Mempunyai hobi juga adalah asas keperluan dalam hidup seseorang. Anis Akmilah berkata, Islam mengunjurkan suami menjaga hubungan dengan isteri meskipun mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mencari nafkah keluarga.

“Suami adalah tunjang kebahagiaan dalam keluarga. Namun, ia tidak menafikan keperluan sosial suami untuk memiliki hobi.

“Banyak cara boleh dilakukan oleh suami bagi mengekalkan kebahagiaan dalam berumah tangga meskipun mempunyai hobi antaranya jadikan hobi sebagai aktiviti bersama,” katanya.

Hubungan antara suami dan isteri boleh menjadi lebih harmoni jika:

MENGHORMATI RUANG PERIBADI

Sebagai isteri, fahami keperluan suami yang memerlukan ruang peribadi untuk memenuhi keperluan sosialnya. Berilah masa dan ruang kepada suami. Pada masa sama isteri juga perlu mempunyai masa dan ruang aktiviti peribadi untuk dirinya.

Contohnya, apabila suami gemarkan aktiviti permotoran, si isteri mintalah izin suami untuk bersama rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

sekadar gmbar hiasan

JADIKAN AKTIVITI BERSAMA

Hubungan rumah tangga pasti akan lebih bermakna apabila isteri dan suami berkongsi hobi yang sama. Hobi bukan lagi suatu aktiviti yang hanya mengisi masa lapang malah boleh dijadikan saat bersama yang memberi seribu manfaat buat pasangan.

Contohnya, jika suami suka melancong, apa salahnya isteri yang menjadi peneman halal buat suami, pasti menyeronokkan.

IKLAN

Bagi suami yang mempunyai hobi melalui aktiviti luar seperti mendaki, berkhemah, memancing dan lain-lain, jadikanlah ia sebagai aktiviti keluarga.

Sebagai suami, rancanglah aktiviti ini agar pasangan dapat bersama-sama menjiwai keseronokan yang dirasai. Mungkin aktiviti sebegini dijadikan aktiviti wajib dalam keluarga dan dilakukan setiap dua atau tiga bulan sekali.

SALING MEMBERI SOKONGAN

Setiap pasangan pasti mengimpikan suami atau isteri yang menyayangi dan menghargai diri mereka. Setiap sokongan dan dukungan yang diberikan akan membuahkan saat penting dalam kehidupan seseorang.

Ada juga isteri dan suami yang mempunyai hobi berbeza namun saling menyokong satu sama lain. Contohnya, suami yang suka berniaga manakala isteri pula mempunyai hobi menjahit.

Ini adalah gandingan yang ideal, bukan sekadar hobi mengisi masa lapang tetapi juga cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

IKLAN


ELAKKAN BERAHSIA DENGAN ISTERI

Sesetengah suami berpendapat bahawa isterinya tidak suka hobi yang dimiliki. Oleh itu, mereka cenderung untuk berahsia. Awas, tindakan suami ini boleh mengundang rasa curiga isteri. Oleh itu, berterus teranglah dengan isteri dan berbincang secara diplomasi mengenai aktiviti yang digemari itu. Mungkin juga ia adalah hobi yang diimpikan isteri anda juga.

Disiplin diri

Apabila terlalu obses dengan hobi, ia bukanlah sesuatu yang sihat bagi diri dan pasangan. Oleh itu, apabila berasakan hobi berkenaan memudaratkan pengurusan diri sebagai suami membabitkan isu semasa keluarga seperti kewangan, perhubungan, komunikasi dan aspek tanggungjawab, lebih baik hobi itu dikurangkan atau dihentikan. Ini untuk kebaikan keluarga pada masa akan datang.

SOKONGAN ISTERI

Untuk isteri pula katanya, mereka boleh menyokong keperluan sosial suami dengan cara:

IKLAN

Beri ruang peribadi kepada suami

Ada ahli psikologi menyatakan mekanisma berfikir antara otak lelaki dan wanita berbeza. Otak lelaki lebih berfokus dan penumpuan pada sesuatu, lebih jauh berbanding wanita. Contohnya, lelaki yang mempunyai hobi memasak, aktivitinya adalah hanya memasak, bukan mengemas.

Berbanding wanita, ketika memasak dia boleh bersembang dengan rakan, menonton televisyen atau sambil membasuh baju. Itulah bezanya cara lelaki dan wanita berfikir. Jadi waktu menghabiskan masa untuk hobi adalah tempoh bertenang bagi lelaki, mereka memerlukan ruang berkenaan untuk pengisian jiwa sahaja. Pastinya tidak akan ada ruang untuk fikirkan tentang perempuan lain. Sudah pasti ini berita baik untuk si isteri.

Capai persetujuan melalui muafakat

Ambil masa untuk berbincang dengan suami sekiranya suami mempunyai hobi yang kurang digemari isteri. Contohnya hobi suami memancing pada waktu malam akan meninggalkan isteri dan anak-anak pada waktu malam.

Mintalah izin pada suami untuk pulang ke rumah ibu bapa anda atau itulah masa anda untuk keluar bersama teman rapat.

Elak membandingkan suami

Rata-rata wanita mempunyai spekulasi sendiri mengenai suami terbaik untuk dirinya. Elak daripada bersembang mengenai hal rumah tangga kerana setiap pasangan mempunyai nilai dan pegangan yang berbeza. Jadilah pasangan bahagia kerana keunikan sifat yang ada pada suami dan isteri.