
Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.
Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketahui Pengertian `Iddah, Apa Yang Perlu Anda Fahami

Isi Kandungan
Toggle‘Iddah bererti tempoh masa tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.
Bagi wanita yang kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung, dan sama ada dalam keadaan haid atau tidak, maka tempoh ‘iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari (4 bulan 10 hari).
Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.
Manakala bagi wanita yang kematian suami dan mengandung, tempoh ‘iddahnya adalah sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur.
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut.
Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir,kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.
Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
d) Tidak perlu berpindah atau tinggal dirumah lain. Namun,sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau
dapat diatasi.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu,sepanjang dalam tempoh tersebut,mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.
Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang.
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata.
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian.
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untuk Tambah Tenaga, Terbaik Buat Pengantin Baru

Bukan mudah untuk terus kekal cergas sepanjang hari. Kadangkala badan kita masih sahaja keletihan dan kelesuan walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat. Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan kita sudah melakukan senaman dan tidur dengan cukup? Hal ini mungkin kerana tubuh kita masih kurang vitamin untuk terus memberikan tenaga.
Seorang pengguna Facebook Suhaili Baharudin telah berkongsi resipi untuk membuat ‘energy booster’ dengan cara yang mudah, selamat dengan hanya menggunakan kos yang rendah. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti limau kasturi anda kini boleh mendapatkan vitamin C yang diperlukan tubuh.
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tubuh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
Sumber: Facebook | Suhaili Baharudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Dapat Restu Dalam Hubungan Jadi Alasan Nikah di Siam

Isi Kandungan
ToggleRamai pasangan yang tak dapat restu dalam hubungan akhirnya memilih untuk bernikah di selatan Thailand.
Namun, kebanyakan mereka berdepan masalah apabila pernikahan itu tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Tak Dapat Restu Dalam Hubungan
Di TikTok, tular kisah pasangan tempatan yang berdepan masalah gara-gara gagal mendaftarkan pernikahan selepas 28 tahun mereka disatukan. Sepatutnya mereka yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan pernikahan selepas kembali ke Malaysia.
“Bahananya nikah Siam tak daftar. Nangis tak berlagu. Lepas 28 tahun baru rasa nak daftar di Malaysia.
“Tu pun sebab anak nak nikah. Sekali proses, nikah tak sah. Sijil nikah pun palsu.
Sebab tu penting daftar nikah di Malaysia selepas nikah di Thailand” demikian tulisan di akaun TikTok itu.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah mereka yang pernah berkahwin di selatan Thai.
“Saya tak bangga bercerita kisah ini. Cuma nak tolong mereka yang pilih jalan salah macam saya.”
Tak Boleh Tuntut Wang Selepas Kematian Suami
Menurut seorang lagi wanita, dia dan suaminya tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Kedegilan itu akhirnya membawa padah apabila wanita itu berdepan kesukaran untuk membuat tuntutan wang selepas kematian suami.
“Saya salah seorang yang kahwin di Narathiwat. Kahwin sampai 15 tahun, tak pernah daftar di Malaysia. Alhamdulillah, anak semua ada surat beranak.
“Tapi bila arwah suami meninggal, saya tak dapat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah. Saya kena pergi Narathiwat untuk dapatkan surat nikah.
“Saya juga kena ke Songkhla untuk dapatkan pengesahan nikah. Saya pergi uruskan seorang diri. Dalam masa dua minggu, dua kali saya keluar masuk Thailand,” kongsi wanita itu pula.
Selepas pulang ke Malaysia, wanita itu berkata dia sekali lagi perlu menunggu untuk menjalani proses mahkamah sebelum masalahnya dapat diselesaikan.
“Kos saya ke Thailand RM1,200. Kemudian ada denda rayuan. Masa depan hakim, saya mengaku salah dan janji tak akan ulangi lagi.”
Kena Denda Duit
Perkahwinan yang tidak didaftarkan mengikut undang-undang akan membawa masalah di kemudian hari.
“Tuan hakim memang akan marah masa tu. Bising sikit mulutnya. Saya tak bangga bercerita kisah ini. Cuma nak tolong mereka yang pilih jalan salah macam saya.
“Kahwin sana memang mudah, tapi menyesal kemudian hari. Nak uruskan hal ini perlu pakai banyak duit. Tak tahu berapa ribu kena bayar denda. Tiada istilah bangga nikah sana,” jelas wanita itu.
Seorang lagi individu pula berkongsi kisahnya yang terpaksa menunda majlis perkahwinan gara-gara kedua-dua ibu bapanya tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia.
“Masa saya nak nikah dulu macam itu la. Dah siap nak hantar borang kat pejabat agama. Sekali mereka cakap pernikahan ibu ayah tak didaftarkan di Malaysia.
“Kena pergi mahkamah untuk daftarkan. Berbulan-bulan tunda kahwin. Nasib sijil nikah ibu ayah sah, cuma tak daftar di Malaysia,” tulis individu itu.
Jadi sebelum anda membuat keputusan nak kahwin di Siam, elok lah berfikir sebaiknya sebelum datang masalah lebih besar di kemudian hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI