Semua tahu pepatah ‘cemburu tanda sayang’. Pepatah ini selalunya ditujukan kepada para wanita kerana mereka lebih cenderung untuk merasa cemburu. Jarang betul kita dengar lelaki cemburu kan? Mungkin kerana mereka tidak menunjukkan reaksi cemburu itu secara ketara.

 

Tetapi, cuba perhatikan perkara-perkara ini yang boleh menunjukkan dengan pasti pasangan anda seorang yang cemburu.

 

  1. Panggilan

Dalam sehari, berapa kerap anda menerima panggilan telefon dari si dia? Lebih dari 5 kali? Kadnag-kadang anda juga boleh berasa rimas kerana dia akan menelefon setiap jam! Jika anda bekerja, si dia akan bertanya anda makan bersama siapa, di mana, makna apa dan macam-macam lagi.

 

2. Mengongkong

IKLAN

Bila anda bersama lelaki yang kuat cemburu, sebolehnya mereka mahu meluangkan masa dengan anda setiap masa. Dah berkahwin tak apalah tetapi jika masing-masing masih bujang, tentu anda rasa tidak selesa.

 

Anda juga terpaksa menolak ajakan teman-teman lain kerana si dia mahu meluangkan masa dengan anda. Paling ketara, jika si dia juga akan mengikuti anda berjumpa teman-teman!

 

3. Tidak ada lelaki lain

IKLAN

Anda dilarang bercakap dengan lelaki lain termasuk teman sepejabat. Sebagai wanita bekerjaya, sudah tentu kita tak selalunya dikelilingi wanita sahaja.

 

4. Berprasangka

Bukan sahaja lelaki malah ada wanita yang akan berprasangka buruk sekiranya panggilan telefon mereka tidak dijawab. Lelaki pun apa kurangnya. Mereka akan fikir yang bukan-bukan mengenai anda lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda keluar bersama kawan-kawan.

IKLAN

 

5. Peribadi

Bila dah sampai tahap tahu password setiap akaun media sosial, anda memang benar-benar sedang bersama dengan lelaki yang kuat cemburu. Selagi belum berkahwin, tak perlulah terlalu mengongkong. Sebagai wanita pula, janganlah terlalu menghambakan diri kepada lelaki begini. Sayang itu ada batasnya.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI