Ada orang kata, perempuan sebelum kahwin bukan main bergaya tapi lepas kahwin terus hilang seri. Betul ke? tapi kenapa salahkan perempuan kalau suami sendiri tak mainkan peranan. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi Bila isteri tak cantik lepas kahwin, masa ni suami kena mainkan peranan.
Bila Isteri Tidak Cantik Selepas Kahwin ****************************************
“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.
“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”
Itu antara soalan biasa saya dengar perbualan dengan rakan-rakan.
.
Ads
Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.
Setiap suami pasti mahu sentiasa melihat isterinya nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.
Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.
Ads
Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.
Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon-hon bini suh cepat sikit?
Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Antaranya;
1. Bawalah dia pergi beli pakaian baru atau alat make up yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.
2. Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?
3. Sentisa puji dan bagi sokongan pada isteri. Contohnya, “Isteri abang ni cantik. Sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Kalau sayang pakai lipstick sikit, mesti lagi cantik.” Mesti isteri kau suka dan dia akan buat seperti apa yang kau cakap.
4. Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati.
Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Ili ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.
***
Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.
Ads
Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.
Point saya di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik. Kos dia pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk bini kau untuk bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.
Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain. Kah!
Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta, ingin menamatkan zaman percintaan dengan perkahwinan.
Namun, ada juga yang baru kenal tidak sampai sebulan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Bahkan ada juga yang bertemu jodoh atas kehendak keluarga.
Di saat sang kumbang berkata-kata untuk melamar si bunga, pasti saat itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Ianya sentiasa berdua. Namun ada juga si lelaki yang takut untuk melamar gadis pujaan hatinya. Alasan mereka, takut ditolak. Pepatah orang tua mengatakan belum cuba belum tahu.
Jom ikuti beberapa tip mudah melamar pasangan anda.
1. BUNGA
Bunga memang sinonim dengan pasangan bercinta. Lebih-lebih lagi mawar merah yang melambangkan kehangatan cinta dan kasih sayang.
Namun, ada juga wanita yang tidak menyukai mawar. Cara terbaik, belilah bunga kegemarannya. Selitkan sekeping kad berbentuk hati yang bertulis “sudikah kau jadi suriku?” Selepas itu lihat reaksinya. Kalau dia kelihatan teruja, teruskan melamar dengan kata-kata.Pasti dia akan sudi dengan lamaran anda itu.
2. MAKAN MALAM ROMANTIS
Sebelum anda melamar, cuba pilih satu tempat atau lokasi paling romantis untuk anda berdua. Pilih meja yang sedikit jauh dari orang ramai supaya anda berdua selesa. Pastikan anda menempah terlebih dahulu menu kegemarannya supaya anda berdua tidak tertunggu-tunggu makanan terhidang di meja.
Ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan debaran di dada. Di kala alunan muzik perlahan dimainkan, disertai cahaya lilin dengan suasana romantis, teruskan dengan kata-kata anda untuk melamar pasangan anda.
3. JUMPA ‘BAKAL’ MERTUA
Perkara yang paling penting yang harus ada dalam diri seseorang lelaki adalah keberanian dan kesungguhan. Tunjukkan kesungguhan anda dengan berjumpa keluarga pasangan anda. Cuba ambil hati kedua ibu bapanya.
Katakan anda ingin mengambil anak mereka menjadi suri dalam hidup anda. Pasti keluarganya yakin untuk menyerahkan anaknya kepada anda. Jangan lupa! Jaga adab dan percakapan anda.
4. JADI KREATIF
Antara perkara yang paling disukai wanita ialah apabila pasangannya kreatif dalm proses pelamarannya. Sebagai contoh, ketika anda keluar berjalan-jalan dengan pasangan anda, hadiahkan sebiji belon padanya.
Mungkin kedengaran agak kebudak-budakan, namun apabila dia melihat ada sebentuk cincin diikat pada tali belon tersebut, pasti beliau tersenyum bahagia.
Beri kejutan dengan meletakkan beberapa jambak bunga di dalam but kereta anda. Pura-pura ingin mengambil sesuatu dan minta si dia mengambilkannya. Jika anda tidak mahu menggunakan cara seperti ini, anda juga boleh menggunakan cara lain mengikut kreativiti anda.
5. JADI DIRI SENDIRI
Cubalah jadi diri sendiri semasa melamar pasangan anda. Buktikan dengan diri anda sendiri anda mampu menjaga pasangan anda sebaik mungkin. Dari senyuman anda, cara pergerakan dan cara menuturkan kata-kata, cubalah jadi seperti biasa. Ingat! Sekiranya anda menjadi orang lain, pasti kelihatan lebih buruk dimatanya. Jujur dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Anda pasti boleh lakukannya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai lelaki diluar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang lebih rendah.
1. Tetap comel
Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.
2. Mudah nak pilih pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).
3. Kekal dengan pasangan
Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.
4. Jimat masa
Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?
5. Boleh pakai kasut tumit tinggi
Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.
6. Senang nak dukung
Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.
7. Sangat ‘awesome’ untuk dipeluk
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.
8. Selera besar
Rata-rata wanita kecil ni tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
Dalam zaman kita sekarang, pemilikan rumah adalah terlalu sukar kerana harga rumah yang semakin meningkat dan perbelanjaan keperluan harian yang setiap bulan juga semakin bertambah. Tidak semua orang berpeluang untuk belajar ilmu kewangan yang boleh membantu mereka memiliki rumah sendiri dari awal.
Mungkin ada yang rasa sudah terlewat untuk memiliki rumah sendiri dan kekal menyewa rumah sehingga sekarang. Namun janganlah putus asa kerana setiap keperluan duniawi kita ini jika diizinkan Allah kita akan memiliki rumah sendiri juga suatu hari nanti.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.
.
DOA MEMOHON AGAR DIPERCEPATKAN UNTUK MEMILIKI RUMAH:
اللهم رب البيت
أسألك بجاه أهل البيت
أن تيسر لي خير بيت
حتى لا نقول يا ليت
ALLAHHUMMA ROBBAL BAIT. AS ALUKA BIJAHI AHLIL BAIT. AN TUYASSIRO LI KHOIRO BAIT. HATTA LA NAQUL YA LAIT.
Maksudnya :
Ya allah engkau pemilik baitullah, Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah, Agar engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah,
Insya Allah dengan izinNYA tidak sampai setahun kita akan diberi rezeki rumah. Dan jangan lupa biasakan diri memberi sedekah untuk anak yatim minima memberinya sekadar yang mampu dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!