Lelaki jangan terkejut dan melenting tak tentu pasal jika wanita atau isteri anda mengalami perubahan emosi yang mendadak daripada periang kepada seorang yang tidak sabar secara tiba-tiba. Hakikatnya bukan menjadi seorang wanita dalam melalui setiap fasa kehidupan mereka. Bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua banyak perubahan fisiologi dan biologi yang dilalui oleh mereka.

Ketidakseimbangan hormon khususnya menyebabkan perubahan kepada wanita termasuk tingkah laku atau emosi yang menjadikan mereka mudah sensitif, tertekan, marah atau murung. Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang mendadak. Oleh itu, para suami dan lelaki harus sentiasa faham wanita disekeliling anda sedang mengalami perubahan fasa yang mempengaruhi emosi dan tingkah laku mereka.

Perkongsian daripada Puan Izzah Rosli merumuskan segalanya. Situasinya tampak mudah, tapi kerana emosi yang terlalu mempengaruhi wanita itu, benda yang senang jadi susah. Mari baca perkongsian daripada Puan Izzah ini semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan bagi kaum lelaki untuk lebih sabar dan bekerjasama dalam memahami perubahan mood kaum hawa ini.

IKLAN

Bila Isteri Tengah Belek Tudung Berjam-Jam, Suami Janganlah Tunggu Depan Muka, Nanti Emosinya Terganggu
.

IKLAN
IKLAN

Perempuan dan Emosi

Dah dua tiga kali cuba bukak pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak2 pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi fahem tidoq, nak iron baju fateh sekolah, pintu pun time2 nih la susah nak bukak..

Tetiba suami turun. dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah2 p masuk rumah satgi abang setel barang2. Terus stabil emosi2 yang berkecamok tadi..

Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time2 nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.

Bila Isteri Tengah Belek Tudung Berjam-Jam, Suami Janganlah Tunggu Depan Muka, Nanti Emosinya Terganggu
.

Bila isteri lambat terkial2 nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja2 dia. Contohnya “ok sayang, kita nak p kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak-anak. Bila bagitau isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah2 bila dia siap2kn beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat2 cool tanya dekat isteri “ada apa2 lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”

Bila isteri tengah belek tudung berjam2 depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang2 dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi2 la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu xjadi2 esok abang beli tudung baru ja taw” wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot2 tadi..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI