Setiap pasangan bercinta pasti pernah merasai pahit manis hubungan cinta dan kadangkala ia terputus di tengah jalan. Walaupun ia cuba dielak, namun ia tetap berantakan dan tidak menemukan jalan penyelesaian.
Cinta merupakan satu anugerah daripada Allah SWT yang tidak ternilai. Perasaan cinta merupakan fitrah seorang manusia sama ada lelaki mahupun perempuan. Walaupun kita cuba mempertahankan cinta yang sekian lama dibina, namun siapakah kita untuk menidakkan ketentuan-Nya.
Mungkin ia nampak senang, tapi hanya orang yang melaluinya saja yang dapat merasakan keperitan tersebut. Namun, di sebalik keperitan putus cinta itu, masih terdapat hikmah yang boleh diperolehi dan membuatkan anda lebih bersemangat. Oleh itu, jom kita lihat hikmah yang boleh diperoleh saat anda putus cinta!
MILIKI LEBIH MASA BERHARGA
Ads
Sedar atau tidak ketika anda mabuk dengan dunia cinta, anda sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk si dia. Dating, mesej, whatsapp dan segalanya adalah untuk si dia. Jadi selepas si dia sudah tiada dalam hidup anda, anda boleh gunakan masa-masa tersebut untuk kerja dan perbuatan yang lebih berfaedah.
LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH
Mungkin ada perkara yang membuat anda jauh daripada Allah apabila bersama si dia. Jadi Allah sayang kepada anda dan tunjukkan bahawa si dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat anda. Kembalilah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon petunjuk supaya anda bertemu dengan calon yang benar-benar baik agama dan akhlaknya.
ADA MASA UNTUK BAHAGIAKAN IBU BAPA
Ads
Kadang kala apabila tengah mabuk bercinta, anda asyik dengan si dia hingga mengabaikan ibu bapa anda. Anda asyik berkepit dengan si dia termasuk dalam telefon atau bermesej. Masa untuk ibu dan bapa anda abaikan. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk anda bahagiakan mereka kerana ibu bapa mungkin sudah tua dan mereka ingin bersama dengan anak-anak sebelum mereka tiada di dunia ini.
TERSELAMAT DARIPADA PASANGAN YANG TIDAK BAIK
Setiap yang berlaku sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Benar, anda berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan perkara yang telah ditakdirkan untuk anda. Mungkin di sana ada seseorang yang lebih baik yang disediakan oleh Allah untuk anda. Siapa tahu kan ? Jodoh itu ketentuan Allah dan berdoalah pada-Nya agar berjumpa dengan pasangan yang jauh abih baik dari sebelumnya.
Ads
TIDAK LAGI MEMBAZIRKAN WANG
Apabila anda bercinta, banyak wang yang dihabiskan untuk pasangan anda samada lelaki atau perempuan. Membeli-belah bersama, lunch dan dinner bersama dan macam-macam lagi yang anda snggup beli untuk pasangan anda. Jadi setelah putus cinta, anda tidak perlulagi bazirkan wang kepada si dia. Simpan wang anda untuk perbelanjaan masa hadapan dan boleh bagi ibu bapa lagi!
Putus cinta bukanlah bermaksud segala-galanya sudah berakhir. Anda sukakan sesuatu, padahal ia bukanlah baik untuk anda dan anda mungkin benci sesuatu padahal ia baik untuk anda. Banyak perkara yang diluar pengetahuan anda sebagai manusia. Jadi, yakin kepada Allah. Allah mungkin merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelaran ‘anak mak’ sering dikaitkan dengan anak lelaki yang sangat rapat dan manja dengan ibunya. Itu sama sekali tidak salah. Namun, ada yang menganggap ia dapat menimbulkan konflik antara suami isteri.
Tapi, ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
4. Seorang yang bertanggungjawab
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sahaja mereka membina otot dan kekuatan pada quadriceps, hamstrings dan betis, mereka juga mewujudkan persekitaran yang ideal di seluruh badan. Selain daripada melepaskan testosteron dan pertumbuhan hormon, squats menyediakan persekitaran yang sangat anabolik untuk semua kawasan lain berkembang apabila sudah terlatih. Jika anda mahu untuk meningkatkan jisim otot dan kekuatan dalam semua bidang, squats/mencangkung akan membantu anda sampai ke sana.
Otot membakar lemak. Lebih banyak otot membakar lebih banyak lemak. Mencangkung adalah cara yang sangat berkesan untuk membakar lebih banyak lemak. Lebih banyak otot yang anda ada di tubuh anda, lebih banyak kalori anda akan membakar semasa latihan dan semsa berehat. Jika anda ingin mendapatkan tubuh tanpa lemak, teruskan usaha mencangkung anda.
Ya, mencangkung gaya sekolah lama akhirnya telah disebut dan berfungsi dengan sangat bagus. Orang selalu fikir squats/mencangkung adalah latihan yang dikhaskan untuk atlet dan ahli bina badan peringkat tertinggi sahaja,tetapi mencangkung telah menjadikan ianya dari satu pergerakan senaman yang selalu dielak kepada salah satu latihan senaman yang sangat berfungsi penting. Mencangkung boleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti kehidupan sebenar yang membantu untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan kecekapan dalam kehidupan seharian.
Dengan hanya meningkatkan kekuatankeseluruhan bahagian badan yang lebih rendah, squats membantu mengekalkan mobiliti . Tambahan pula, dengan melakukan squats dalam pelbagai cara yang boleh menguatkan otot kaki membolehkan anda membantu mencegah kelemahan dan meningkatkan kekuatan semasa melakukan sebarang aktiviti mudah alih yang berprestasi tinggi.
Mewujudkan lebih keseimbangan seterusnya akan memudahkan lebih banyak kekuatan dan membantu anda untuk membangunkan lebih banyak jisim otot . Ini juga menterjemahkan kepada pergerakan lain seperti deadlifts, Barbell bent over, push press, clean and press untuk bahagian atas badan dan membantu mewujudkan asas keseimbangan dan fungsi untuk bahagian badan lain yang lebih rendah seperti lunges, single leg squattsi dan leg pressess
Bukan sahaja squats akan memberikan kekuatan pada kaki anda, ia juga akan meningkatkan prestasi dengan membantu anda melompat lebih tinggi dan berjalan lebih cepat. Ini penting bagi mereka yang terlibat dalam sukan sama ada untuk pemain berpasukan ataupun merekan yang betanding pada hujung minggu. Squats berkhidmat untuk meningkatkan prestasi yang merangkumi pelbagai sukan (bersama-sama dengan keseimbangan dan pergerakan). Mereka benar-benar senaman yang amat bagus dan diterima satu dunia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat juga segelintir yang tidak tahu bagaimana caranya menyimpan duit dengan bijak. Berikut perkongsian Nur Aliah Mohd Nor berkenaan bagaimana anak muda boleh menyimpan wang mereka sebelum menjangkau usia 35 tahun. Semoga cara ini membantu anda bakal pengantin yang asyik tak cukup duit nak kahwin nanti.
6 TEMPAT MENYIMPAN WANG YANG PALING TERBAIK. SEMUA ANAK MUDA WAJIB TAHU
Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM1000 bagi kecemasan. Ramai golongan muda mengatakan mereka tak tahu tempat yang terbaik untuk simpan duit. Berapa % duit kita perlu asing untuk menyimpan setiap bulan?
Tak kisah 20%, 30% atau 60% sekali pun, janji anda ada disiplin untuk menyimpan dan tahu tempat yang terbaik untuk menyimpan duit ni, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.
Apa-apa pun, mulakan sahaja dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Menyimpan memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah pendapatan!
1. ASB
1) Tetapkan matlamat pelaburan ASB.
Contoh matlamat pelaburan ASB:
– untuk membeli rumah
– untuk melancong ke luar negara
2) Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB.
Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB.
Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.
3) Pelaburan ikut kemampuan
Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.
Contoh :
Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan.
Pecahkan kepada dua:
– Force Saving (RM700)
– Simpanan ASB (RM300)
Ingat! Simpanan ASB biasa pun penting juga tau, incase kalau ada emergency kan. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu.
Dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.
2) TABUNG HAJI
1. Modal awal yang rendah
2. Modal simpanan dijamin
3. Kos yang rendah
4. Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5. Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6. Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7. Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8. Patuh syariah
9. Simpanan untuk menunaikan Haji
3. PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS) / SKIM PERSARAAN SWASTA
1. PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
2. KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
3. Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
4. Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.
5. Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
6. Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
7. Paling penting sekali, untuk pastikan kualiti hidup yang lebih terjamin ketika bersara!
4. SIMPAN EMAS UNTUK DANA PENDIDIKAN
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun,
6500 × 5 tahun = Rm32500
Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.
Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram
Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.
Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!
Cara Terbaik Simpan 1 Gram:
Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?
Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.
Kosnya dalam linkungan rm210 – rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.
ALTERNATIF:
Cara terbaik utk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.
Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
5. TABUNG WARNA
1. Cara yang paling menarik, mudah dan untung.
2. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.
3. Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.
4. Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.
5. Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.
6. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.
6. UNIT TRUST
Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ni ialah persaraan, pendidikan anak, haji / umrah, beli rumah atau berkahwin.
Ramai kenalinya sebagai ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek.
Tempoh: 3 tahun – 5 tahun atau lebih, dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun – 5 tahun atau lebih daripada itu.
Keuntungan ada 3 jenis:
1. Capital gain : harga naik turun. Kedua dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal.
2. Dividen – fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit percuma.
3. Bonus – dapat bila company declaire
Unit trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund.
Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.
Sumber : Nur Aliah Mohd Nor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...