
Dah kawin, buat cara dah kawin!
Pada orang lelaki, kehidupan bujang dan kehidupan dah berkahwin tak sama…takkan sama…kalau masih sama, must be something wrong somewhere…
Masa bujang, kita tak terikat dengan sesiapa dan apa-apa tanggungjawab…nak keluar pukul berapa…nak balik pukul berapa…nak keluar dengan siapa… nak keluar pergi mana…
Bebas…nak balik, balik…tak nak balik pun, tak ada masalah…tak ada sapa nak risau.. tak ada sapa nk cari…
Tak ada sapa nak tunggu kat umah…
Tapi bila dh berkahwin, kita dh tak boleh buat mcm tu lagi dh…dah tak boleh suka-suka nak keluar, suka-suka nak balik, suka-suka nak keluar dengan sesiapa, suka-suka nak pergi mana-mana.
DAH TAK BOLEH…
Sebab di rumah ada isteri…di rumah ada anak-anak…dan mereka ini adalah tanggungjawab kita…diamanahkan oleh ibu bapa mereka, dan ALLAH kepada kita…apa yang kita buat, ada orang akan risau, ada orang akan prihatin, ada orang akan tanya dan ada orang akan persoalkan,
Nak keluar pergi mana? Nak keluar dengan sapa? Nak balik pukul berapa? Tak keluar, duduk di rumah, tak boleh ke?
Dia tanya sebab apa? Sebab kita ni suami dia, laki dia, ayah kepada anak2 dia…dia sayang kita, dia tak nak kehilangan kita dan dia tak nak suaminya itu tunjuk contoh yang tak baik kepada anak2nya…
Go Home And Be A Family Man…sekarang masa untuk keluarga, dengan keluarga…
Tinggalkanlah apa yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rumahtangga kita tu…kita dah laluinya dulu, dah pernah pun buat semua tu, jadi dah cukup2 lah…dah merasa dah semua tu…
Dah pernah merempit, dah pernah mengerek awek, dah pernah pergi snooker, dah pernah melalak dalam karaoke, dah pernah tengok wayang tengah malam, dah pernah lepak mamak sampai pagi, dah pernah tak balik rumah…
Dah pernah keluar ke sana sini, ikut suka hati…DAH PERNAH…
Now stop it, fokus kepada kehidupan berumahtangga, ini fasa seterusnya dalam hidup kita…Kehidupan bujang tu dh jadi sejarah, fasa tu dah lepas, dah kena tinggalkan…simpan elok2 dan letak dalam bilik stor sebelum kita yang jadi “sejarah” dalam kehidupan pasangan kita…
_____________________
Penulisan Firdaus Shakirin
Jangan Sampai Kita Membenci & Berdendam, Walau Kita Pernah Disakiti & Dikhianati

Siapapun orangnya pasti akan merasa sangat sakit hati, ketika tahu bahwa dirinya telah disakiti dan dikhianati.
Akan tetapi perbanyaklah introspeksi diri dan kembalikan semua yang terjadi kepada yang maha mengatur kehidupan ini.
Lantas pasrahkan saja kepada Allah tentang ketidak adilan yang kita alami, jangan kotori hati dengan membenci, meski benar kita telah tersakiti dan dikhianati.
Meski Dulu Kita Pernah Diperlakukan Tidak Adil, Jangan Kotori Hati Dengan Rasa Dengki
Oleh karena itu, meski benar dulu kita pernah diperlakukan dengan tidak adil, lantas jangan kotori hati kita dengan rasa dengki.
Sudahlah jangan protes, sebab semuanya telah Allah gariskan menjadi takdir kita, dan bagaimanapun hal yang menyiksa hati kita pasti akan berakhir pada titik temu yang namanya “kebaikan”.
Bila Orang Lain Bersalah Kepada Kita Maka Masalahnya Dengan Allah, Bukan Dengan Kita
Jangan biarkan hati ingin membalas perbuatan dia yang telah menyakiti atau mengkhianati kita, maka lunakkan hati untuk tetap tenang dalam kesabaran.
Dan ingatlah dengan bijak, bila orang lain bersalah kepada kita sebenarnya dia sedang berurusan dengan Allah, karena Allah tidak akan pernah membiarkan kita disakiti oleh yang dzalim.
Cukup Pasrahkan Kepada Allah Dzat Yang Maha Mengadili, Jangan Gegabah Untuk Membalas Dengan Hal Yang Sama
Lantas jangan biarkan hati kita kotor dengan rencana-rencana buruk untuk membalas perbuatan dia yang berlaku tidak baik, karena kini kesalahannya tengah menjadi urusan Allah.
Intinya, cukup pasrahkan apa yang sedang menimpa kita kepada Allah dzat yang maha mengadili, dan jangan gegabah untuk membalas dengan hal yang sama.
Perbuatannya Pasti Akan Kembali Kepadanya dan Biarkan Yang Menyakiti Bertemu Dengan Karmanya Sendiri
Maka biarkan yang menyakiti bertemu dengan karmanya sendiri, jika tidak sekarang maka suatu saat nanti, karena perbuatannya pasti akan kembali kepadanya dan selalu ingatlah bahwa Allah maha adil.
Agar Sampai Kapanpun Tidak Pernah Timbul Penyakit Hati, Tugas Kita Hanya Menjaga Hati
Jadi, jangan biarkan hati kita mengkeruh dengan penyakit hati, dan jangan biarkan hati kita kotor dengan kebencian dan dendam, karena tugas kita saat ini hanya menjaga hati.
Oleh karena itu cukup dia yang menyakiti yang mendapat balasan dari Allah berupa hukuman dari perbuatan buruknya, dan kita yang disakiti berusahalah untuk bersabar dan ikhlas, agar Allah semakin menambahkan kita kebaikan.
Berani Bertemu ibu bapa si dia adalah gambaran anda serius menjalinkan hubungan dengan keluarganya

Restu daripada ibu bapa adalah sesuatu yang harus diperolehi terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, kadang-kala untuk menuju ke fasa yang seterusnya ia mungkin sukar bagi sesetengah pihak. Ini kerana ianya dihalang oleh keluarga terutamanya daripada ibu dan bapa bakal pasangan.
1. Cari Punca
Perkara pertama yang anda dan bakal pasangan anda perlu lakukan adalah mencari punca kenapa ibu bapa bakal pasangan tidak suka kepada anda. Adakah kerana anda pernah menyinggung perasaan bakal mertua atau ada hal lain yang membuatkan mereka tidak suka kepada anda? Ini adalah sesuatu yang perlu disemak bagi mengetahui perkara akar umbi yang membuatkan masalah ini berlaku.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa yang sebenarnya bukan tidak suka kepada peribadi atau fizikal anda. Cuma mereka mungkin risau dari segi kemampuan anda terutama bagi lelaki untuk menyara anak perempuan mereka. Jadi jika ini adalah puncanya, maka si lelaki mesti memainkan peranan bagi meyakinkan bakal mertuanya dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.
Oleh sebab itu, mencari punca adalah perkara yang sangat penting bagi merancang tindakan yang bakal diambil nanti.

2. Perbaiki Tingkah Laku
Tip kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbaiki tingkah laku terutama ketika berhadapan dengan bakal mertua. Benar akhlak adalah sesuatu yang spontan dan tidak boleh dilakonkan. Namun begitu, akhlak sebenarnya boleh dibaiki. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang tidak baik dan nakal boleh menjadi baik. Ia adalah perubahan ke arah kebaikan yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Rad : Ayat 11)
Orang tua biasanya akan tertarik kepada perlakuan sopan-santun dan sikap ramah-mesra. Apabila akhlak dan tingkah laku anda menjadi baik, maka ia mungkin dapat menarik minat dan perhatian bakal mertua anda untuk menjadikan anda sebagai salah seorang menantu pilihannya. Tidak salah mencuba kan?
3. Sering Bertemu Dan Bersua Muka
Berani bertemu dengan ibu bapa si dia akan memberikan gambaran bahawa anda serius untuk menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Jika anda tidak pernah bersua muka dengan ibu bapa bakal pasangan, mereka akan lebih mudah menolak hubungan anda dengan anak mereka. Ini kerana mereka tidak kenal siapa anda.
Namun apabila kerap berjumpa, walau pada awalnya mungkin terdapat halangan atau perasaan tidak suka, semuanya boleh berubah. Jika anda bersabar dan memberi masa, mungkin akan timbul pula keserasian dan kemesraan antara keluarga si dia dengan anda.
4. Beli Hadiah Atau Buah Tangan
Sifat manusia secara kebiasaannya sukakan hadiah ataupun buah tangan. Oleh sebab itu, anda harus mengambil tahu apa kesukaan ibu bapa si dia. Sebagai contoh jika si ibu suka memasak, maka hadiah yang boleh anda beli mungkin berupa peralatan memasak.
Saya berpendapat membeli hadiah atau buah tangan merupakan pendekatan yang paling senang yang boleh anda lakukan bagi mengambil hati mereka. Jangan kedekut.
5. Berbincang Dengan Baik
Perbincangan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘syura’ adalah perkara yang sangat digalakkan dalam Islam ketika berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah. Allah S.W.T. telah menyebut di dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
“…Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : Ayat 159)
Ketika dalam fasa perbincangan ini, ambil kesempatan untuk menanyakan dengan baik-baik berkenaan perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan restu mereka. Pada masa ini juga teknik komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk berhadapan dengan bakal mertua supaya mereka tidak terasa hati dan beremosi.
Pada masa yang sama, si anak juga harus bijak memberikan pendapat dan menyokong bakal pasangan mereka. Perbincangan yang baik dan berkesan, insya-Allah akan memberikan keputusan yang baik untuk semua pihak. Semoga bermanfaat.
Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guna Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!

Bagi pasangan yang baharu berkahwin, anda digalakkan untuk memujuk pasangan agar ia menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga. Bila pasangan merajuk mesti ada sebab yang tidak kena.
Memujuk memerlukan kemahiran tertentu. Adakalanya pelbagai cara memujuk pasangan tetapi anda masih gagal memujuk sehingga menyebabkan rajuk pasangan berpanjangan.
Jangan pening, jika pasangan merajuk apa kata anda cuba ikut cara psikologi ini. Gerenti pasangan cair!
LANGKAH 1. Tuning in atau kenal pasti emosi pasangan
Terlebih dahulu, sebelum melakukan apa-apa tindakan, kenal pasti dahulu emosi pasangan anda ketika itu dengan ‘tune in’. Saya berikan analogi mudah. Ingat tak kita pada radio lama?
Radio zaman atuk atau ayah kita? Radio lama terpaksa di ‘tune’ secara manual untuk membolehkan kita menjumpai frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita.
Puas kita memusingkan tombolnya agar frekuensi betul-betul bersesuaian dan membolehkan siaran yang dimahukan kedengaran jelas.
Begitulah juga dengan cara menangani pasangan kita. Kita cuba untuk ‘tune in’ dengan frekuensi pasangan kita.
Kenal pasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat pada matanya dan bertanya padanya secara lembut, “Adakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?”
LANGKAH 2. Berhubung dengan menerima dan mendengar
Cuba selami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Lebih elok sekiranya anda memeluknya dan mendengar apa sahaja luahan hatinya.
Dalam pergaduhan, selalunya isteri kerap menangis. Sambil memeluknya, katakan kepadanya, “Tidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah”. Cuba mendengar dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak bersetuju.
Simpan dahulu apa yang ingin anda katakan. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
LANGKAH 3. Reflek
Tunjukkan empati anda. Pastikan si dia mengetahui yang anda sangat memahami perasaannya. Kemudian, minta maaf dengan pasangan anda. Sekiranya anda seorang isteri, cium tangan suami anda.
Bagi suami pula, cium dahi isteri anda. Sebaik sahaja pasangan anda sudah bertenang, bolehlah anda menjelaskan sebab sebenar apa jua tindakan anda.
Mengapa anda memilih warna hitam berbanding warna krim untuk sofa baharu anda? Mengapa anda terlupa memasukkan baju dalam bakul kain kotor pagi tadi? Mengapa anda terlupa membasuh pinggan pagi tadi? Mengapa anda pulang lewat dari tempat kerja hari ini? Aatau apa sahaja.
Terangkan dengan lembut dan tenang agar tidak mewujudkan pergaduhan baharu pula. Sekiranya pasangan tidak menyukai dengan beberapa perangai anda, tekadkan keazaman untuk berubah. Sekali sekala, cuba berjenaka dengan pasangan.
LANGKAH 4. Memujuk
Kebanyakan daripada kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya pasangan cool down baharu anda nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di hatinya.
Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.
Jadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?
1) Puji pasangan
Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.
Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.
2) Beri hadiah
Hadiah merupakan antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya yang anda sangat menyayanginya.
3) Mengajaknya melakukan apa yang pasangan suka
Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai.
Semestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit.
4) Beri kejutan
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya bercuti ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabatnya atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan.
5) Mengucap kata-kata indah
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu di awal perkenalan ketika anda ingin memperisterikannya dahulu, tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk pasangan.
6) Bergurau senda
Cuba buat pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan anda ketawa. Buat lawak, menggeleteknya secara manja ataupun buat gaya yang kelakar.
7) Sentiasa berdoa
Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumah tangga yang ribut. Namun ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumah tangga. Lazimkan diri anda berdua dengan banyakkan menyebut zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.
Kredit top image: Pexels