Siapa pernah menggelabah dan mengalami trauma separa kritikal kerana suami #tilljannah anda dijerung oleh perempuan lain? Pasti ramai isteri-isteri sambil mengesat air mata syahdu, berkata ,”saya dah maafkan suami saya. Tapi jangan harap saya boleh lupakan.” Ada juga yang berkata begini,”saya murung sangat bila tahu suami ada betina lain. Saya tak tahu nak maafkan maca mana…” tidak kurang juga yang berkata “saya lagi cantik dari perempuan tu tau tak? Tapi kenapa suami saya boleh pilih perempuan muka tak siap tu jadi madu saya..? Saya tak boleh maafkan!”
Well, semarah mana pun anda terhadap suami anda, realitinya suami anda telahpun disondol oleh perempuan muka tak siap tu okay? Malangnya sebagai wanita, anda perlu kuat dan kental dan sesetengah anda terpaksa memaafkan suami hanya kerana memikirkan anak-anak yang sedang membesar memerlukan kasih ayah atau juga kerana masih ada kasih dan sayang terhadap si suami.
sekadar gambar hiasan
So, mohon bawa bertenang dan sila baca bagaimana nak maafkan suami yang curang ni.
Terima hakikat
IKLAN
Anda hanyalah isteri yang telah dicurangi tau, bukan Wonder Woman. Sedarilah anda tiada superpower nak ‘terbalikkan’ masa untuk betulkan apa yang dah jadi. So first, terima hakikat suami #tilljannah anda sudah mencintai wanita lain. Cakap dekat diri anda, “ Aku terima ini dugaan aku dan jadikan dugaan ini membawa hubungan kami ke satu fasa yang lebih baik.” Be true with yourself! Nak nangis boleh, tapi jangan lama-lama okay. Bukan comel pun hikss.
Dengan menerima hakikat ini akan menyeabkan anda secara sedar menyedari keadaan diri anda ketika ini. Kemudian transformasikan perasaan kecewa dan sedih anda itu kepada suatu semangat untuk menjadi lebih baik dan memenangi semula hati suami anda. Ingat kegembiraan wanita bahagia adalah ketagihan paling hebat buat suami.
Sekadar gambar hiasan
Sayangi diri sendiri
IKLAN
Please…please….. Tolong sayang diri anda okay. Anda wanita berharga dan layak bahagia. Masalah wanita ni, sibuk sangat nak suruh orang sayang dia. Padahal dia pun tak sayang diri sendiri. Berkira dengan diri sendiri. Baju tidur berlobang. Baju dalam pun berkira nak ganti sibuk complaint kenapa suami cari orang lain. Menyampah bukan?
Jadi mulai hari ini jangan lupa renung diri anda di cermin dan katankan pada diri anda “ aku cantik, aku hebat, aku bahagia” Jangan tak percaya ritul mudah dan simple ini boleh mengubah mood dan diri anda jika diamalkan secara berterusan. Senaraikan perkara-perkara yang buat anda gembira. Lepas tu apa lagi, jom kembalikan kegembiraan hati anda.
IKLAN
Fokus dan rawat emosi dan diri
Wanita yang bijak adalah wanita yang tahu apa yang dia mahu. Wanita yang sanggup berusaha untuk perbaiki diri dengan ilmu. Bukan wanita yang asyik stalk handphone suami sambil membebel okay? Bukan juga wanita yang asyik tanya suami “ Apa lagi saya tak korbankan untuk kebahagiaan rumah tangga ini..” Oh please.. Hentikan drama ini.
So, macamana nak transform diri anda yang sendu itu supaya menjadi lebih berjiwa ranggi dalam meniti cabaran rumah tangga abad ini? Fokus kepada merawat hati anda, sayangi diri anda sepenuhnya malah lebih dari apa pun di dunia ini. Kerana getaran positif dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam diri anda ini sebenarnya berjangkit. Tak percaya? Cuba dulu ya. Jangan marah kalau anda terpaksa bahagia selepas amalkan tiga tip ini. Selamat mencuba.
Waktu paling baik untuk seseorang itu bermuhasabah adalah saat bersendirian. Sebab itu dalam Islam sendiri kita dianjurkan oleh sunnah Nabi untuk ‘qiyamulail’ (bangun malam) kerana waktu itulah waktu bersunyian yang paling sesuai untuk mereka yang hendak bermuhasabah diri sepanjang apa yang dilalui seharian.
Begitulah bila kita bersendirian, lebih mudah untuk bertanyakan pada diri kita, siapakah kita;
“Aku sayangan diri aku, aku tidak akan sesekali membenarkan benda negatif terpalit pada kehidupanku.”
Persoalan-persoalan ini akan mudah terpacul bila kita mula bersendirian. Bila kita bersendirian juga kita ada peluang untuk baiki kelemahan diri yang selama ini kita tidak nampak kerana sibuk laburkan untuk orang lain.
Selama ini kita begitu sibuk memberi perhatian kepada orang yang tidak pasti untuk kita pada masa hadapan. Maka inilah masa yang paling sesuai untuk keluarkan diri kita yang sebenar. Potensi diri yang lebih besar dari sebelum ini ibarat versi 2.0.
Sebelum ini kita bukan tidak sedar yang kita ada kelebihan tertentu dalam bidang kehidupan kita sendiri. Namun apakan daya waktu itu kita tidak sedar kerana banyak masa dihabiskan untuk orang lain yang belum tentu pedulikan diri kita sepenuhnya seperti kekasih hati yang belum sah akad nikahnya.
Gunakan peluang ini untuk refleksi diri sendiri. Mulakan sekali lagi untuk kenal diri, di mana kita berada sekarang, apa tujuan kita dan apakah langkah-langkah kecil yang mungkin kita boleh mulakan sekali lagi perlahan-lahan untuk mencapai ‘ultimate purpose of life’ (matlamat hidup).
Ramai dari kita mungkin ada yang belum kenal dirinya dengan sepenuh hati. Buktinya cuba tanyakan orang sekeliling terdekat dengan kita, berapa ramai sahajakah yang benar-benar faham tujuan hidup masing-masing.
Ada yang terpinga-pinga bila ditanya selepas ini ke mana dan apa. Rata-rata dari kita memang hidup dalam ‘roundabout’ jalan raya. Berpusing dalam tempat yang sama tak keluar-keluar. Kalam ahli sufi ada menyebut;
من عرف نفسه فقد عرف ربه
“Barangsiapa yang kenal dirinya maka dia kenal Tuhannya”Yahya Bin Muaz al Razi
Maksudnya ialah pada diri kita ini mengandungi banyak tanda-tanda penciptaan Allah. Apabila kita sedar hakikat ini barulah kita tersedar yang hidup ini bukanlah sia-sia boleh dihabiskan masa begitu sahaja tanpa tujuan yang jelas.
Kita mesti hidup berorientasikan pada matlamat yang jelas agar diri kita ini berdiri berpaksi pada Tuhan walau apa jua cabaran yang kita tempuhi. Allah berfirman juga:
أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَن يُتْرَكَ سُدًى
“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?“Surah Al Qiyamah: 36
Jelas disini bahawa kita semua diciptakan ada sebabnya yang kuat. Kita mesti cari kelebihan kita untuk kita terus berbakti selagi hidup, hidup ini bukan menerima semata-mata tetapi lebih kepada memberi. Kata pepatah Inggeris;
“What you give you get back more”
Maka sepanjang dalam tempoh refleksi untuk mengenal potensi diri carilah sebenar-benar matlamat supaya sebelum kita jatuh cinta kita seorang Muslim yang berkualiti.
Bila sudah berpunya kita tidak merengek seperti tidak matang bila pasangan tidak sempurna seperti apa yang kita angankan sebelum ini namun kita lebih sibuk untuk memberi yang terbaik dalam suatu perhubungan itu dengan skil dan kelebihan yang ada pada diri kita.
Bina Personal Branding
Bila kita belum berkahwin inilah waktu paling sesuai untuk tentukan kita ini nak dikenali sebagai apa? Apa passion dalam kehidupan kita? Apa bidang kita?
Semua ini penting supaya sepanjang kita berkesempatan untuk mengasah bakat bidang itu kemudian dikenali sebagai rujukan kepada sesuatu kepakaran kita. Bila kita dikenali pakar dalam satu benda, nilai harga diri kita mula meningkat dan perkara positif turut dekat dengan kita.
Ini penting kerana kita akan lebih mudah untuk diakses oleh kelompok manusia jenis kita. Bahasa mudahnya yang ‘sekepala’ dengan kita. Syaratnya kita mestilah jelas kita hendak dikenali sebagai apa dan siapa.
Contohnya kalau kita seorang yang berkemahiran dalam bidang perniagaan, berniagalah sampai jadi. Kalau kita pandai dalam seni melukis, hasilkan sebuah karya yang terbaik. Setiap kita ada bidang yang kita pakar, cuma kita tidak begitu terdedah dengan suasana yang mendesak supaya kita asahkan bakat kita itu untuk jadi manusia yang bernilai tinggi.
Saya ada pernah terbaca satu artikel dari laman sesawang The Patriot berkenaan dengan personaliti ‘jadi diri sendiri’. Katanya seorang ahli psikologi terkenal dari Swirtzland bernama Carl Jung ada membahaskan tentang personaliti diri ini, menurut beliau setiap dari kita pasti ada watak atau passion yang menentukan kita di dalam kelompok tertentu.
Seperti kumpulan etnik, kelas pekerjaan, kelas ekonomi dan seumpamanya. Apa yang hendak dikaitkan ialah kita mesti ada kesedaran ‘personal branding’ supaya kita mudah untuk akses dengan manusia yang serupa dengan kita.
Kalau dalam perhubungan disebut ‘chemistry’ dengan seseorang agar satu perhubungan itu berjalan dengan baik dan lebih panjang.
Luaskan Rangkaian Persahabatan
Masa kita berpunya kita akan banyak menghabiskan masa, tenaga dan emosional hanya untuk si dia. Jadual hidup kita disempitkan hanya untuk fokus pada si dia. Jadi sebelum fasa itu tiba, tentulah kita dapat lihat dunia ini dari sudut yang lebih luas.
Disinilah kita berpeluang untuk bina rangkaian kenalan baru yang positif dan genius. Bila kita berada dalam lingkaran hidup dengan orang yang berkualiti, kita akan ada peluang untuk tingkatkan skil perhubungan, kerjaya, hobi dan seumpamanya.
Luaskan pergaulan, semakin luaslah pengalaman dan ilmu yang kita dapat, dari situlah kita berpeluang untuk perbaiki kelemahan diri dan mula posisikan kita di mana kita dan siapa kita. Bila kita ada ramai kenalan yang berkualiti kita akan disibukkan dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan sama ada pergi ke gym buat latihan beban atau kardio senaman stamina jantung.
Hadirkan diri ke seminar ilmu semasa seperti kewangan dan motivasi. Bertukar-tukar pendapat dalam sesuatu isu semasa dan kita akan lebih terurus dengan gaya hidup yang lebih sihat dari segi jasmani dan mental.
Selain kita mahu badan yang sihat, kita juga mahu minda yang sihat, untuk memiliki minda yang sihat kita mestilah berada di sekitar orang yang selalu memberikan sokongan positif pada kita bukan yang merendahkan seperti toksik. Kata Nabi S.A.W;
“Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah mengatakan;
“Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merosakkan agama mahupun dunia kita. Hadis ini juga mendorong seseorang agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam perkara agama dan dunia.”Fathul Bari 4/324
Pastikan ‘networking’ kita itu memberikan manfaat yang baik pada perkara dunia dan agama kita. Kalau kita perhatikan orang-orang berjaya dalam dunia perniagaan contohnya seperti Antonny Robbins, Jack Ma, Robin Sharma dan sebagainya mereka punya pergaulan bukannya tahap biasa-biasa.
Orang terdekat dengannya bukannya berbual benda biasa-biasa yang orang awam bualkan. Kalau mereka bercampur dengan orang yang tahap lebih rendah bagaimana agaknya mereka hendak perbaiki bisnes mereka ke tahap yang mengkagumkan itu?
Kita ambil sahaja pengajaran di situ. Boleh baca biografi setiap orang yang berjaya mereka akan habiskan masa bersama dengan orang yang sangat menyokong mereka untuk naik ke atas.
Berpeluang Susun Atur Jadual
Kalau kita berada dalam sebuah perhubungan yang lemau dan toksik kita banyak perhatikan fokus kita akan lari. Kesihatan kita lemah, kewangan terabur, malah emosi kita lemah dan harga diri kita mudah luntur.
Kita tidak sempat untuk memberikan diri kita peluang supaya dapat menyayangi diri kita. Maka apabila bersendiri ini peluang untuk kita menyusun prioriti diri. Dari tangga-tangga kecil menuju tangga-tangga besar kejayaan.
Pelaburan yang sangat besar pulangannya ialah Love Yourself ! Tiada siapa akan menafikannya. Jadual self-care:
#1- Agama
#2- Ilmu
#3- Kesihatan
#4- Kewangan
#5- Pergaulan
#6- Keluarga
Setiap satu ini pecahkan beberapa sub-point untuk kita berikan peluang apa yang kita ingin tingkatkan. Begitu banyak lagi sumber kebahagiaan sepanjang menjadi bujang, jangan jadi bujang mereput pula!
Jangan membenci keputusan Allah, jangan mengeluh kerana takdir tidak sebaik harapanmu, tak usah menyesali perpisahan yang kamu alami.
Kerana pasti ada alasan terbaik kenapa jodohmu bukan dia, ada aturan indah mengapa yang kamu inginmu tidak direstui Allah, meskipun kamu sangat menyintai dia.
Jangan Membenci Takdir Kerana Perpisahan Itu Terjadi Kerana Allah Tahu Dia Bukan yang Terbaik Untukmu
Oleh sebab itu, tenangkan hatimu dengan penuh prasangka baik kepada-Nya, jangan kamu membenci takdir yang menimpa kamu hari ini.
Jangan Mempersoalkan Ketetapan Allah, Sebab Allah Tahu yang Mana yang Memang Lebih Baik Untukmu
Berhentilah bersedih dan berhentilah membuang airmatamu
Ketahuilah, dia memang bukan untukmu walau kamu telah memegangnya erat, walau kamu tidak merelakan, maka pasti Allah akan mengambilnya.
Meskipun bukan mudah jalan yang akan kamu lalui, percayalah akhirnya kamu akan menemui pasangan yang Allah kirimkan didalam setiap doa-doamu.
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!