Bila gaji isteri besar daripada suami pun akan jadi isu, mungkin tak nampak pada mata kasar tetapi diam-diam ada yang melalui masalah ini sampai tercuit bab nafkah.
Tak pelik pun dengan zaman ekonomi sekarang, kebanyakan suami dan isteri perlu bekerja untuk menampung ekonomi keluarga.
Bila Gaji Isteri Besar Daripada Suami, Jangan Sampai Nafkah ‘Kelaut’
Namun akan timbul masalah apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Isteri akan cenderung untuk menanggung keluarga serba serbi hingga suami culas dengan tanggungjawabnya sebagai suami.
Apabila berada dalam situasi sebegini sebenarnya perlu cari penyelesaian yang wajar. Suami isteri kedua-duanya perlu sedar diri dan mainkan peranan masing-masing.
Isteri perlu ingat setinggi mana pangkat di tempat kerja dan sebesar mana pun gaji yang diperolehi, apabila di rumah dia masih seorang isteri.
Begitu juga suami, walaupun bergaji kecil namun tetap perlu memberi nafkah dan pikul tanggungjawab sebagai suami iaitu ketua rumahtangga.
Apa pun pandangan anda, cuba baca nasihat daripada Kaunselor, Puan Normaliza Mahadi ini sebagai panduan.
Saya selalu jumpa pasangan yang isteri mempunyai gaji lebih tinggi daripada suami.
Di sini ada 2 masalah:
Ads
1. Isteri terdorong untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga.
2. Suami rendah diri tak sudah.
Dua-dua ni akan menimbulkan masalah.
Saya bagi cadangan percuma saja di sini;
1. Suami mesti menanggung semua perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung seperti rumah, makanan, pakaian dan lain-lain yang berkaitan.
Hanya begini.
A. Rumah yang suami mampu bayar RM750 sebulan. Tapi isteri fikir dengan pendapatan yang dia ada, patutnya dapat tinggal rumah harga RM2000.
Ads
Tak apa. Suami akan membayar RM750 sebulan dan isteri bayar selebihnya. Isteri kena redhalah. Kalau tak kenalah tinggal rumah yang harganya RM750.
Tak apa jika tak jadi kahwin dari awal. Elok dari dah kahwin asyik bertengkar sebab rumah. Bising, nanti jiran komplain dan anak pun pening.
B. Kemampuan suami beli vacum corvan masa tengah sales. Isteri pula memang kepingin nak beli dyson.
Suami bagi peruntukan yang dia mampu, isteri tambah. Ini contoh kelengkapan rumah.
C. Bab makan
Makanlah seadanya mengikut kemampuan suami. Jika kekurangan, isteri boleh tambah sebagai sedekah kepada keluarga.
Ads
D. Pakaian
Suami boleh bagi isteri budget ikut gajinya, isteri pula tambah ikut jenama handbagnya.
Suami pulak janganlah sikit-sikit:
Yelah… abang ni tak sekolah tinggi. Abang sedar diri abang ni siapa. Mentanglah abang ni tak mampu. Abang tahu abang ni melukut tepi gantang.
Hari tu kedua pihak dah setuju nak kahwin. Dari dating dah tahu bakal isteri pakai kasut Prada dan bakal suami pakai Bata!
Jadi carilah penyelesaian yang siuman.
Masing-masing kena sedar diri.
Ada gaji besar masih pangkat isteri.
Ada gaji kecil perlu pikul tanggungjawab suami.
Adakah anda melalui situasi yang sama? Jika ya, pandai-pandai lah ‘mendayung’ kewangan rumahtangga. Jangan sampai hanyut dan akhirnya ‘sampan’ itu pecah. Faham tak?
Semoga Bermanfaat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini 15 kesalahan yang anda perlu jauhkan supaya hari bahagia berjalan tanpa kelam kabut dan masalah.
Khususnya buat persediaan bakal pengantin perempuan, tanpa anda sedar sebenarnya banyak kesalahan yang anda mungkin ‘terbuat’ gara-gara terlupa dan langsung tak ambil tahu dek kerana banyak sangat persediaan yang perlu dibuat.
Jom, semak satu-persatu.
Jangan Sampai Buat 15 Kesalahan Ini Waktu Naik Naik Pelamin!
1. Tukar jenis skincare dalam tempoh 6 bulan sebelum majlis.
2. Buat facial atau rawatan dekat muka dalam tempoh 3 minggu- 1 bulan sebelum majlis.
3. Tak atur betul-betul jadual vendor perkahwinan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum majlis, bila nak pasang pelamin, make-up MUA dan sebagainya.
4. Inner atau anak tudung tak masuk warna dengan warna selendang atau tudung. Pilihan warna tudung tak sesuai dengan baju (terutama sekali kalau pengantin pakai busana songket).
5. Tak asingkan atau lunaskan bayaran vendor ikut tarikh yang mereka dah tetapkan (atas persetujuan bersama).
6. Tak scrub tangan sebelum berinai. Lebih baik untuk pengantin lakukan scrub tangan & kaki 1 jam – 30minit.
7. Tak sarapan sebelum make-up session. Pastikan makan dahulu baru berhias.
8. Pakai baju T-Shirt semasa berhias atau make-up. Sebaiknya untuk anda pakai baju yang berbutang semasa sesi make-up supaya mudah untuk anda tukar ke persalinan pengantin.
9. Tak cuba terlebih dahulu untuk pakai contact lenses atau kanta lekap buat first timer. Kalau boleh, sebulan sebelum majlis perkahwinan anda kena belajar pakai kanta lekap tersebut.
10. Tak rendam kanta lekap semalaman atau 6 jam sebelum majlis menggunakan lens solution.
11. Banyak buat kerja membasuh. Nanti inai cepat pudar.
12.Tak sediakan tempat untuk sesi make-up yang selesa untuk pengantin dan jurusolek (MUA). Cahaya dan suhu dalam bilik make up tu penting ya.
13.Tak pakai bengkung siap-siap sebelum sesi bersolek.
14.Tak tuam muka dengan ais sebelum sesi bersolek. Yang ni boleh minta tips persediaan daripada MUA masing-masing, supaya kena dengan keadaan kulit.
15. Elakkan kerja yang berat sampai terlalu penat.
Kalau mahukan wajah yang berseri-seri bak bidadari di majlis perkahwinan anda, jangan buat 15 perkara di atas ya. Persediaan awal mesti dilakukan supaya tak ada gosip pengantin tak naik seri!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berseri-seri Raysha Rizrose dalam persalinan busana kahwin Rizman Ruzaini. Sesuai betul pilihan Rizman Ruzaini menjadikan Raysha sebagai muse untuk koleksi Bridal RTW 2022. Walaupun sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan pelumba kereta, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri namun Raysha masih ‘takut’ untuk berumahtangga.
Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose
Menurut Raysha, walaupun ada sedikit tekanan apabila sentiasa ditanya soal perkahwinan namun ia tidaklah mengganggu fikirannya. Hubungan jarak jauh juga tidak menghalang mereka untuk menikmati hidup masing-masing.
“Nak kata dugaan pun tidaklah sangat. Hubungan PJJ kami pun kami take it easy. Nabil pernah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga dan sentiasa bersedia tetapi dia serahkan kepada saya untuk menentukannya. Dia ready je anytime!” ujar Raysha.
Kredit foto: Instagram Nabil Jeffri
Ditanya sama ada dia bersedia untuk berkahwin, ini jawabnya.
“Saya tak pernah rasa ada tekanan bila orang tanya soal kahwin. Saya berpendapat, when its time, then it is. Jadi sekarang ni saya rasa macam the time has come. Saya rasa dah ready pada umur 26 ni saya dah bersedia. Nak-nak bila dipilih untuk jadi muse koleksi baju kahwin Rizman Ruzaini ni lagi saya rasa macam it’s a sign!” tawanya.
Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Bagi warga maya yang mengikuti perkembangan tentang pendakwah ini, tentu sering disajikan dengan momen bahagia rumah tangganya bersama isteri, Hana Ismail di media sosial.
Malah dek kerana kerap berkongsi video-video dengan aksi romantis dan manja membuatkan ramai warga maya yang masih belum berkahwin berasa cemburu dan iri hati.
Baru-baru ini menerusi akaun TikTok, Da’i Syed berkongsi video aksi romantis dan manjanya bersama isteri sehingga menarik perhatian ramai.
Selebriti berusia 27 tahun dan juga pasangannya yang juga personaliti TV Alhijrah dilihat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja mereka selesai dari majlis ilmu.
“Baru balik dari tempat mula pertemuan kami sampai terjatuh cinta,”tulis Da’i Syed berserta tanda pagar ‘Majlis Ilmu’.
Sikap romantis bersama pasangan amat digalakkan dalam rumah tangga agar hubungan bersama pasangan sentiasa hangat. Bukan sahaja di kalangan pengantin baharu, sikap romantis dan manja perlu sentiasa diamalkan termasuklah pasangan yang sudah lama berumah tangga.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami isteri bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri:
*sentiasa masuk tidur bersama.
*makan/minum dalam bekas yang sama. Pendek kata selalu berkongsi makanan.
*jika berjauhan, selalu-selalulah bertanya khabar melalui pesanan whatsapp atau sekali-sekala boleh menelefon pasangan tetapi pastikan jangan menganggu waktu kerja pasangan.
*sentiasa peluk pasangan bila ada kesempatan
*bercakap dengan nada yang lembut dan manja (biasanya boleh dilakukan oleh pihak isteri)