
Sebaik sahaja bergelar isteri, andalah jantung kepada sesebuah rumah. Kalau dulu mak yang tolong sapu lantai, bersihkan sawang dan basuh baju kali ini anda pula yang bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang tak cerewet tetapi anda sendiri kena peka hal ni.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
- Tidak menjaga solat
- Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
- Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!
- Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
- Kecuali jika ada urusan
- Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah
- Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
- Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!
- Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
- Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah
- Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
- Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri
- Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami
- Berdiri tanpa menutup aurat
- Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat
- Suka melakukan maksiat
- Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!
- Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
- Terlalu banyak tidur
- Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.
- Duduk di pintu rumah
- Memakai sikat yang rosak
- Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari
Boleh tonton video dari Ustaz Fawwaz Mat Jan di sini.
Kredit video: Tazkirah Ustaz dan Ustazah
Islam Melarang Kita Bermasam Muka Lebih Dari 3 Hari Termasuk Merajuk

Suami tak ‘wish birthday’, isteri merajuk. Suami tersalah beli barang dapur, isteri dah tarik muka masam berhari-hari. Tak nak bercakap dengan suami, tengok muka lagilah menyampah.
Rasa apa saja perlakuan suami serba menya kitkan hati. Kalau ikut puncanya bukan besar mana pun. Tapi kan sifat isteri memang macam itu. Ada ketikanya dia mudah merajuk.
Tapi orang perempuan ni sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah dah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya. Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga.
Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja.
Sebab itu, merajuk isteri jenis manja-manja selagi boleh pujuk. Pujuklah segera. Peluk ke, ci um pipi dia ke, buatkan air untuk dia ke, masakkan makanan kegemarannya ke atau apa sajalah. Sebab suami lagi tahukan macam mana nak pujuk isterinya yang merajuk.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DAN GER’. Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Dan ger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpi sahan. Nauzubillah..
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah Pun Pesan… Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya
“Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubu ngan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan mening gal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)
Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa). Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melu kakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasa ngan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri. Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu.
Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk.
Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.
IKut Kata Ustaz, Bila Isteri Merajuk Apa Cara Terbaik Memujuk; Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasa ngan yang sedang makan hati.
Ustaz Kazim Elias; Gunakan Kuasa Pujukan Anak-anak
Ustaz Azhar Idrus; Kalau Dah Habis Cara Sangat. Beri Saja ‘Pitih’ Dah fahamkan, merajuk tu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emo si sensitifnya itu.
Sumber : Ustz kazim elias, majalah perdana
Ayam Goreng Style Mamak Ini Pasti Buat Anda Ketagih

Jika anda penggemar ayam goreng mamak, pastinya anda merindui keenakan serta kerangupan ayam goreng ketika dimakan panas-panas. Tak tahu kenapa tetapi ayam goreng mamak memang sedap dan boleh buat kita jadi ketagih.
Sepanjang musim PKP ini, boleh sahaja kalau anda mahu pergi bungkus di kedai mamak berhampiran. Tetapi ‘feel’ dia tak sama macam makan di kedai.
Demi keselamatan anda, apa kata anda masak sahaja di rumah. Caranya pun mudah dan tidak begitu rumit. Jom kita cuba resipi ini!
Ayam Goreng Mamak Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.
3. Siap!
Sumber: Viral Media Johor
Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!

Perkahwinan yang gah dan mewah bagai sudah menjadi trend dalam masyarakat Melayu masa kini. Malu katanya kalau buat majlis biasa-biasa. Dek kerana perkahwinan yang gah ini, ibu bapa di pihak perempuan mula minta hantaran dalam jumlah yang agak tinggi demi menampung kos perbelanjaan majlis.
Persoalannya, perlukah kita mengadakan majlis perkahwinan di luar kemampuan kita? Meminta hantaran terlalu tinggi hingga membebankan pihak lelaki dan akhirnya hubungan yang dibina terlerai kerana pihak lelaki tidak mampu menunaikan hasrat pihak perempuan. Membujanglah sampai ke tua. Mengapa perlu disusahkan perkara yang mudah? Sedangkan dalam Islam sendiri berpesan supaya mengadakan majlis secara sederhana dan tidak berlebihan.
Masalah yang ada dalam kalangan masyarakat kita adalah terlalu mengikut budaya dan adat. Tengok orang buat majlis perkahwinan yang mewah, kita pun nak juga buat majlis yang mewah. Ukurlah baju di badan sendiri. Kehidupan selepas berkahwin lebih penting berbanding majlis yang hanya berlangsung sehari.

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin di laman Facebook miliknya, kehidupan selepas majlis itu yang memerlukan duit belanja yang banyak. Malah, beliau turut membezakan antara perkahwinan Melayu dan perkahwinan Islam. Jom kita baca perkongsiannya.
Melayu vs Islam Dalam Aturcara Perkahwinan…
Berapa jumlah yang perlu disediakan bagi mereka yang ingin berkahwin pada zaman sekarang? 20k, 30k atau 40k? Dan untuk apa perlu ada jumlah yang sedemikian jika ingin berkahwin?
Jom kita belajar tentang adat Melayu vs Islam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aturcara perkahwinan…

1. Wang Hantaran dan Mas Kahwin
Kadar dan nilai yang perlu diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak wanita…berapa kadar yang sesuai atau perlu diberi?
Melayu – Ikut kelulusan dan pekerjaan si pengantin perempuan…lagi tinggi dia belajar, lagi hebat jawatan yang dipegangnya, maka lagi banyak wang hantaran dan mas kahwin yang ditetapkan oleh pihak perempuan…
Sebab?
Wang hantaran itulah yang akan digunakan keluarga pihak perempuan untuk book katering, khemah, dewan, hotel dan sebagainya…wang hantaran itu yang akan digunakan untuk majlis di sebelah pihak perempuan…dan pihak lelaki yang kena tanggung kehendak dan kemahuan akan bagaimana majlis tu akan berlangsung nanti…
Islam – Kadar mas kahwin adalah mengikut kemampuan pengantin lelaki…dan jika mengikut pesanan Rasulullah s.a.w, sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang lebih rendah…

2. Majlis Kenduri
Kita lihat majlis perkahwinan sekarang…yang ‘WAJIB’ ada dan yang ‘SELALU’ kita tengok ialah:
Melayu – Door gift (goodies), side dishes (laksa, bihun sup, bubur, cucur, apom balik, aiskrim Malaysia), sudut untuk tangkap gambar (photobooth), bridesmaids, baju seragam adik beradik, PA system, persembahan (silat, kompang, menari) dan sebagainya…
Salah ke…?
Tak salah…tapi kalau semua kos itu diletakkan dalam nilai wang hantaran yang perlu diberikan oleh pihak lelaki, maka ianya akan membebankan si pengantin lelaki…itu semua bukan perkara yang wajib atau perlu ada dalam majlis, tapi ianya sekadar perkara sampingan yang hanya perlu ada sekiranya terlebih kemampuan dan ianya ditanggung oleh pihak pengantin perempuan…
Islam – Majlis yang dinasihatkan untuk diadakan ialah majlis yang mengeluarkan belanja yang sedikit kerana di situ ada keberkatan majlis tersebut…majlis yang sekadar diadakan sebagai tanda bersyukur dan ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka telah mendirikan rumah tangga…

3. Perkara-Perkara Sebelum Perkahwinan
Sekarang photoshoot pra perkahwinan pun dah banyak dibuat…bukan sekadar waktu perkahwinan atau outdoor di hari majlis…tapi seminggu atau sebulan sebelum pun dah ambik gambar merata, siap guna dron lagi…then, majlis bertunang yang gempak dan majlis berinai yang meriah…belum lagi ada golongan yang buat bachelor party ala-ala mat salleh…
Perlu ke semua ni? Well, Tepuk dada tanya kemampuan…kalau mampu, tak salah…kalau berpura-pura mampu tapi takde duit atau duit cukup-cukup makan, maka tak payah…
Buat yang wajib sahaja dan buatlah dengan kadar yang sederhana tanpa perlu mengikut trend semasa…sebenarnya, duit yang dikumpul itu lebih banyak manfaatnya selepas majlis perkahwinan, dan bukan dihabiskan sebelum atau ketika majlis perkahwinan…

Kehidupan selepas majlis itu yang memerlukan duit belanja yang banyak…
Akhir kalam, semua perkara di atas perlu dipersetujui keluarga dan pihak pengantin…yang menjadi susah untuk dilaksana ialah apabila demand keluarga itu melebihi apa yang pengantin nak buat atau mampu buat…ada org tua yang nak compare dengan jiran, ada orang tua yang malu kalau buat lebih kurang, dan ada pengantin yang nak ikut perkembangan semasa, apa yang orang sekarang buat…
No problem, buatlah macam mana pun, ini sekadar satu pesanan daripada orang yang berpengalaman…
Sumber: Facebook Firdaus Shakirin