menggubah hantaran menjadi tinggi.
Cukup sekadar bungan segar yang menjadi fokus utama. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, penggunaan perincian yang minimal sudah memadai.
Au Fleur mengilhamkan sesuatu yang cukup anggun. Gubahan bunga segar dengan perincian berbentuk kristal memancarkan aura yang cukup elegan. Sulaman daun berona hijau memberi nafas segar yang tiada tara buat gubahan hantaran ini.
Ringkas dan minimalis! Gubahan dari The_Chempaka memberi nada moden buat setiap gubahannya. Polos tanpa sebarang perincian, penggunaan bunga segar secara keseluruhan memberi impak classy buat gubahan ini. Penggunaan warna senada bagi bunga segar memancarkan aksen romantis buat keseluruhan gubahan.
1. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis bunga segar untuk dijadikan gubahan. Antaranya, bunga ros, orkid, hydrangea, peonies, lily,tulip, carnation dan lain-lain lagi.
2. Gunakan rona pastel dalam gubahan hantaran. Elakkan dari memilih rona-rona terlalu terang dan kontra kerana ia akan memebrikan kesan tampak murah buat gubahan anda. Sebaiknya, gunakan rona senada yang akan memberikan kesan elegan dan eksklusif.
3. Jangan meletakkan terlalu banyak perincian dalam gubahan anda. Cukup sekadar 1 atau 2 jenis perincian dalam satu-satu gubahan. Pastikan perincian yang dipilih bertepatan dengan tema atau konsep yang dipilih.
4. Untuk kesan terbaik, gubahan hantaran yang dihasilkan janganlah terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda untuk membawanya. Cukup sedap mata memandang dan bersaiz sederhana.
5. Pastikan kesemua dulang hantaran yang digubah tampak harmoni. Jangan pula setiap dulang yang digubah berlainan tema dan konsep. Oleh itu, tetapkan dahulu tema atu konsep sebelum memulakan gubahan.
PERASAN atau tidak, kad undangan perkahwinan yang kita terima selalunya bukan sahaja cantik, tetapi ada juga yang mengandungi perkataan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi.
Apabila undangan walimah sudah dipenuhi, kadangkala kita akan buang kad berkenaan.
Barangkali ada yang gemar menyimpan kad kahwin unik, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
Dalam kes kad kahwin yang mengandungi kalimah ALLAH, bagaimana kaedah terbaik untuk melupuskannya?
Asalnya, pelupusan al-Quran yang terkena banjir, koyak ataupun berlaku perkara-perkara yang tidak boleh lagi dibaiki lagi pada al-Quran itu, maka para ulama terbahagi kepada dua pandangan.
Mazhab Hanafi dan Hanbali menyatakan, hendaklah ditanam, manakala Mazhab Syafie dan Maliki pula menyatakan, hendaklah dibakar.
Hukum itu berdasarkan kepada tindakan Amirul Mukminin Saidina Uthman bin Affan RA.
Ketika menyatukan umat Islam di atas satu mushaf, beliau membakar mushaf-mushaf lain yang menyalahinya.
Perbuatan tersebut dilakukan dengan disaksikan oleh para sahabat RA.
Imam Ibn Battal mengatakan bahawa perintah Uthman RA supaya dibakar helaian-helaian dan mushaf-mushaf al-Quran sewaktu isu mengumpulkan al-Quran menunjukkan bahawa kitab-kitab yang tertulis nama-nama ALLAH SWT boleh dibakar dengan tujuan untuk memuliakannya, menjaganya daripada dipijak oleh kaki-kaki manusia dan memeliharanya daripada dibuang di atas tanah.
Pendapat Imam Ibnu Battal itu juga terpakai kepada apa-apa sahaja risalah atau kertas yang tertulis kalimah ALLAH SWT.
Ia hendaklah dibakar atau boleh juga ditanam mengikut sebahagian pandangan ulama yang lain.
***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), pendakwah dan penulis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...