Saat bercinta, ramai yang ‘hilang dari radar’. Kawan-kawan ditinggalkan kerana terlalu taksub bersam akekasih. Ada  mak ayah yang diabaikan kerana masa banyak diluangkan bersama kekasih tersayang. Realiti kan semua ni?

 

Dalam banyak-banyak perkara, soal bercinta sebelum bernikah lebih banyak mendatangkan kerugian. Kita tidak hidup berpandukan agama. Semuanya ikutkan nafsu sahaja. Sebab itu ada yang hilang arah bila ditinggalkan. Puas mencurahkan kasih sayang dan kesetiaan namun semuanya dikhianati.

 

Perkongsian ini diharap dapat membuka mata pasangan yang sedang dilamun cinta…

 

Kita sayang dan cinta sesorng ikhlas, tp dia mainkan hati kita.. Boleh ke kita setia dan tunggu dia?

IKLAN

 

Memang bila suka seseorang, terlampau menyukai, akan setia, akan maafkan walau disakiti banyak kali. Cinta itu tidak buta tetapi kita yang buta untuk menilai cinta. Bila dah bercinta yang nampak semua baik je, rasa dunia bagai dia dan kita yang punya hingga terlupa Allah yang sepatutnya kita letak di tempat yang tertinggi.

 

Cuba muhasabah diri, andai cinta manusia buat kita rasa indah, kenapa tidak dengan cinta Allah? Andai cinta Allah kita rasa nikmat k. Tikah pasti dan pasti kita akan buat suruhan-Nya dan tinggal larangan-Nya. Kemanisan iman yang membutakan mata lebih baik daripada cinta ajnabi yang melalaikan kita.

IKLAN

 

Jodoh itu aturan Allah. Walau adik setia, tunggu si dia pun andai Allah takdirkan dia bukan milik adik, pasti akan berpisah juga. Pesan k. Tikah uruslah rasa cinta itu dengan jalan yang diredhai Allah. Letakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia agar adik tidak kecewa. Selalu k.

 

Tikah tekankan, kita sebagai wanita adalah madrasah yang akan mendidik anak-anak. Lengkapilah dengan ilmu, akhlak, aqidah dan ibadah yang terbaik. Ingat janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Belajarlah menjadi wanita yang baik, in shaa Allah pasti ada yang terbaik menanti adik.

IKLAN

 

Alirkan perasaan itu dengan doa kepada Allah. Hati dia milik Allah, berdoalah kepada Allah. Jangan berdoa untuk miliki dia tetapi berdoalah andai dia yang terbaik untuk adik, ummah adik dan keluarga adik dekatilah dengan jalan yang halal. Andai sebaliknya pimpinlah hati untuk menerima segala takdir yang Allah tetapkan. Gantikan cinta dan rindu itu hanya untuk Allah dan Rasulullah.

Kredit: -siput pink-

Bersederhanalah dalam memberi dan menerima kasih sayang. Letakkan kash sayang itu pada Allah Taala. Bercinta kerana Allah Taala. Pegang satu je… Andai lelaki yang disayangi itu terus meletakkan titik nokhtah dalam percintaan demi untuk meneruskan hubungan yang halal, itulah niat yang baik kerana Allah Taala.

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI