
Bila kawan kita dah kawin dan kita masih bujang…
Maka tolong fahami 2 perkara ini…
1. Jangan selalu ajak dia keluar…
Biarkan dia luangkan masa dgn keluarganya…itu keutamaan utk dirinya setelah bergelar seorang suami…masanya perlu dihabiskan bersama isteri dan anak2 drpd bersama kawan2…cukup2lah dia dah bersama dgn kita bertahun2 lamanya ketika dia masih bujang…
2. Jika dia menolak undangan melepak, jemputan ke konvoi motor, ajakan ke karaoke atau sebagainya…
Maka jangan kata dia takut bini…jangan kata dia dayus…jangan kata dia kena gari…jgn kata kaki dia kena rantai…jgn kata dia kena guna2 dgn isterinya…jgn menyindirnya atau memerli keputusannya itu kerana dia menolak bersebab dan salah satunya adalah dia ada perkara lain yg lebih penting, yg perlu dibuatnya bersama keluarga pd waktu itu, hari itu atau minggu itu…
Keutamaan seorang lelaki selepas mendirikan rumahtangga ialah keluarga…keluargalah yg perlu dia dahulukan melebihi perkara2 lain…apa yg dia selalu buat ketika dia bujang dahulu, ketika dia bersama kita dahulu, mgkin ada yg dia perlu tinggalkan…utk kebaikan dirinya dan keluarganya…
Tolong fahami keterbatasan seorang kawan yg dah bergelar suami…dia tak lagi suka2 bleh kluar, suka2 bleh blk lmbat, suka2 bleh buat pelbagai aktiviti dgn bebasnya…dia ada hati yg perlu dijaga dan kegagalan utk menjaga apa yg sepatut dijaganya, akan memusnahkan ikatan yg dia bina…
Hubungan silaturahim sebagai seorang kawan takkan terputus bilamana dia memilih utk mendirikan rumahtangga, cuma kena faham bahawa statusnya kini dah berubah…
Dia bukan lagi bujang, dia suami org…
Kredit : Firdaus Shakirin
Kredit foto: Instagram Harris Annuar
Berdoa Untuk Kesihatan Dan Kesejahteraan Suami Dengan Surah Al-Syura, Surah Taha, Surah Al-Qadr

Agar kita diberikan banyak harta yang membawa keberkahan dalam hidup dan juga diberikan panjang umur dalam ketaatan, kita dianjurkan untuk memperbanyak doa berikut;
اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي
Allahumma aktsir mali wa waladi wa barik li fima a’thoitani wa athil hayati ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amali waghfirli.
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau berikan padaku. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”
Doa ini bersumber dari dua hadis. Hadis pertama riwayat Imam Bukhari dari Anas bin Malik, bahwa ibunya, Ummu Sulaim berkata;
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَسٌ خَادِمُكَ ادْعُ اللَّهَ لَه،ُ قَالَ: اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
Wahai Rasulullah, Anas adalah pelayanmu. Doakanlah kepada Allah untuknya. Kemudian Nabi Saw berdoa, ‘Allohumma aktsir malahu wa waladahu wa barik fima a’thoithu (Ya Allah, perbanyaklah harta Anas dan anaknya dan berkahilah karunia yang Engkau berikan padanya.’”
Hadis kedua disebutkan oleh Ibnu Abi Khaitsamah dari Anas bin Malik, dia berkisah;
ذَهَبَتْ بِي أُمِّي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، خُوَيْدِمُكَ ادْعُ اللَّهَ لَهُ ، قَالَ اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ ، وَوَلَدَهُ ، وَأَطِلْ عُمْرَهُ ، وَاغْفِرْ ذَنْبَهُ
“Ibuku pergi bersamaku menuju Rasulullah saw. Kemudian ibuku berkata kepada Rasulullah saw, ‘Wahai Rasulullah, pelayan kecilmu, doakanlah kepada Allah untuknya. Kemudian Rasulullah saw berdoa; Allohumma aktsir malahu wa waladahu wa athil ‘umrohu waghfir zanbahu.’”
Doa pengasih sering dibaca oleh setiap orang untuk mengikat rasa kasih dan sayang antara sesama manusia. Terutamanya pengikat kasih antara suami dan isteri supaya pasangan sentiasa sayang apabila dekat dan semakin rindu apabila berjauhan. Namun begitu, doa pengasih bukan sahaja dipakai untuk suami isteri, bahkan jua boleh dibaca tujuan untuk mendapat kasih sayang dari majikan, rakan sekerja dan ahli kaum keluarga sendiri.
.
Kelebihan & Tips Mengamalkan Doa Pengasih
Setiap pasangan menginginkan rumah tangga yang harmonis dan bahagia sehingga ke syurga. Akan tetapi, kadangkala ujian badai yang melanda yang membuatkan pasangan rasa goyah, lebih teruk lagi bila ada rasa ragu-ragu dengan pasangan sendiri atau sengaja mencari pasal untuk bergaduh!
Sebagai orang Muslim sejati, apa yang kita perlu buat adalah berusaha untuk sentiasa jatuh cinta setiap hari pada pasangan suami atau isteri, bukan sahaja usaha untuk ambil hati pasangan kita, tapi doa pengasih juga perlu diamalkan supaya pasangan sentiasa lembut hati dan sayang akan diri kita. Bagi pasangan yang ada sifat tidak penyabar, panas baran ego serta keras hati, seeloknya baca doa pengasih dan sembur sapu di mukanya supaya cepat sejuk.
Sebagai orang Islam, wajiblah kita mempercayai apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia merupakan panduan hidup manusia. Di dalam Al-Quran ada pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan sesama manusia seperti suami isteri, rakan dan kekeluargaan.
Doa merupakan senjata umat Islam, dengan doa juga boleh mengubah takdir hidup kita, asalkan kita yakin dengan doa yang ada di dalam kitab suci Allah itu. InshaAllah pertolongan Allah itu ada buat hambaNYA yang ikhlas meminta-minta padaNYA. Ini kerana, Allah itu Maha Berkuasa, DIA menciptakan manusia dengan sempurna dan hidup dalam kasih sayang. Jadi, jika anda mahu hidup anda diberkati, diredhai dan bahagia sampai ke syurga, mari kita amalkan doa pengasih yang ada di beberapa surah dalam Al-Quran.
Perkara paling penting sekali, niat untuk amalkan doa pengasih ni perlulah niat yang baik, seperti niat nak pikat hati pasangan anda, tambahan lagi boleh diamalkan jika pasangan dalam keadaan marah atau jenis cepat melatah dan naik angin. Lumrah manusia lah kan, setiap orang mempunyai perangai lain-lain dan tidak sama. Tapi siapa tahan jika pasangan asyik naik angin atau pemarah walaupun kadangkala Cuma benda kecil sahaja.
Namun begitu, di dalam rumah tangga ini, ada pasang surutnya. Bak kata pepatah “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Biasalah kan, dalam rumah tangga ni ada pergaduhan, merajuk atau bermasam muka. Tetapi, pasangan juga perlu bijak kawal perasaan marah supaya tidak mengeluarkan bahasa kesat atau perkataan cerai berai.
Apabila marah, syaitan sentiasa bersorak gembira supaya suami isteri menjadi hubungan yang renggang sehingga bercerai. Jadi perkara ini sebaiknya dielakkan, lembutkan hati pasangan yang sedang marah itu dengan doa nabi yusuf. Mana tahu dengan izin Allah, hati yang marah membara itu boleh cool!
Apabila kita mengamalkan ayat pengasih ini, bersungguh-sungguh lah berdoa pada Allah dan memuji-memuji keagungan Tuhan semesta alam ini, Allah maha mendengar, asalkan di hati kita sentiasa ikhlas. Tambahan lagi, bila diamalkan doa pengasih ini, ia akan membuatkan wajah berseri-seri dan canti. Pasangan pula jadi suka memandang wajah kita dan tak putus-putus menatap wajah kita. Bukan sahaja lembut hati, malah ini akan membuatkan jiwa menjadi tenang untuk menghadapi liku-liku rumah tangga bersama suami atau isteri anda!
Contoh Doa Pengasih Suami Isteri
Di sini terdapat beberapa contoh doa pengasih untuk anda mengikat kasih sayang pasangan anda supaya pasangan sentiasa jatuh cinta pada anda!
Seeloknya bacalah ayat doa pengasih ini setiap hari sebagai rutin wajib anda demi menjaga keharmonian rumah tangga anda bersama si dia yang tercinta! Semoga dengan doa pengasih ini menjadikan apa yang dihajati menjadi kenyataan dan rumah tangga sejahtera bahagia selalu.
.
1. Surah Al-Syura (ayat 19)
Surah Al-Syura (ayat 19)
Terjemahan Surah Al-Syura (ayat 19)
Amalkan baca ayat pengasih dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda. InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan. Selamat beramal!
2. Surah Taha (Ayat 1-8)
Surah Taha (Ayat-1-8)
Untuk jadikan rumah tangga sentiasa gembira bukannya mudah, perselisihan faham perkara biasa. Kadangkala ego menguasai diri pon akan mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan kita tu!
Jadi, Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk dijadikan sebagai doa pengasih. Sebaiknya anda hafal surah ini kerana ayat ini ayat yang pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Ia juga boleh melembutkan hati pasangan dan setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.
3. Surah Taha (Ayat 39)
Surah Taha (Ayat 39)
Terjemahan Surah Taha – (Ayat 39)
Ayat pengasih dalam surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, ayat ini juga sesuai digunakan kepada pasangan suami isteri untuk membuatkan pasangan anda suami/isteri terpikat pada anda.
Amalkan membaca ayat ini setiap hari lebih kurang 3 kali sehari. Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.
.
4. Surah Ali-Imran (Ayat 31)
Surah Ali-Imran (Ayat 31)
Terjemahan Surah Ali Imran (Ayat 31)
Setiap ayat pengasih ada kelebihan yang tersendiri, kita yang mengamalkannya seharusnya pasangkan niat yang betul untuk berdoa pada Allah. Setiap doa dan niat yang baik itu, Allah akan dengar supaya DIA memperkenankan setiap permintaan hambaNYA ini. Oleh itu, ayat pengasih dari surah Ali-Imran ayat 31 ini boleh dibaca setiap hari.
Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila. Moga dengan amalan ayat ini akan membuatkan suami anda tidak pandang dan tidak cari perempuan lain! InshaAllah, yakin dengan kuasaNYA moga makbul apa yang dihajati.
5. Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr bermaksud kemuliaan. Dinamakan Al-Qadr kerana menunjukkan Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar. Surah ini adalah surah yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh.
Ia akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang. Amalkan setiap hari ayat ini dan niat ikhlas supaya hubungan rumah tangga bahagia kekal abadi. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan doa anda nanti.
6. Surah Al-Insyirah
Surah Al-Insyirah
Setiap rumah tangga mahu disayangi dan dicintai selalu. Apatah lagi seorang isteri yang jiwa lembut dan sentiasa nak perhatian suami! Untuk menambat hati suami setiap hari, cuba amalkan surah Al-Insyirah ini selepas solat.
Baca sambil tadah tangan dan tiup sapu ke seluruh wajah anda. Sambil baca, niat supaya suami pandang anda dengan rasa yang tenang dan sayang anda. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, suami anda akan sayang selalu! Cuba amalkan selalu ya..
7. Surah Ali-Imran (Ayat 200)
Surah Ali-Imran – (Ayat 200)
Terjemahan Surah Ali-Imran – (Ayat 200)
Kadangkala dalam rumah tangga, ada juga terdapat isteri yang suka keluar rumah tanpa minta izin pada suaminya terlebih dahulu, sedangkan ianya wajib untuk minta izin!
Jadi jika anda sebagai suami mahu isteri lembut hati, amalkn ayat pengasih surah Ali Imran ayat yg ke 200 ini, ini akan membuatkan isteri menjadi lembut hati, dengar kata dan pergi mana-mana sudah tentu dia akan minta izin pada anda.
GAMBAR : TANGKAP PICTURES
Putus Cinta Memang Perit, Tapi Itulah Buat Kita Hebat Seperti Sekarang

Putus cinta merupakan salah satu detik yang sangat pahit dan semua orang tidak mahu merasainya. Siapa yang mahukan hubungan cinta mereka berakhir dengan begitu sahaja tanpa ke jinjang pelamin? Perhubungan yang dijaga dengan baik dan diletak pengharapan yang tinggi, tiba-tiba bertemu dengan pengakhiran berbentuk pengkhianatan, halangan keluarga dan sebagainya. Lalu diri merasa seolah hidup ini sudah tidak ada makna. Masa depan dirasakan gelap dan tiada lagi cahaya. Inilah realiti yang terpaksa ditempuh oleh orang yang putus cinta.
.
Putus cinta.
Apabila dua insan cuba berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan, maka mereka akan diuji. Usaha untuk merealisasikan sebuah tuntutan agama yang sedemikian murni adalah suatu usaha yang dibenci oleh Syaitan. Ini kita harus ingat. Maka ujian ke atas usaha itu adalah Sunnatullah (ketentuan Allah) yang perlu diterima oleh semua orang. Barang yang baik dan berkualiti, sudah tentu perlu melalui proses-proses yang ketat dan teliti sebelum dikeluarkan. Begitu jugalah dengan ujian Tuhan.
Dalam tapisan ujian itulah, tersingkirnya sisa-sisa ataupun elemen-elemen yang bersifat negatif . Contoh kes yang berlaku;
Ada orang putus cinta kerana teman lelakinya curang dan keluar dengan perempuan lain. Teman lelakinya mengaku bosan dengan dirinya yang begitu tegas dan enggan menemaninya keluar bertemujanji. Maka ‘cinta’ yang kononnya selama ini dipertahankan putus di tengah jalan apabila dia ditinggalkan lelaki tersebut. Dalam kekalutan membendung rasa kecewa, dia merasa dunia gelap gelita. Seolah tiada masa hadapan, dan seolah memang yang terputus itulah ‘cinta’ nya yang sebenar. Anda mungkin silap.
.
Sebab apa saya katakan silap?
Ini kerana apa yang terputus itu sebenarnya hanya usaha anda untuk bersama si dia sahaja, bukan sebuah cinta yang sebenar. Anda mengaku menyukai lelaki tersebut dan demikian juga lelaki tersebut mengaku suka dan sayang kepada anda. Namun kedua-dua anda belum diuji. Cakap sahaja belum mencukupi. Maka datanglah ujian dalam bentuk godaan Syaitan, contohnya. Dicucuk-cucuk hati sang lelaki supaya membawa anda keluar berdua-duaan. Apabila anda tidak bersetuju, dihasut pula bahawa anda adalah gadis yang kolot dan tidak memahami jiwa lelaki.
Banyak lagi hasutan dan bisikan lain daripada Syaitan yang mana jika si lelaki tidak kuat keimanannya, akhirnya bisikan-bisikan tersebut akan diterima. Lalu dia mendesak anda kepada perbuatan-perbuatan maksiat sedangkan anda bertegas dengan larangan agama. Bosan dengan sikap anda, dia mencari orang ketiga.
.
Dalam kes ini, jika perhubungan anda dan dia putus di tengah jalan, ia tidak bermakna ‘cinta’ anda yang putus. Apa yang terputus itu adalah usaha anda berdua ke atas suatu perhubungan, itu sahaja. Bahkan anda dan dia sama sekali tidak tahu apakah wujud jodoh antara kalian atau tidak. Justeru, jika bertemu kegagalan, ia tidak bermakna anda sudah tiada peluang di masa hadapan.
Perbetulkan persepsi dengan cara memperbetulkan istilah. Yakinkan diri anda bahawa anda tidak putus cinta, cuma usaha anda ke atas perhubungan tersebut sahaja yang masih tidak bertemu kejayaan. Hakikatnya, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda. Mungkin bukan dengan dia, mungkin dengan yang lain. Insya-Allah. Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat anda.
Isteri Tak Cukup Tidur Selalu Marah-Marah

Tidak cukup tidur boleh mendatangkan mudarat kepada seseorang jika kita tidak tidur dalam tempoh masa yang panjang. Ini menunjukkan betapa pentingnya tidur kepada kita untuk memastikan kesihatan kita terjamin.
Mari kita lihat tanda-tanda isteri tidak cukup tidur yang para suami perlu tahu yang telah dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita baca apakah tanda-tanda tersebut.

1.Isteri sakit dan lambat sembuh ini kerana sistem imun dan respon badan untuk lawan jangkitan kuman telah menjadi perlahan apabila kurang tidur.
2.Ada masalah berat. Ini bukan kerana isteri pemalas tetapi disebabkan oleh 2 hormon yang dipanggil sebagai Leptin dan Ghrelin yang tidak dapat menjalankan kerja dengan baik kerana kekurangan tidur. Ini menyebabkan selalu lapar dan susah kenyang.
3.Selalu lupa. Kurang tidur ini akan memberi kesan juga kepada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menuruh secara drastik.
4.Tidur berlebihan di siang hari, selalu menguap dan nampak lesu. Sebab itulah kita perlu pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan abaikan apabila isteri anda membuat mimik muka lesu dan berkerut sana sini.

5.Mood isteri tidak menentu. Tidak cukup tidur akan menyebabkan isteri kita ini selalu melenting dan mudah marah. Bukan itu sahaja, ketahanan isteri kepada tekanan juga akan menjadi lemah.
*Kita perlulah selalu memerhatikan gerak-geri isteri kita. Jika tanda-tanda yang telah anda baca di atas ada pada isteri anda, bolehlah anda ambil tindakan.
Tolong isteri anda kemas dapur dan jaga anak supaya isteri dapat tidur awal dan pastinya anda akan merasakan perbezaan yang ketara pada isteri anda kemudian hari.