Rumah tangga yang bahagia memerlukan komunikasi yang utuh antara suami dan juga isteri. Jika masing-masing hanya sibuk mengejar kerjaya dan hanya pulang ke rumah untuk melepaskan lelah dan melelapkan mata maka anda dan pasangan tidak ubah sepetti rakan serumah.
Ibarat pokok yang perlu dibaja, kasih sayang juga begitu. Perlu disulam dengan dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain dan saling berbicara tentang diri masing-masing.
Kebahagiaan hilang bila tiada lagi kemesraan dalam rumah tangga. Suami sibuk, isteri pun sibuk.
Suami makan sorang, isteri pun makan sorang…suami kat ruang tamu sorang, isteri pun kat dapur sorang…suami mengadap telefon sorang, isteri pun mengadap telefon sorang.
Ads
Duduk serumah, tidur sekatil, tapi kemesraan tu dah makin hilang hari demi hari. Nak kata makin lama berumah tangga, makin tak mesra tu normal, tak boleh jugak…nak kata makin tua kita, makin tak rasa nak bermesra tu biasa, pun tak boleh jugak…
Sebab hati masing-masing tu perlu di isi dengan kasih sayang, gelak tawa, gurau senda…ini pengikat hubungan, ini yang membuatkan hubungan itu mampu kekal untuk tempoh yang lama…
Kita lupa nak bermesra dengan pasangan bila dah sibuk dengan urusan masing-masing…kita rasa macam tak ada masa nak buat semua tu…lama-kelamaan, kita dah kurang mesra antara satu sama lain dan kebahagiaan itu mulai hilang…
Benda kalau dah hilang, nak “cari balik” tu bukannya senang…
Ads
Kesimpulannya dalam sesebuah rumah tangga, pastikan suami isteri luangkan masa untuk berbual. Tidak perlu lama. Sebelum masing-masing melelapkan mata, cubalah berbual seketika. Ketepikan telefon pintar sebentar.
Jika anda dan pasangan hanya sibuk dengan urusan harian masing-masing, lama-kelamaan rasa sayang itu akan semakin pudar. Lebih buruk lagi rasa kasih sayang itu akan lenyap pada diri masing-masing. Itu yang kita tidak mahu.
Masuk umur 40 an, ramai yang memilih untuk bertenang tanpa menambah hutang, apatah lagi nak meluaskan ruang rumah dan berangan nak tambah ‘cawangan’ rumah tangga.
Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan, barulah kita boleh duduk di rumah dengan tenang. Apa guna bersara tapi kepala diserabutkan dengan komitmen kewangan dan tanggungjawab lain yang belum selesai.
Supaya dapat bersara dengan tenang, perkongsian daripada Mohd Shukur boleh kita pertimbangkan.
Kalau boleh diundurkan masa saya sepatutnya merancang kewangan dan masa persaraan sebegini;
Tak perlu rumah yang besar dan tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat. Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua atau masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang dah terbuat 145 kaki.
Setiap kali duduk kat depan, malas nak pergi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas kena fikir dulu apa nak bawak.
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal. Kalaulah duit kos pembelian, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, Palestine dan lain-lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja.
Bila drive Vios anak tadi pergi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macam manalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji (kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risiko.
Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier. Keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal-mahal, mereka mencari yang ‘mur-mur’ untuk meneruskan kehidupan. Jika beri diskaun boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
Tak perlu nak ambil tahu berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak payah ada apa-apa emosi, tak payah nak ambil tahu atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini tak ada kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur.
Kalau 1M dah dapat 32K bertambah lagi. Itu dah dizakatkan.Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
Budaya kerja di Malaysia, sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya, peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm.
Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, tak payah nak fikir urusan kerja time weekend.
Jika kerja kerajaan ambil lah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat. Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama saja. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa. Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe.
Yang bayar minimum lama-lama terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan. Kan bagus jika jumlah itu yang disimpan dalam tabung haji. Simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
Jadi jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
Tengok kehdupan orang kahwin dua ni tak sesuai dengan jiwa. Nak post check-in stay hotel dengan isteri pun takut. Mula-muka hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau isteri lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan isteri kedua duduk 5-Star hotel, isteri satu lagi pun nak juga 5 Star.
Perkongsian ini jika tidak sesuai untuk anda, mungkin ‘masuk’ untuk orang lain. Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain.
Alangkah nikmatnya kalau dapat minum laicikang ketika cuaca panas. Sebenarnya tak susah mana pun nak buat laicikang. Paling puas hati bila dapat letak macam-macam bahan ikut selera kita.
Air laicikang merupakan minuman yang dicampur dengan pelbagai bahan yang dimasak atau direndam seperti biji selasih, kembang semangkuk, longan kering, laici, kacang tanah dan sebagainya.
Selain membuatnya untuk minuman seisi keluarga, korang juga boleh menghidangkan air laicikang kepada tetamu yang hadir. Buat korang yang baru berkahwin, bolehlah hidangkan minuman ini pada ahli keluarga dan tetamu yang datang bertandang ke rumah.
Marilah kita cuba buat sendiri Laicikang seperti dikongsikan oleh Salizawati Salleh
BAHAN-BAHAN:
Longan kering
Daun Pandan
Buah kembang semangkuk
Gula kabung/gula merah
Barli
Gula batu (jika ada)
Biji selasih
Buah kundur
Buah kabung (ditapis dan rendam dalam air baru)
Air secukupnya
*Anggaran terpulang kepada anda*
(Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa saja yang kita suka)
1.Rendam longan kering, buah kembang semangkuk, barli dan biji selasih untuk seketika sehingga kembang.
2. Sambil itu, anda boleh rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, bali dan longan kering. (Sekiranya anda gunakan gula merah, anda dinasihatkan untuk rebus asing dan tapis dahulu untuk buang habuk di dalam gulanya).
3. Apabila longan dan barli sudah kembang, anda boleh masukkan biji selasih dan kembang semangkuk(dibuang bijinya). Kacau untuk seketika kemudian tutup apinya.
4. Kemudian masukkan buah kundur yang telah dipotong dadu dan buah kabung.
5. Kacau untuk kali terakhir. Siap! Bolehlah dihidang panas ataupun sejuk. Puas bila minum pada hari yang panas.
Sebelum kahwin, ada beberapa soalan wajib bincang dengan si dia untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina dan elakkan jadi kes penceraian.
Tidak boleh dipandang remeh, menerusi perkongsian saudari Amyra Zamri anda tidak akan mengambil mudah dan wajib discuss dengan potential partner sebelum berkahwin.
Kalau pergi kursus kahwin pun, mesti akan highlights juga beberapa perkara yang sangat remeh dan kita rasa tak masuk akal menjadi punca penceraian. Ada yang jadi punca sebab kain tuala selalu tak sidai, ada yang sebab tak suka mandi, dan paling ketara dek kerana masalah kewangan.
Lepas kahwin, nak duduk sendiri atau duduk dengan mertua?
Lepas kahwin wife boleh kerja atau tak?
Lelaki okay ke kalau perempuan tak nak kerja after kahwin? Boleh tanggung sepenuhnya?
Plan nak ada anak bila, berapa orang, anak nak hantar pengasuh atau jaga sendiri?
Lelaki okay ke kalau ditakdirkan perempuan tak boleh atau lambat pregnant?
If pregnant nanti, nak bersalin kerajaan atau swasta?
Ada commitment/hutang apa? Ada masalah untuk bayar ke tak? Berapa amount?
Ada insurance, saving and emergency saving? Berapa amount?
Bila kahwin nanti gaji cukup tak untuk tanggung? Safe ke kalau nak ada anak?
Estimate nafkah boleh bagi pada isteri berapa?
Wajib dan penting untuk dibincangkan tertutamanya penyakit kelamin & penyakit keturunan untuk elakkan masalah dalam perkahwinan dan menyusahkan zuriat dan keturunan . Lebih baik mencegah dari merawat:
T- Ada masalah kesihatan seperti:
-Thalassemia
TB
HIV
Cancer
Penyakit kelamin
Sebarang penyakit genetik yang lain
Ada masalah tak untuk jadi imam, membimbing, mengajar ilmu agama?
Sebagai suami, boleh ke sama-sama buat kerja rumah untuk ringankan beban isteri?
Bila raya, apa rutin dan persedian? Macam mana nak raikan?
Macam mana nak bagi adil masa hari raya, terutama berlainan negeri/negara.
Tidur dalam gelap atau terang?
1. Lebih baik jumpa depan-depan untuk discuss. Boleh tahu macam mana tengok reaksi sid dia depan-depan. Jangan mesej sahaja pula. Tulis lain, dalam hati lain.
2. Bincang isu ini waktu bertenang dan mood baik. Kalau tak kena keadaan akan jadi tegang dan tak dapat berbincang dengan baik.
3. Beritahu pasangan untuk bincang topiki ini untuk kebaikan masing-masing. Kena matang, kalau tiba-tiba partner tak nak jawab atau mengelak untuk jawab, mungkin si dia masih belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Jangan buang masa!
4. Jika kedua belah pihak bersedia untuk bincang, biar sama-sama lalui semua soalan sampai semuanya jelas.
Baru lah anda betul-betul yakin dan hilang rasa risau dalam hati bila fikir soal lepas kahwin. In shaa Allah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...