Mengatur majlis kahwin bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan perancangan rapi agar anda tidak terlepas perkara-perkara penting. Biarpun anda bekerja, persiapan majlis kahwin masih perlu difikirkan.
Walaupun mungkin anda telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis kahwin, anda sebenarnya masih perlu membuat beberapa keputusan sendiri agar ia tidak lari daripada apa yang anda inginkan.
Ini ada waktu-waktu yang boleh anda penuhi untuk mencari idea majlis kahwin.
1. Dalam perjalanan ke pejabat
Buat anda menaiki kenderaan awam menuju ke pejabat, daripada anda mengelamun atau tidur, gunakan kesempatan ini untuk membelek majalah berkaitan perkahwinan atau buat senarai semak. Catatkan dalam buku agar anda tidak terlupa, idea bagaimana yang anda inginkan.
Ads
Namun jika anda memandu ke pejabat, gunakan feature voice note pada telefon pintar anda untuk merakam apa jua idea atau inspirasi yang tiba-tiba terfikirkan oleh anda dalam perjalanan. Atau anda juga boleh memuatkan sejumlah playlist lagu dan memikirkan lagu apa yang ingin anda pasangkanuntuk mengiringi ketika anda berjalan di dewan nanti.
2. Ketika makan tengah hari
Ketika makan tengah hari dan sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, anda boleh mencari idea dan inspirasi gaun pengantin, bunga tangan, gaya rambut serta mencari vendor melalui internet dan sosial media. Maah ketika ini juga anda boleh mencatatkan senarai yang harus diselesaikan, mencari senarai vendor perkahwinan atau membuat panggilan singkat kepada vendor.
3. Ketika melakukan senaman
Sebelum ke gim, cetak beberapa upacara atau idea ucapan. Ini akan memudahkan anda untuk membacanya semula ketika anda sedang mengayuh basikal senaman. Malah ketika itu juga anda boleh gunakan masa untuk menyemak senarai yang anda perlu lakukan, perkara yang anda sudah selesaikan atau mencatat maklumat yang perlu anda lakukan selepas ini.
Ads
4. Ketika menunggu waktu makan malam
Mungkin saat anda sedang menunggu ketuhar untuk memanaskan makanan atau sedang menunggu kawan serumah pulang dari membeli makanan yang anda pesan, gunakan masa di antara kerja prep dan waktu makan untuk online. Pastikan yang setiap masa anda amat berharga.
5. Di hujung minggu atau ketika masa terluang
Ads
Jika anda sekadar untuk menghantarkan sesuatu atau melihat rekaan kad undangan, buatlah temu janji dengan vendor pada hari terluang atau hari minggu. Anda pasti ingin mengunjungi setiap vendor bersama pasangan. Paling penting, pada waktu terluang ini anda dan pasangan boleh berbincang dengan vendor lebih lama untuk idea-dea yang lebih segar.
6. Selepas balik dari pejabat
Lakukan semua aktiviti yang melibatkan kreativiti seperti cenderahati tetamu ketika anda di rumah setelah pulang dari pejabat.
7. Pada waktu terluang
Dengan cara bagaimanapun anda menyusun playlist, daftar tamu dan daftar apa pun, baik dicatatkan di agenda atau secara online dengan menulis catatan di telefon pintaratau komputer riba, pastikan agar daftar tersebut mudah untuk diakses pada bila masa pun dan dari mana pun, sehingga dapat sering diperbaharui.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahagian bawah lengan ataupun ketiak merupakan salah satu bahagian anggota badan yang paling sensitif. Kemungkinan, masih banyak wanita di luar sana yang mempunyai banyak masalah di bahagian tersebut.
Ketiak berwarna gelap dan disertakan dengan bulu-bulu halus pada ketiak boleh menjadi salah satu gangguan yang boleh membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri.
Bagi mendapatkan kaedah rawatan yang terbaik untuk bahagian ketiak adalah mengekalkan bau wangi pada diri sendiri. Menjaga kebersihan badan juga memainkan peranan yang besar untuk kekal yakin dan berani.
1. Ketiak hitam
Rutin biasa bagi menghilangkan bulu ketiak adalah dengan mencukurnya. Apabila sering mencukur, itu mengakibatkan bawah ketiak bertukar kehitaman dan gelap.
Warna gelap itu dipanggil perma-bayangan. Simptom-simptom tersebut akan menyebabkan ketiak menjadi kehitaman akibat dari aktiviti kuman dan juga hormon manusia.
2. Pertumbuhan bulu
Pertumbuhan bulu pada ketiak sudah pasti tidak disedari kehadirannya. Malah selepas dicukur, bulu-bulu halus terasa sangat cepat tumbuh. Apabila melakukan aktiviti lasak, kadangkala ia membuatkan kita menjadi tidak yakin dan selesa.
Bulu ketiak cenderung tumbuh dalam jenis kerinting. Bagi merawatnya, anda boleh lakukan skrub sebanyak 3 kali seminggu. Gosok dengan perlahan dan lembut supaya tekstur ketiak tidak mudah terhakis dan cedera. Paling berkesan adalah dengan menggunakan lidah buaya.
3. Kaedah laser
Sekiranya anda ragu-ragu untuk menggunakan jenama prosuk kecantikan secara semulajadi, anda boleh saja menggunakan kaedah laser yang berteknologi tinggi. Menurut FDA, bulu-bulu halus pada permukaan ketiak juga boleh ditanggalkan menggunakan laser ataupun bahan elektrolisis. Penggunaan laser juga mampu mengurangkan bulu halus pada ketiak.
Terdapat banyak cara sebenarnya untuk menghilangkan bulu ketiak dan pada masa yang sama melicinkan kulit ketiak anda. Namun anda tidak boleh sebarangan memakai produk kebersihan kerana takut mempunyai kesan sampingan.
Sebaiknya anda berjumpa dengan pakar kulit bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut. Sekian petikan dari CiriCara.com.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gambar perkahwinan merupakan memori yang akan dikenang oleh setiap pasangan pengantin. Momen yang dirakamkan oleh jurufoto pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidup anda.
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, anda haruslah memilih jurufoto yang berpengalaman dalam bidang ini. Perhatikan juga reviu-reviu daripada mereka yang pernah menggunakan khidmat mereka.
Selain itu, anda juga perlu belajar untuk ‘pose’ supaya gambar anda nampak ‘hidup’ dan tidak kaku. Gambar yang kaku tidak boleh diubah meski sehebat mana pun jurufoto anda.
Jadi sebelum kahwin, belajarlah beberapa ‘pose’ jika anda mahu dapatkan gambar perkahwinan yang cantik. Tip ‘wedding pose’ ini telah dikongsi oleh seorang jurufoto menerusi akaun Twitter miliknya, @hafizaquafiz.
*******************************************
WEDDING TIPS: POSE
Aku nak kongsi few wedding pose yg korang boleh cuba as a photographer/pengantin
1. The Stacked Pose
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Groom stand behind bride or vice versa, give them too look into distance or toward each other. Capture their romantic interactions, their joy & emotions!
For this pose, other than shoot straight from forward direction, korang boleh pelbagaikan angle shoot untuk jadikan shoot tu lebih menarik dan best. I love to separate them apart & join their hand. Supaya aku dapat fokus juga dekat diorang punya reactions.
3. The Walk/Love Run
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Have them walking slowly toward us (photographer). Have them to talk to each other & focus on capturing candid and natural expression.
Pelbagaikan kompo, be creative!
4. Intimate Pose
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
No gap between body. Ask them to look to the eyes, feel the love gitew! Position their hand accordingly, direct where should their body face to. Pose yang ni kena santai, lagi santai lagi love!
5. Minimalist
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
This is my personal favourite composition in wedding photography. Walaupun sesetengah orang tak dapat terima awat pengantin kecil sangat dalam gambaq.
For this compo, u need to be detail, so that we get the frame & compo that we want. Framingkan ikut kreativiti anda.
6. From Behind
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Ask them to hold their hand, face facing each other atau seorang sahaja yang pandang muka pasangan. Or both look forward, up to you! Be creative okay!
7. Layering
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
You can either position bride to the front or vice versa to create some layer between them. Jarak diorang berdiri up to u. Want some deep pose, ask them to shut of their eyes, held head bit up, there u go.
For moment, just shout “happyyyyyyy lagi guys!”
8. Funny Face
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
You need to get them to trust & comfortably comfort with u first before doing this.
Tips: Layan pengantin seperti kawan/keluarga, be good & do good with them.
Wujud ke jamu selepas bersalin yang bagus? Kita selalu dengar perihal penggunaan jamu selepas bersalin. Namun, adakah ia mampu memberikan kesan fisiologikal yang baik bagi mereka yang sedang dalam tempoh berpantang? Baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selamat ke guna jamu?
Sukar untuk kita katakan adakah penggunaan jamu dapat memberikan kesan positif kepada wanita berpantang. Ini berikutan ia mengambil masa yang agak lama berbanding dengan ubat terkawal untuk menunjukkan sebarang kesan (sekiranya ada). Penggunaan barang-barang terlarang di dalam jamu merupakan tindakan yang dianggap terdesak bagi segelintir penjual untuk meyakinkan pembeli akan keberkesanan jamu.
Penjual bukan sahaja bakal terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang malah pembeli juga berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang kadang kalanya boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati. Hal ini semakin lama semakin berleluasa berikutan sikap pembeli yang menginginkan ubat idaman yang mampu memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat.
Sebagai pengguna, sudah semestinya anda ingin menggunakan produk jamu selepas bersalin yang bagus. Pihak penjual menjadi semakin rakus dalam menyaingi penjual yang lain bagi memastikan produk mereka laris di pasaran. Ini menimbulkan pelbagai jenis permasalahan seperti:
Pemalsuan sijil pendaftaran produk
Penjualan produk yang tidak berdaftar
Menggunakan pernyataan keterlaluan dalam mempromosikan produk jualan
Pemberian maklumat palsu kepada pembeli berkaitan dengan pembekal produk tersebut
Menyiarkan testimoni palsu daripada pelanggan yang tidak wujud
Kini, terdapat pelbagai jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengguna yang mengesan kewujudan produk-produk seperti ini. Nombor pendaftaran produk yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh disemak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Namun, usaha bagi membanteras penjualan produk yang tidak disahkan oleh KKM atau penggunaan bahan terlarang adalah bergantung kepada pengguna.
Kesan sampingan penggunaan jamu
Walaupun ada sebahagian produk jamu itu telah diluluskan oleh KKM, ia tidak bermakna keberkesanan produk tersebut telah terbukti. Memang penjual produk akan memberitahu anda bahawa mereka menjual produk jamu selepas bersalin yang bagus disertakan dengan nombor pendaftaran KKM. Namun, berbanding dengan kategori ubat lain seperti ubat terkawal, ubat tanpa preskripsi dan suplemen kesihatan, keberkesanan ubat tradisional seperti jamu dan majun tidak terjamin.
Pendaftarannya bertujuan bagi memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut seperti:
Ubat tahan sakit
Ubat steroid
Ubat kencing manis
Penggunaan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
Masalah gastrik
Pendarahan di dalam perut kesan daripada penggunaan ubat seperti ubat anti-inflammatori bukan steroid dalam jangka masa yang lama
Kerosakan organ buah pinggang
Sindrom Steven-Johnson
Kabur penglihatan
Sindrom Cushing
Lebam pada badan
Hipertensi
Kebengkakan
Peningkatan selera makan dan berat badan
Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan ubat yang digunakan di dalam jamu itu berasal daripada senarai ubat yang telah diluluskan oleh KKM? Ini berikutan dos yang digunakan oleh sesetengah pengeluar berbeza. Ada juga bahan lain yang boleh memberikan interaksi kimia jika dicampurkan dengan bahan aktif yang digunakan untuk membuat ubat terkawal atau ubat tanpa preskripsi, sekali gus menyebabkan kesan negatif kepada pengguna.
Anda mungkin melayari pelbagai jenis laman web bagi mencari produk jamu selepas bersalin yang bagus. Namun, jika keselamatannya tidak dijamin oleh KKM melalui pendaftaran produk tersebut, anda mungkin berisiko untuk mengalami kesan sampingan serius melibatkan organ dalaman.
Undang-undang di Malaysia berkaitan dengan penjualan produk jamu
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Jualan Dadah 1952 merupakan undang-undang berkaitan produk farmaseutikal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Ia bagi memastikan penjualan produk yang tidak dikeluarkan oleh KKM didaftarkan dan diperiksa terlebih dahulu dalam aspek keselamatan dan kualiti bahan. Menurut laman sesawang KKM, jika dilaporkan oleh pengguna, penjual boleh disabitkan kesalahan seperti berikut:
Bagi produk tidak berdaftar atau mempunyai bahan larangan, penjual boleh didenda RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jumlah denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali
Pemilik syarikat pengeluar produk boleh didenda RM50,000 pada kesalahan pertama dan RM100,000 pada kesalahan berikut
Bukan pengguna sahaja perlu memeriksa kualiti bahan ubat serta memastikan ia tidak mempunyai unsur-unsur ubat terlarang, agen penjual juga perlu memahami dan mengetahui maklumat tersebut. Ia bagi mengelakkan dakwaan terhadap diri anda sebagai agen yang menjual produk tersebut.
Perlu ke pakai produk tradisional selepas bersalin?
Kebanyakan rakyat di negara membangun lebih cenderung untuk memilih perubatan tradisional berbanding dengan perubatan moden dalam mengubati sesuatu keadaan kesihatan. Pada sidang konferens “Strategi Perubatan Tradisional”, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan hampir 60% daripada populasi penduduk di seluruh dunia bergantung kepada perubatan tradisional.
Jumlah tersebut didominasi oleh penduduk di negara Afrika yang kebanyakannya bergantung kepada perubatan alternatif dalam kehidupan seharian. Produk tradisional seperti majun dan jamu kebiasaannya digunakan untuk kelihatan lebih muda dan meningkatkan keaktifan tubuh badan. Perkara tersebut sebenarnya boleh dicapai dengan mudah jika anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, aktif bersukan/ bersenam dan tidur pada kadar 7 hingga 8 jam sehari.
Berikut merupakan langkah yang boleh diambil bagi memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum selepas melahirkan anak:
Tidur sewaktu bayi anda tidur. Untuk memastikan badan anda mendapatkan rehat yang cukup, anda perlu tidur pada kadar 7 hingga 8 jam sehari. Namun, bayi kebiasaannya tidur selama 10.5 ke 18 jam dengan waktu berjaga di antara 2 ke 3 jam. Ada juga bayi yang terbangun setiap 3 jam sekali apabila kelaparan. Maka adalah penting untuk anda menyesuaikan diri dan tidur bersama bayi yang sedang tidur.
Ambil makanan berkhasiat. Usah terpedaya dengan ubat tradisional yang ‘boleh’ memberi kebaikan dan khasiat pemakanan selepas bersalin. Ada ke jamu selepas bersalin yang bagus untuk dipakai? Mungkin ada, namun dengan pengamalan gaya pemakanan seimbang, anda tidak perlu menghabiskan duit membeli produk jamu untuk kekal sihat. Ambil makanan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui konsep pinggan suku-suku separuh. Elakkan daripada mengambil makanan ringan dan jika lapar, makan buah atau kekacang sebagai snek dalam kuantiti yang sederhana.
Melakukan senaman. Jika tidak pasti, rujuk doktor anda. Senaman ringan seperti berjalan, berbasikal dan berjoging kebiasaannya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada wanita selepas bersalin. Selain daripada menurunkan risiko untuk mendapat kemurungan postpartum, anda boleh menikmati pemandangan di luar, menghirup udara segar dan menurunkan tahap tekanan emosi akibat terlalu lama berkurung di dalam rumah.
Konklusi
Masih tercari-cari akan jamu selepas bersalin yang bagus? Jika anda ingin mencuba produk jamu yang ada terjual di pasaran, pastikan anda memeriksa status pendaftarannya dengan KKM terlebih dahulu sebelum membeli. Jika anda masih keliru, rujuk kepada doktor. Secara amnya, anda tidak memerlukan produk tersebut untuk kekal sihat. Amalkan gaya pemakanan seimbang, bersenam dengan kerap dan dapatkan tidur yang cukup. Anda akan kembali bertenaga selepas bersalin.
sumber : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/kesihatan-wanita/jamu-selepas-bersalin/