Masa kita membuat pilihan untuk mencari jodoh tentulah kita ada pasang angan-angan untuk berkahwin dengan lelaki beriman, kaya, handsome dan sebagainya. Kalau tak kaya pun, sekurang-kurangnya berharta. Tetapi, jodoh kan rahsia Allah.
Apa yang kita taknak tu, itulah yang akan kita dapat. Bila dapat jodoh yang tak mempunyai senarai seperti kita inginkan, janganlah mengeluh dan hidup dalam tekanan. Itu semua ujian Allah untuk melihat sejauh mana kita boleh memperbaiki kehidupan kita.
“Bila kita dilahirkan dalam keluarga miskin, itu bukan salah kita. Tapi jika kita terus menerus hidup dalam kemiskinan, itu adalah salah kita kerana kita tak mencari peluang untuk berubah…”
Apabila ada bersama dengan suami yang tidak mewah, ini adalah perkara yang anda perlu lakukan. Ini perkongsian Cikyam dalam Facebooknya.
Sembang CikYam hari ni pasal isteri kepada lelaki yang kurang berduit. Ya, lelaki yang kriterianya macam tu. Yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sepanjang jadi wartawan, CikYam jumpa ramai isteri yang macam ni. Ada yang CikYam interview, ada yang CikYam just bersembang dengan diorang. Dan sekarang, kenyataannya CikYam sendiri tergolong dalam kelompok macam ni.
Ramai sangat orang perempuan sekarang yang hidup dengan lelaki yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Ramai! Dan kita-kita ni kena kuat mental dan emosi.
Kalau emosi tak kuat, sekali gus mental akan terganggu. Kalau mental tak kuat, emosi mudah koyak.
Tak bersyukur ke ada suami? Ya, ni salah satu asakan dari segi emosi pada isteri yang suaminya tak banyak duit.
CikYam bersyukur tapi dalam masa yang sama kena pupuk rasa reda dan ikhlas. Sebab itulah kena kuat dari segi emosi dan mental tadi.
Apa yang CikYam amalkan adalah:
JANGAN BANDINGKAN DENGAN ORANG LAIN
Yang ni kena sangat kuat emosi melawan segala apa yang dilihat dan dibaca kat media sosial.
Jangan terasa apa-apa bila nampak isteri pada lelaki kaya diraikan dengan macam-macam pemberian daripada suami diorang.
Tengok boleh, baca boleh tapi jangan terliur. Jangan teringin. Jangan terimpi-impi sebab nanti akan pudar rasa pada suami sendiri. Bahaya.
USAHA SENDIRI
Segala apa yang diingini, banyak yang CikYam usaha sendiri. Allah permudahkan. CikYam tahu suami tak mampu, so CikYam tak meminta sesuatu di luar kemampuan dia.
Usaha sendiri ni bukanlah sampai kita menidakkan suami. Tapi lebih pada nak senangkan hidup sendiri.
Kita tak mintak sesuatu yang di luar kemampuan dia.
BELEK KELEBIHAN SUAMI, JANGAN FOKUS PADA KEKURANGANNYA
Yang ni sangat penting. Takde manusia yang sempurna. So, CikYam elak fokus pada kekurangan dia.
Dia kurang mampu dari segi duit. CikYam belek kelebihan yang dia ada. Carilah, insya-Allah jumpa.
Setiap manusia ni Allah bagi rezeki lain-lain. Takde yang sama. Si polan rezekinya kat sana, kita rezekinya kat sini. Tak sama.
Cumanya, kalau suami kita tak kaya, kita tengok balik apa puncanya kita dijodohkan. Kenapa dulu kita boleh terima dia jadi suami kita?
Kenapa kita ditakdirkan berjodoh bersama? Kalau dia kurang dari segi kewangan, kita pula kurang dari segi apa?
Jaga emosi kita. Jangan sampai mental kira terganggu dengan kekurangan ini. Siapa yang tak mahu hidup mewah, suami bagi serba lengkap, kan? Tapi ingatlah, rezeki kita dah ditetapkan macam tu. Sama-sama usaha cukupkan apa yang kurang.
Macam CikYam, buat servis ghost writer untuk tampung kehidupan. Lepas diberhentikan kerja, memang gaji dah tak ada. So kami sama-sama lipat gandakan usaha untuk cukupkan sara hidup. Kena kongsi susah senang. Doa bebanyak supaya Allah kuatkan emosi dan mental kita isteri pada suami yang kurang RMnya.
Satu je kena ingat, macam mana pun keadaannya, suami tetap ketua keluarga. Asalkan dia ada usaha, kira OK la berbanding lelaki yang langsung abai tanggungjawab dan pemalas. Bila Kahwin Dengan Suami Kurang Berduit, Isteri Perlu Kuat Mental & Emosi
.
©CikYam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI