“Haa, ungkit, ungkit…hbis hilang semua pahala sbb buat tak ikhlas…”

Bila isteri bersuara, maka dengarlah suara isteri itu…

Bagaimanakah lagi caranya utk menjelaskan kpd kita bahawa itu hak seorang isteri? Bagaimanakah lagi caranya utk mengingatkan kita bahawa itu tanggungjawab seorang suami? Bagaimanakah lagi caranya utk menerangkan kpd kita bahawa itu kewajipan yg seorang suami perlu lakukan terhadap seorang isteri…?

Bagaimana lagi utk sampaikan semua ini jika isteri tidak boleh bersuara, bercakap atau sentuh ttg perkara ini…?

Terangkan, jelaskan dan cakap wahai si suami…

Bila isteri bersuara, kita kata dia mengungkit apa yg dia dah buat…bila isteri bersuara, kita kata hilang pahala sbb dia buat tak ikhlas…

Kita mempersoalkan keikhlasan dia…

Kenapa kita tidak mendengar apa yg di suarakan isteri? Kenapa suara itu tidak sampai ke dlm hati kita? Kenapa suara itu tidak masuk ke dlm akal fikiran kita? Kenapa suara itu tidak berjaya menembusi ego kita…?

IKLAN

Kenapa…

“Abg, ini hak saya, hak yg saya sebagai seorang isteri patut dpt dari seorang suami…”

Apa hak2 yg seorang isteri patut dapat?

– Nafkah zahir iaitu tempat tinggal yg selesa, makan minum yg mencukupi, pakaian yg menutup aurat serta ubat-ubatan…
– Nafkah batin yg bukannya sekadar kemahuan seks, tapi hati dan perasaan utk difahami dan dihargai oleh seorang suami…
– Perlindungan dan bimbingan dari seorang suami…
– Layanan baik dari seorang suami…

IKLAN

Ada isteri, yg bertahun2 menggalas tanggungjawab yg sepatutnya digalas seorang suami…bila buka ja mulut, dituduh mengungkit, tak bersyukur, tak ikhlas dan sebagainya…

Sedangkan dia bersuara utk MENYATAKAN bahawa apa yg dibuatnya bertahun2 itu SEPATUTNYA dibuat oleh SUAMI…apa yg dibayarnya bertahun2 itu SEPATUTNYA dibayar oleh SUAMI…apa yg ditanggungnya bertahun2 itu SEPATUTNYA ditanggung oleh SUAMI…

Dah TERLALU LAMA dia mengambil alih tugas seorang suami…dah TERLALU BERAT dia menggalas tugas seorang suami…dah TERLALU SAKIT dia menanggung tugas seorang suami…

IKLAN

Dan suaminya DAH TERLALU SELESA dgn cara sebegitu sehingga DAH LUPA apa sebenarnya tanggungjawab, kewajipan, tugas dan fungsi seorang suami terhadap seorang isteri…

Ketahuilah, bila sampai kepada pendengaran kita akan hal ini, maka apa yg isteri cuba sampaikan ialah dia ingin kita KEMBALI menggalas tugas seorang suami…dia ingin kita KEMBALI melakukan kewajipan seorang suami…dia ingin kita KEMBALI menunaikan hak seorang isteri…

Dia ingin kita kembali menjadi seorang suami yg bertanggungjawab…

Bukan mengungkit, bukan tak ikhlas, bukan nak pahala itu hilang…tp dia dah terlalu lama buat apa yg sepatutnya org lain buat dan dia nak ORANG ITU sedar selagi masih BELUM TERLAMBAT…

Dengarlah suaranya kerana dlm rumahtangga, isteri juga ada HAK UNTUK BERSUARA…

Kredit : Facebook Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI