Kita mungkin tiada pengalaman bila masuk bab nak mohon nikah ni, melalui pengalaman saudara-mara dan kawan-kawan bercerita sahaja kebanyakannya. Oleh itu, ini soalan dan jawapan yang berkaitan dengan permohonan nikah.
1: Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
J: Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2: Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
J : Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3: Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
J : Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia.Asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4: Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
J : Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.
5: Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
J : Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.