Sebenarnya, ramai wanita di luar sana mengharapkan suami yang mampu menanggung segala keperluan keluarga. Tidak cukup sekadar itu, mereka juga mengharapkan suami mereka membuat permintaan sedemikian. Namun, disebabkan bebanan hidup yang tinggi dari segala aspek kehidupan menyebabkan mereka terpaksa bekerja bagi membantu kewangan suami.

Bila Suami Suruh Berhenti Kerja, Isteri Berhentilah Jangan Melawan

Janji syurga

IKLAN

Tidak rugi jika isteri mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana Nabi SAW sudah menjanjikan syurga bagi isteri yang mentaati suami dalam ketaatan kepada Allah SWT.

IKLAN

Sabda Nabi SAW: “Jika seorang isteri menunaikan solat lima waktu, memelihara kemaluannya daripada zina, berpuasa pada bulan Ramadan dan mentaati suaminya, maka akan dimaklumkan kepadanya (di akhirat kelak) masuklah kamu ke dalam syurga menerusi pintu yang kamu inginkan.” (Riwayat Ahmad)

IKLAN

Ulama sudah menetapkan beberapa hukum untuk wanita bekerja iaitu harus bagi wanita bekerja dengan syarat untuk membantu kewangan suami, mendapat keizinan suami, pekerjaan itu sesuai untuk wanita Muslimah dan bukan pekerjaan yang membawa kepada maksiat.

Haram wanita bekerja jika tidak mendapat keizinan suami, membawa kepada maksiat, pekerjaan itu tidak sesuai untuk wanita Muslimah dan tidak selamat daripada fitnah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI