Apabila pergaduhan sering terjadi dalam hubungan rumah tangga, rasa cinta dan sayang kian memudar. Jika tiada cinta lagi di hati, mulalah si dia sering mencari kesalahan untuk mencetuskan perbalahan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh merosakkan rumah tangga yang telah dibina sekian lama. Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya.
Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak. Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.” Pengantin senaraikan amalan-amalan yang patut diamalkan bersama bagi mengeratkan semula hubungan!
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
Ads
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
Ads
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
Ads
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi. Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan :
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis paling bermakna hampir tiba. Segala persiapan telah dilakukan, pastinya bakal pengantin tidak sabar untuk meraikan hari bahagia mereka. Sudah kah anda bersedia? Bagaimana dengan tenaga anda? Sudah kah anda makan? Masih belum? Mengapa? Mesti sebab jaga badan bukan atau tidak selera untuk makan.
Sebenarnya anda tidak perlu begitu. Sebaiknya makan sedikit terlebih dahulu sebelum berlangsungnya majlis anda. Ini kerana ia dapat memberi tenaga kepada anda. Namun, pemakanan sebelum majlis anda juga sangat penting. Ini antara makanan yang sesuai dan memberikan tenaga kepada anda!
Pancake
Untuk setiap pancake, tuangkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali berkarat nonstick dengan minyak zaitun. Biarkan pancake memasak di sisi yang lain sehingga ringan dilihat, kira-kira 1 minit lagi. Teratas dengan pusaran sirap maple atau minyak zaitun. Hidangan 2 hingga 3.
Oats
Apa sarapan pagi yang sesuai sebelum anda memulakan majlis? Cuba oatmeal kerana ia adalah hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Jadi tidaklah memakan masa anda.
Telur rebus
Telur yang direbus mempunyai sumber protein yang hebat. Mereka tidak dimasak dengan apa-apa lemak tambahan yang boleh mengganggu perut anda atau membuat anda berasa kembung. Kaedah memasaknya juga sangat mudah. Anda juga boleh makan bersama penambah rasa seperti kicap atau lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...