Indahnya hidup berumahtangga andai saling kasih mengasihi dan menghargai pasangan anda. Jom menghayati erti bahagia yang sebenar dari perkongsian oleh Ustaz Ebit Liew ini.
Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran…Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.
✔ Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita…….Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka…..
✔ Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya.. Melihat mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH…
✔ Lihat bila mereka mula berkata-kata. Beri perhatian sepenuhnya.. Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya…Bila Syukur ALLAH akan tambahkan nikmat..
✔ Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap…Cuba memahami perasaan mereka…
✔Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka.. Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.. Saya sangat sayang awak kerana ALLAH…
Ads
✔ Dukung sekali sekala seperti Rasulullah SAW dukung Aisyah…kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja…
✔ Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama. Rasulullah SAW pernah lakukan..
✔ Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar….
✔ Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain .. Minum di tempat yang sama…
✔ Selalu kata salah saya…..minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah…
Ads
✔ Tahajud bersama-sama. Menangis kerana ALLAH bersama-sama… Belajar ilmu bersama-sama….Berdakwah bersama-sama…. Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW…
✔ Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan…Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak…
Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju…
✔ Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri…
✔ Seorang marah, seorang diam dan minta maaf…
Ads
✔ Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis…
✔ Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada ALLAH… Sebesar mana pun masalah kita.. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Cuma kita perlu kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang berkuasa..Selain daripadaNYA tidak boleh beri kebaikan…
✔ Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Rasulullah SAW…Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Rasulullah SAW…
✔ Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH.. ALLAH janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..
Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai ALLAH selamanya.. Bawa seluruh keluarga kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam….Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini …Bahagia tanpa syarat…Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini…Kerana ini adalah bahagia yang sebenarnya.. ALLAH hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Rasulullah SAW…
Sumber : Penulisan Ustaz Ebit Liew
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Marah isteri kadang kala tidak akan lama jika suami bijak mengambil hati isteri. Nak ambil hati isteri ini mudah saja. Mulakan dengan pegang tangannya…
1: Apabila berjumpa. Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus. Okay…boleh imagine tak?
2: Apabila lintas jalan. Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau.
3: Apabila mahu lepaskan pegangan tangan. Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke. Macam itu lah.
4: Apabila keadaan sukar dan isteri anda mencari ketenangan pada anda. Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power.
5: Apabila berada di tempat yang ramai orang masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang. Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada.
6: Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba. Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit.
7: Apabila anda mahu tidur. Sebelum anda melelapkan mata itu, walaupun isteri anda ada di sebelah anda sahaja, genggam sedikit tangan isteri anda dan cakap selamat malam. Seronokkan, sudah tidak perlu mesej malam-malam untuk ucapkan good night? Boleh beritahu terus.
8: Apabila isteri anda nampak sale. Waktu ini memang anda perlu pegang tangan isteri anda. Kalau boleh, pegang pursenya sekali agar tidak berbelanja lebih.
Sumber:http://www.rahsiaperkahwinan.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir semua orang mengharapkan majlis yang diadakan biarlah sempurna kerana ia adalah majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup. Maka dengan itu, momen perkahwinan pastinya mahu diingat dan menjadi kenangan yang tidak dilupakan bagi bakal pengantin hingga ke akhir hayat.
Bagi menjadikan majlis kahwin berjalan sempurna, pertimbangkan perkara berikut agar ia menjadi panduan buat bakal pengantin.
1. Tentukan Lokasi Perkahwinan
Dengan memilih tema perkahwinan, anda boleh menentukan lokasi di mana majlis perkahwinan akan diadakan. Contohnya, jika anda ingin melangsungkan perkahwinan dengan tema taman, maka sesuai jika majlis diadakan di tempat outdoor. Tetapi, anda juga boleh memilih tempat indoor, asalkan ruang yang ada mencukupi dengan suasana yang dibuat seperti berada di taman. Ia boleh dilakukan dengan pemilihan dekorasi, contohnya lebih banyak dedaun daripada karangan bunga.
2. Perhatikan Cuaca
Jika dilakukan di tempat terbuka, perhatikan bulan apa anda akan melangsungkan perkahwinan, contohnya jangan dilakukan ketika musim hujan. Kebersihan persekitaran juga perlu anda perhatikan agar kelihatan indah. Anda juga perlu melihat juga besar ruang terbuka tersebut, cukup selesakah bagi para tetamu ataupun keluarga, terutama bagi keluarga yang sudah tua tentunya memerlukan kerusi tambahan bagi mereka. Perkara seperti ini boleh anda bincangkan dengan bahagian dekorasi ataupun dengan wedding planner jika anda memerlukan khidmat mereka.
3. Perhatikan Aliran Udara
Jika dilakukan di ruang tertutup, perhatikan aliran udara yang ada di dalam ruangan tersebut. Jika tempatnya kecil, jangan gunakan dekorasi yang terlalu besar dan memenuhi tempat, kerana akan membuat ruang terasa sempit dan tampil sarat. Hindari pula penggunaan warna-warna bunga yang gelap, pilihlah warna bunga yang cerah seperti kuning, putih, merah jambu, hijau muda untuk menciptakan ruang yang lebih luas.
4. Jumlah Tetamu
Jumlah tetamu juga perlu anda fikirkan dengan terperinci. Ini penting tidak hanya untuk menciptakan suasana yang selesa. Tidak hanya untuk suasana tetapi juga untuk jumlah katering yang akan dipesan. Jumlah tetamu akan berpengaruh dengan bentuk ruang dan perincian dekorasi ruang mahupun pelamin. Contohnya untuk ruang yang cukup luas, sementara jumlah tetamu jauh lebih sedikit daripada kapasiti ruangnya, anda boleh mengisi ruang kosong dengan perincian dekorasi yang sesuai dengan tema majlis yang anda pilih. Tetapi jika jumlah tetamu ramai, sementara ruangnya terbatas, anda boleh menggunakan dekorasi yang bergaya minimalis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengenakan aksesori pada hari perkahwinan memberikan suntikan romantis dan anggun pada keseluruhan penampilan si ratu sehari. Gaya bersahaja, langsung menyerlah dan memukau dengan padanan aksesori yang tepat dan sempurna. Berikan gaya yang lebih menyerlah pada penampilan anda saat bergelar ratu sehari. Pastinya si dia dan hadirin terpaku terpesona saat anda mengatur langkah menuju ke mahligai cinta.
SUBANG
Pilihan subang yang tepat juga boleh menjadikan penampilan tampak romantis dan eksklusif. Padanan subang yang terdiri daripada batu permata dapat membiaskan sinaran eksklusif yang cukup nyata. Elakan daripada memilih subang yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Sebaiknya, pilih subang yang memberi anda keselesaan saat memakainya. Nescaya aura glam itu terpancar dengan penuh anggun dan mempersona.
RANTAI
Rantai bermotifkan bunga dapat membantu penampilan anda menjadi anggun dan romantis. Dengan percikan rona yang memukau, ia dapat menyerlahkan sisi feminin buat si pemakai. Namun, elakkan dari memilih rantai dengan motif bunga yang telalu sarat. Ingat, anda ingin memakainya untuk majlis perkahwinan.
LAYAH
Tidak lengkap penampilan ratu sehari tanpa layah. Layah mampu memberi kesan romantis buat si ratu dan memberi momen perkahwinan yang nyata. Padankan layah yang sesuai dengan busana yang disarungkan. Pilih rona yang senada agar anda terlihat elegan dan eksklusif. Elak memilih layah yang sarat dengan perincian.
TIARA
Mengenakan tiara di hari perkahwinan juga dapat menghasilkan penampilan yang lebih romantis. Pilihlah tiara yang sederhana saiznya dan tidak terlalu besar. Pemilihan tiara juga bergantung pada tema perkahwinan anda. Sekiranya anda memilih tema perkahwinan ala Inggeris, anda boleh mengenakan flower crown sebagai pelengkap gaya.
GELANG
Gelang mutiara juga boleh dijadikan pilihan buat anda tampil menawan. Selain menambah gaya, gelang mutiara dapat mengubah penampilan si ratu sehari tampak klasik dan pada masa yang sama tampak cukup romantis. Anda boleh mengenakan beberapa gelang mutiara dan memakainya dengan jumlah yang lebih banyak. Pasti penampilan anda lebih menyerlah.
TALI PINGGANG
Ternyata padanan tali pinggang dapat menghasilkan penampilan yang glamor dan menyerlah. Tali pinggang seperti ‘gold plated belt’ dapat menyuntik elemen romantis didalam gaya ratu sehari. Zuhair murad dan Elie Saab antara pencetus fenomena bagi gaya ratu sehari dengan menggunakan pendekatan tali pinggang buat gaya ratu sehari.
SEPATU
Tidak lengkap penampilan si ratu tanpa memakai sepatu ala puteri raja. Padanan sepatu yang tepat dengan busana glam bakal melahirkan penampilan yang cukup sempurna. Anda boleh memilih sepatu berona pastel dengan sulaman renda berona senada. Untuk kelihatan lebih anggun, pilih sepatu yang mempunyai percikan batu permata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!