Umum mengetahui pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Bagi warga maya yang mengikuti perkembangan tentang pendakwah ini, tentu sering disajikan dengan momen bahagia rumah tangganya bersama isteri, Hana Ismail di media sosial.
Malah dek kerana kerap berkongsi video-video dengan aksi romantis dan manja membuatkan ramai warga maya yang masih belum berkahwin berasa cemburu dan iri hati.
Baru-baru ini menerusi akaun TikTok, Da’i Syed berkongsi video aksi romantis dan manjanya bersama isteri sehingga menarik perhatian ramai.
Selebriti berusia 27 tahun dan juga pasangannya yang juga personaliti TV Alhijrah dilihat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja mereka selesai dari majlis ilmu.
“Baru balik dari tempat mula pertemuan kami sampai terjatuh cinta,”tulis Da’i Syed berserta tanda pagar ‘Majlis Ilmu’.
Sikap romantis bersama pasangan amat digalakkan dalam rumah tangga agar hubungan bersama pasangan sentiasa hangat. Bukan sahaja di kalangan pengantin baharu, sikap romantis dan manja perlu sentiasa diamalkan termasuklah pasangan yang sudah lama berumah tangga.
Ads
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami isteri bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri:
*sentiasa masuk tidur bersama.
*makan/minum dalam bekas yang sama. Pendek kata selalu berkongsi makanan.
Ads
*jika berjauhan, selalu-selalulah bertanya khabar melalui pesanan whatsapp atau sekali-sekala boleh menelefon pasangan tetapi pastikan jangan menganggu waktu kerja pasangan.
*sentiasa peluk pasangan bila ada kesempatan
*bercakap dengan nada yang lembut dan manja (biasanya boleh dilakukan oleh pihak isteri)
Memang betul, ada yang kahwin sebab nak anak. Namun itu semua kerja Tuhan. Jadi jangan putus asa, apa lagi menunding jari pada pasangan.
Kena banyak bersabar atau anda boleh renungkan seketika nasihat pelakon yang terkenal dengan aksi lagak ngeri Adam Corrie, 55 bagi pasangan suami isteri yang sedang diuji dan berusaha untuk mendapat cahaya mata.
15 tahun usia perkahwinan, 10 tahun tempoh Adam Corrie dan isteri menanti penuh sabar kelahiran cahaya mata pertama mereka, Adam Fateh Lee yang kini telah berusia 5 tahun.
Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Dah usaha pergi jumpa doktor cek suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pon, boleh berubat. Kalau isteri pun ada masalah, pun boleh berubat.
Ini pengalaman saya. Usaha dulu.. Positif..bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ya.
Usaha dahulu, cari jalan sama-sama.. Usaha itu kena sungguh-sungguh, bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa. Ada cepat dan ada yang makan tahun.
Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanya dan gagal.. cuba lagi , gagal juga..
Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi. Minta pertunjuk adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk.
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain. Adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Tepuk dada tanya iman. Kita nak bahagia sekeluarga. Qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah, Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah.
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing. Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan perli-perli orang lain.
Ramai yang melalui situasi ini, bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja. Buat TTC , dah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Harap maklum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Koleksi 20 Doa Terbaik Untuk Suami Yang Elok Dibaca Oleh Isteri
Di sini akan disenaraikan beberapa doa yang bagus untuk amalan seorang isteri. Doa-doa ini elok di baca untuk masalah di atas. Doa ini bagus di baca setiap kali selesai solat fardhu. Doalah dengan sepenuh hati. InshaAllah akan dimakbulkan segalanya.
.
Doa 1
Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2
Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3
Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Doa 4
Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5
Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8
Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
.
Doa 9
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10
Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11
Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 12
Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13
Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalan-MU yang lurus.
Doa 14
Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15
Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16
Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
Doa 17
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami
Doa 18
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Doa 19
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka
Doa 20
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Yakinlah Kerana Doa Itu Adalah Senjata Untuk Orang Mukmin
Itulah 20 koleksi doa terbaik untuk suami yang bagus di baca oleh isteri. Tidak kisahlah apa saja masalah dalam rumahtangga, jangan terlalu cepat berputus asa. Bersabar dan mengadulah tentang segala masalah yang berlaku kepada Allah SWT selalu. Sebagai seorang yang beragama Islam, doa adalah senjata untuk orang mukmin. Berdoalah kepada Allah SWT. Mohonlah pertolonganNya.
Doa untuk suami dari seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai. Ingatlah wahai para isteri, walau apa saja yang terjadi selalulah berdoa kepadaNya Yang Maha Esa tanpa henti. Serahkan segalanya kepadaNya Yang Lebih Mengetahui. Dari jauh ku turut mendoakan semoga rumahtangga kalian sentiasa aman dan bahagia, ameen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...