Pernah atau tidak kita berhadapan dengan situasi kita yang sudah bertunang dan hampir ke jinjang pelamin, tetapi tetap putus akibat tidak serasi atau berbagai faktor yang lain. Jadi ini mungkin beberapa hikmah yang perlu kita renungkan apabila kita putus cinta.
1.Lebih dekat dengan Allah.
Mungkin ada perkara yang membuat kita jauh daripada Allah apabila bersama si dia. Jadi Allah sayang kepada kita dan tunjukkan bahawa si dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita. Kembalilah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon petunjuk supaya kita bertemu dengan calon yang benar-benar baik agama dan akhlaknya.
2.Mempunyai lebih masa berharga.
IKLAN
Sedar atau tidak ketika kita mabuk dengan dunia cinta, kita sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk si dia. Dating, mesej, whatsapp dan segalanya adalah untuk si dia. Jadi selepas si dia sudah tiada dalam hidup kita, kita boleh gunakan masa-masa tersebut untuk kerja dan perbuatan yang lebih berfaedah.
3.Masa untuk bahagiakan ibu bapa.
IKLAN
Kadang kala apabila tengah mabuk bercinta, kita mengabaikan ibu bapa kita. Kita asyik berkepit dengan si dia termasuk dalam telefon atau bermesej. Masa untuk ibu dan bapa kita abaikan. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita bahagiakan mereka kerana ibu bapa mungkin sudah tua dan mereka ingin bersama dengan anak-anak sebelum mereka tiada di dunia ini.
4.Menyelamatkan diri daripada pasangan yang tidak baik.
IKLAN
Setiap yang berlaku sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Benar, kita berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan perkara yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin di sana ada seseorang yang lebih baik yang disediakan oleh Allah untuk kita. Siapa tahu kan ?
5.Bebas daripada membazir wang.
Apabila kita bercinta banyak duit yang dihabiskan untuk pasangan kita sama ada lelaki atau perempuan. Shopping bersama, lunch dan dinner bersama dan macam-macam lagi yang kita beli untuk pasangan kita. Jadi dengan putus cinta, kita tak perlu bazirkan lagi wang kepada si dia. Simpan wang anda untuk perbelanjaan masa hadapan. Siap boleh bagi ibu bapa lagi!
Putus cinta bukanlah bermaksud segala-galanya sudah berakhir seperti lagu kumpulan atmosfera, ‘berakhirlah sudah’. Kita sukakan sesuatu, padahal ia bukanlah baik untuk kita dan kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita. Banyak perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai manusia. Jadi, yakin kepada Allah. Allah mungkin merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda.
Cium dahi selepas akad nikah di masjid atau dikhalayak ramai..Macam satu dari agenda akad nikah.
Boleh atau tidak?
Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi, nabi tak pernah buat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika dalam rumah dan terlihat oleh sahabat, itu cerita dalam rumah. Cerita bercium lepas akad ni ada pengaruh kristian. Pengaruh ini ditiru oleh artis maka mereka yang bersunnahkan artis ,terus menirunya macam banyak hal lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dll.
Jika sekedar bersalam ,tunduk mencium tangan itu,biasalah. Jika akad dalam masjid, lagilah kena dijaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana dikhalayak dan dirumah Allah. Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri dirumah Allah. Dalam hubungan suami isteti ada perkara kena disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegang tangan, bersalaman itu cukuplah, yang lain tak payah nak tunjuk kat orang.
Ada juga yang kata tok imam tak larang pun. Ada imam yang berfikir tak mahu rosakkan majlis orang, tak mahu jatuhkan maruah orang nak tegur dikhalayak ramai. Tapi dia membenci dalam hati. Nak kahwin,kahwinlah,tak payah nak menunjuk,nak berlebih dari apa yang nabi buat. Kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang. Seronok tak menentu hingga kerobek dalam perut isteri tunjuk seluruh dunia, kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat memdedah rahsia Allah yang disembunyi dalam perut dan belum dilahirkan. Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibubapanya keterlaluan seronok, kerana Allah Maha Kuasa Menentu apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam petut hanya untuk alasan perubatan.
Gambar sekadar hiasan
Seperkara lagi, jika akad di masjid,pengantin mesti berpakaian yang sesuai dengan masjid, bukan pakaian pengantin yang macam duyung, lepas tu solat berimam pula dengan pakaian itu. Menampakkan susuk tubuh itu juga aurat walau tertutup, sebab itu orang guna telekung untuk menghilang susuk tubuh di masjid. Bahkan sepatutnya diluar masjid pun sedemikian. Lepas akad nikah, bawa juruphoto pi ambik gambar dalam hutan, dalam bendang,dalam kebun,pamer seluruh dunia, peluk sana sini berbagai gaya,buat muka manja,untuk apa? Nak tunjuk pada dunia, pada kawan,fikir banyak kali, adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa. Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggah dengan Islam.
Perkara pergaulan suami isteri diluar rumah dan dikhalayak patut dibataskan dengan rasa malu, jangan seronok tak menentu, nak tayang bini puteh gebu. Naik motor berpeluk tu ok, kerana takut jatuh, tapi ambik gambar dok peluk sana sini dan tunjuk seluruh dunia tu buat dosa saja. Lebih teruk gambar bini yang kelabu hitam, orang kg saya kata sam-sam diedit bagi puteh pang, putih seputihnya, itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk. Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia utk suami, suami yang mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman. Ingatlah,perkahwinan adalah gerbang hidup, jika ia dicemar dengan dosa, seluruh hidup terheret sama. Berkahwin memang seronok, jagalah batas agama.
– ABD GHANI HARON
Hukum Cium Dahi Isteri Di Depan Khalayak Ramai Selepas Akad
Secara umumnya, mencium isteri di depan umum termasuk dalam kategori khawarim al-muru’ah (perkara yang boleh merosakkan maruah dan kemuliaan akhlak seseorang). Imam al-Nawawi menyatakan di antara khawarimul muru’ah tersebut adalah:
“Mencium isteri dan hamba di depan orang atau meletakkan tangannya di bahagian tubuh isteri/hamba yang biasanya merupakan tempat berseronok-seronok, seperti pada dadanya atau seumpamanya…
Namun, perbuatan itu tidaklah termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan. Sungguhpun demikian, mencium kepala isteri termasuklah dahinya tidak termasuk dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan maruah seseorang. Hal ini disebutkan oleh Al-Khatib al-Syirbini;
وأما تقبيل الرأس ونحوه فلا يخل بالمروءة-مغني المحتاج 575/4
“Adapun mencium kepala dan seumpamanya, maka tidaklah mencacatkan maruah.”
Justeru itu, mencium dahi isteri selepas akad nikah tidaklah haram sekiranya ia dilakukan bukan di masjid. Malah ianya juga tidak termasuk dalam ketegori perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, sekiranya ia dilakukan di dalam masjid, terdapat dua perincian berkaitannya;
1) Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa haram bagi pasangan suami isteri mencium pasangannya ketika beriktikaf di dalam masjid JIKA dengan syahwat.
2) Sekiranya pasangan suami isteri mencium pasangannya ketika beriktikaf di dalam masjid sebagai tanda kemesraan dan penghormatan tanpa syahwat, maka hukumnya adalah harus (Hasyiatain 77/2, al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 131/13).
Saya adalah seorang isteri bekerjaya dan sudah dikurniakan dua anak. Tanggungjawab sebagai setiausaha di sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan tugas menjaga dua anak dan suami sering menyebabkan saya keletihan.
Bayangkan setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan dan bekalan anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Sepanjang hari terpaksa terkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas. Pulang ke rumah selepas waktu Maghrib dalam keadaan tertekan.
Kemudian ditambah pula dengan kerja rumah yang perlu dibereskan. Kesannya, sebelum jam 10 malam, saya sudah tidur dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Bagaimanapun keadaan ini menyebabkan suami sering kecewa tidak dapat bersama ketika sangat berhajat. Saya juga berasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Tetapi apakan daya, kudrat saya memang tiada, malah keinginan seksual juga langsung tidak muncul kerana keletihan. Sejak kebelakangan ini, suami seperti hilang sabar dan mula marah-marah.
Beliau ada membacakan mafhum hadis yang menyatakan isteri yang tidak mahu melayan keinginan suami hingga suaminya tidur dalam keadaan kecewa, dia pasti akan dilaknat malaikat hingga Subuh. Apakah benar hadis ini dan adakah saya dianggap derhaka kepada suami serta dilaknat malaikat?
Jawapan:
Tahniah saya ucapkan kepada puan dan isteri yang gigih menjalankan pelbagai tugas setiap hari. Saya percaya puan melakukan semua ini demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan insan disayangi, iaitu anak dan suami.
Wajib sedia keperluan
Perlu dijelaskan tanggungjawab mencarikan nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami. Bererti mereka wajib menyediakan keperluan keluarga dengan sempurna dengan bekerja bersungguh-sungguh, sedangkan isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah.
Justeru, apabila isteri reda keluar bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur.
Hadis dimaksudkan suami puan adalah hadis riwayat Abu Hurairah yang melaporkan ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, tetapi tidak diendahkan isterinya, lalu suaminya tidur malam itu dalam keadaan marah kepadanya. Isteri berkenaan dilaknat malaikat hingga Subuh."
Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.
Bina keluarga sempurna
Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi suami!
Sebaiknya dalam situasi puan ini, suami perlu memainkan peranan membantu tugas di rumah bagi meringankan beban isteri. Usah paksa suami melakukan apa yang tidak mampu dilakukan seperti memasak dan membasuh. Sebaliknya, minta dia membuat kerja sampingan seperti menjaga anak ketika puan masak, mengemas rumah, memastikan pakaian yang kotor dimasukkan ke dalam bakul dan membasuh sendiri pinggan digunakan.
Kerjasama begini dapat meredakan sedikit ketegangan puan dan secara tidak langsung puan akan berasa dihargai suami. Bermula daripada perasaan terharu dan dihargai akan lahir keghairahan untuk bersama. Ini rahsia untuk suami yang memiliki isteri yang keletihan kerana bekerja.
Isteri Tetap Perlu Mencari Pendapatan Sendiri Walau Baik Macamanapun Si Suami
Ini betul… baik macam mana pun suami kita, tolonglah jangan malas jaga penampilan diri dan tak ragu-ragu nak cari income sendiri. Bukan nak menghasut benda tak elok tetapi ujian kahwin di depan sana macam-macam! Kalau pun suami kita baik, ada juga jenis perempuan yang suka ambil peluang. Tanpa dijangka kita dapat madu. Eh eh dapat yang jenis baik hati, Alhamdulillah… tetapi kalau dapat yang pelik-pelik perangainya. Allah, kita yang merana! Jadi nak ingatkan kaum perempuan yang sudah jadi isteri orang, renungkan perkongsian Puan Anieyz Razami ini… Kalau Tak Kerja…
Masa tengok video org interview intan, 1st thing dalam kepala masa intan cakap “saya redha, sebab saya sayangkan dia” 1st thing yang mummy fikir kenapa nak depends 100% kat lelaki… rupanya Intan ni tak keje, fully houswife. So memang dah tak boleh buat apa selain redha, dan terima walaupun hati sakit. Tapi ye lah, berkat sabar dia memang besar ganjaran pahala. Mummy sendiri tak sebaik Intan. InsyaAllah kalau Ude betol macam yang intan cakapkan, bertanggungjawab dan mampu berlaku adil, Alhamdulillah la.. Tapi kat sini mummy nak pesan jika berlaku sebaliknya. Bukan kat Intan, kes dia dah tutup cerita sebab dia dah mention suami dia boleh berlaku adil. Ni untuk kami-kami. Isteri-isteri. Ladies… meh mummy nak pesan.. walaupun baik, caring, BERTANGGUNGJAWAB macam mana pun suami kita, kita kena ada income sendiri!
Sekadar Gambar Hiasan
JANGAN TUNJUK YANG KITA TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA!
No! Tunjuk yang awk tak kisah pun kalau dia tak dok! Serious! Tak salah pun jadi suri rumah, mummy pun suri rumah sambil jaga anak 2 orang. Mengikut pengalaman Mummy sendiri. Dulu Mummy jenis selamba pakai slipper jepun. Sebab fikir nak melawa kat siapa, suami dah ada. Tapi sayang-sayang… orang laki ni walau dia kata “Tak yah bergaya laaa isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA! Mummy transform sejak situ jadi nak bergaya, jangan henti melawa untuk suami! Sebab hakikatnya lelaki ni suka tengok yang cantik-cantik. Bila isteri cari duit sendiri, bila kita ada income, orang laki ni sayang nak lepas kita. Lagi-lagi kalau kita pandai jaga penampilan, pandai jaga luar dan dalam ! Diorg tak boleh lepas weiii…
Jangan depends 100% kepada lelaki. Buat la keje keci-kecil online ke, meh jadi dropship REBORN serum, agent ke, duit dapat, reward pun dapat! Tak payah tunggu suami bagi dah awak tunjuk kat depa dulu! Lama-lama awak dah ada income 4,5 angka dia tak jadi nk kahwin lain wei. Kalau dia nak kawen juga hang cakap boleh hidup sndiri. Mummy selalu pesan kat daddy, kalau dia nk kahwin lain, lepas Mummy. Sebab Mummy pun gian nak kawen baru juga! Sejak mummy kabo gini la dia tak boleh kalau pergi mana tak beritahu dia. Bimbang! Apa-apa pun usaha kita jangan lupa doa kat Allah supaya rumah tangga kita terjaga.
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.