Menurut saintis, berpelukan bukan setakat mampu menenangkan perasaan seseorang sahaja, malahan ia lebih daripada itu. Ini adalah antara manfaat berpeluk sesama manusia yang kalian perlu tahu:


.

#1. Mampu mengurangkan tekanan seseorang
Sekiranya ada individu yang anda kenali kelihatan stres, cuba berikan mereka pelukan. Ini kerana berpelukan mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang itu.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan terhadap 20 pasangan bercinta, berpelukan akan membuat lelaki seakan merasai satu ‘renjatan elektrik’ yang menyenangkan.

Bagi wanita pula, berpelukan akan membuat sebahagian otak mereka bergerak balas seterusnya menghantar isyarat kepada tubuh badan untuk lebih relaks.

Ini bukan sahaja akan berlaku sekiranya anda memeluk, malahan juga ketika anda dipeluk oleh seseorang.

#2. Mampu mengurangkan risiko penyakit
Walaupun seperti agak sukar untuk dipercayai, ketahuilah berpelukan sebenarnya mampu mengurangkan risiko penyakit.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan terhadap 400 individu dewasa, didapati berpelukan mampu mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit.

IKLAN

Alasannya adalah kerana individu yang mempunyai banyak sistem sokongan, lebih kurang risiko mendapat penyakit jika hendak dibandingkan dengan individu yang kurang sistem sokongan.

Dalam pada itu, dijelaskan juga individu dengan sistem sokongan yang kuat tidak menunjukkan simptom yang begitu teruk sekiranya jatuh sakit.

#3. Berpelukan penting untuk berkomunikasi
Mungkin ramai yang mengatakan komunikasi hanya memerlukan aspek lisan dan tulisan sahaja. Tidak, komunikasi sebenarnya adalah lebih besar daripada itu.

Danielle Forshee yang merupakan seorang pakar psikologi berkata, lisan dan tulisan tidak cukup untuk berkomunikasi secara lengkap sebaliknya sentuhan juga sangat diperlukan.

Ini kerana semasa berada dalam kandungan si ibu, deria pertama yang tercipta adalah deria sentuhan. Maka, ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan si ibu ketika 9 bulan di dalam rahim.

IKLAN

Disebabkan itu, sentuhan adalah cara berkomunikasi yang paling utama dan penting. Ketika sudah dewasa, berpelukan adalah satu cara paling mudah untuk dilakukan sesama manusia untuk berkomunikasi.

#4. Mampu membuat anda menjadi lebih gembira
Oksitoksin adalah sejenis hormon dalam tubuh badan kita yang dapat ditingkatkan sekiranya kita memeluk, menyentuh atau berada berdekatan dengan seseorang, lebih-lebih lagi jika kita menyukai mereka.

Ia adalah sejenis hormon yang berfungsi menyebarkan perasaan gembira, suka dan seronok di dalam tubuh badan. Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah dan stres.

Menurut sebuah kajian, hormon oksitoksin ini mempunyai manfaat yang sangat besar buat kaum wanita. Disebabkan itu, mereka sangat gemar berpelukan dengan suami, anak atau individu yang rapat dengannya. Ia seakan satu terapi mudah yang mampu membuat mereka berasa gembira!

IKLAN

#5. Mampu mengurangkan ketakutan atau fobia
Adakah anda mempunyai sebarang ketakutan atau fobia yang menghalang anda untuk melakukan sesuatu? Penyelesaiannya adalah mudah sahaja iaitu dengan berpelukan!

Tidak percaya? Cuba anda bayangkan diri anda sedang bersedia untuk melakukan bungee jumping dan anda mempunyai fobia terhadap ketinggian. Tiada apa yang mampu membantu anda mengurangkannya kecuali berpelukan dengan individu yang anda percaya.

Selain itu, perhatikan juga individu yang takut dengan haiwan seperti lipas atau cicak. Jika ia muncul tiba-tiba, perkara pertama yang akan dilakukan pasti mencari dan berpaut kepada anda bukan?

#6. Berpelukan penting untuk menyelesaikan konflik
Anda dan pasangan sering sahaja bergaduh tentang perkara rumah tangga yang kecil? Jangan risau. Anda boleh cuba praktikkan cara berikut.

Setiap kali anda dimarahi atau memarahi pasangan, cuba untuk alihkan rasa amarah anda itu dengan memeluk pasangan anda? Ini pasti akan membuat pergaduhan itu terhenti secara tiba-tiba sahaja.

Untuk apa anda membuang tenaga bergaduh jika terdapat penyelesaian yang lebih baik dan mudah? Jadi, berpeluklah.

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH :
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES